Cara Simpan Madu Kelulut Dengan Betul Ikut 6 Langkah Mudah Ini


Cara Simpan Madu Kelulut Dengan Betul, Ikut 6 Langkah Mudah Ini  | Memang tidak dinafikan khasiat madu kelulut banyak kebaikannya jika selalu diamalkan. Harga madu kelulut sekarang boleh dikatakan agak mahal kan. 
Dulu pernah bela kelulut ni walaupun sekejap, bukan sampai tahap untuk bisnes, nak buat makan madu tu untuk keluarga saja. 
Jadi, sis nak kongsi pengalaman sis macam mana simpan madu kelulut dengan betul. Sebab madu ni memang segar dari ladang. Jadi kena hati - hati selepas proses menuai madu kelulut



Walaupun bukan sis yang jaga sepenuhnya, jadi banyak kena ambil tahu tentang ke semua pasal haiwan kecil yang bernama kelulut ini. 
Apa yang dapat, boleh dikongsi dengan pembaca semua, ada sesiapa yang pernah bela kelulut tak ? Kalau ada, macam mana susah tak nak jaga sarang kelulut. 
Kalau tanya sis, sis tengok abah sis yang jaga. Keliling tepi sarang kelulut, kena lumur dengan minyak tak nak bagi serangga lain kacau, yang paling banyak kacau semut lah

Kelulut ni kalau ada yang kacau sarang dia, mula lah nak merajuk, memang akan tinggalkan sarang dia. Itu yang kita nak elak. Tapi susah juga, akhir - akhir merajuk jugak. Tengok - tengok dah kosong sarang. 

Bela kelulut mestilah nak tuai madu kelulut yang dikatakan memang ada khasiat yang tersendiri. Ramai yang tak tahu betapa banyaknya khasiat madu kelulut. 
Bercakap soal cara simpan madu kelulut ini, kalau yang ada bela sarang kelulut memang tahu kan tips macam mana

Sebab madu kelulut yang diambil segar dari sarang kelulut kalau letak dalam botol terus akan ada keluar buih macam dalam gambar di bawah. Rupanya madu kelulut yang baru dituai ini masih ada gas

Pernah sekali abah sis lupa, dia pergi tutup kemas botol. Kemudian masa nak buka, memang terkeluar habis madu, nasib baik sempat tadah pinggan, tapi buih - buih yang keluar tu jadi madu balik.

Untuk pengetahuan semua atau yang baru berjinak nak bela kelulut, semasa tuai madu kelulut mula - mula diambil dari sarang

Madu kelulut memang ada gas dan rasa madu kelulut selepas tuai memang sangat manis rasanya

Kalau baru lepas ambil dari sarang, tak berapa nak makan sebab manis sangat kena tunggu ia masam sikit baru sedap. 

Kalau yang ada sarang kelulut sendiri, boleh lah guna tips ini. Ini praktikal untuk madu kelulut kot, yang madu lebah tak pasti. 
Nak tahu madu lebah ke madu kelulut asli, ke, rasanya tu masam kan, kalau simpan lama lah. Kalian pun boleh kongsi juga ya.

Kalau yang dah beli kat kedai tu, tak payah buat macam ini lah ya. Yang kat kedai tu memang gas dah tak ada dah.


Bila Tempoh Tuai Madu Kelulut ? Pengalaman dah pernah ada sarang kelulut sendiri ni, mula lah tertanya juga bila tempoh nak tuai madu kelulut. Nak tahu bila tempoh tuai, kena selalu tengok sarang kelulut. 
Angkat penutup atas tu dah boleh nampak dalam kantung kelulut penuh madu. 
Kalau kantung masih kosong lagi tak apa biarkan dulu. Kali pertama sis tengok memang teruja bila nampak madu dalam kantung, memang macam nak meletup jer duduk dalam kantung. 
Warna madu kelulut ada nampak gelap, ada nampak cerah sebabnya, ia bergantung kepada jenis - jenis bunga yang ada. 

Kenapa Madu Kelulut Berbuih ? Rasanya ramai yang ingin tahu dan tertanya - tanya, kenapa madu berbuih contoh macam dalam gambar ni. 
Madu kelulut yang baru lepas dituai masih mengalami proses penapaian yis yang akan menghasilkan gas karbon dioksida. 

Bagi sesiapa yang beli madu kelulut terutamanya kalau beli dari penternak kelulut, madu masih baru dan segar dan ada buih macam ini

Dinasihatkan tutup dengan kain jaring halus macam gambar di atas. 
Ini penting untuk mengelakkan dari botol pecah dan gas yang terhasil mudah dibebaskan

Bagaimana Cara Simpan Madu Kelulut Dengan Betul ? Langkah - langkah di bawah adalah penting bagi memastikan madu kelulut boleh disimpan untuk jangkamasa yang lama. Prosedur yang betul bermula dari proses tuaian hinggalah proses penyimpanan


1. Botol Atau Bekas Yang Digunakan Dalam Keadaan BersihBotol atau bekas yang nak diisi dengan madu kelulut,  mestilah dicuci dengan bersih dan kering. 
2. Simpan Dalam Botol Atau Bekas Kaca Kalau nak simpan dalam botol atau mana - mana bekas, sebaiknya guna bekas atau botol kaca dengan penutup kedap udara. 
Tapi sebelum tutup dengan penutup bekas atau botol kedap udara. Selepas tuang madu kelulut dalam botol, jangan tutup, kena pasang kain jaring  macam dalam gambar di atas

Elakkan dari simpan dalam bekas plastik atau besi takut akan terjadinya proses oksidasi yang akan mempengaruhi kualiti madu kelulut. 
Sebab apa kena pasang kain net macam tu, nampak tak buih - buih halus tu, madu kelulut yang baru lepas ambil dari sarang memang ada gas dan buih - buih macam tu
3. Tempoh Buih Madu Akan Hilang Daripada pengalaman sendiri, buih madu kelulut nak hilang memang lambat  ambil masa sikit. Tapi bila buih dah tak nampak atau sampai buih dah hilang, baru boleh tutup dengan kemas. 
Selagi buih tak hilang biarkan macam tu ya

4. Jangan Tutup Kemas Botol Atau Bekas Dalam tempoh nak keluarkan gas untuk hilangkan buih, sekiranya ditutup dengan kemas, apa akan jadi, andai kata korang nak buka tudung botol tu esok hari, memang terjeluak  semua madu keluar. 
Jadi nasihat di sini, selagi ada buih jangan tutup dengan penutup botol atau bekas masing - masing. 
5. Elakkan Dari Serangga Pastikan biarkan buih madu dah tak ada. Kalau dah buat macam ni, ambil apa - apa bekas letak air dalam bekas, baru letak botol. Takut semut atau serangga lain merayap.

6. Simpan Di Tempat Sejuk Dan KeringPastikan letak di tempat sejuk dan kering. Jangan simpan kat tempat yang terdedah terus dengan cahaya matahari. atau di tempat lembap. 
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu buat anda di luar sana yang sedang mencari cara simpan madu kelulut dengan betul. 
Cara Makan Madu Kelulut Disebabkan makan madu ni makanan sunnah. Sis selalu amalkan makan madu kelulut. Kalau ikut cara sis, sis ambil 1 sudu kecil madu kelulut pada sebelah pagi sebelum sarapan. 
Tak tahu lah cara orang lain macam mana. Ikutkan nak makan madu ni ada cara dia untuk sakit - sakit tertentu. 
Baca Juga : 
1. 6 Cara Betul Untuk Simpan Rempah Agar Tahan Lama
2. 2 Petua Cepat Untuk Empukkan Ubi Kentang Dalam Masakan
3. Cara Bersihkan Udang Dengan Betul





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2018/08/tips-untuk-simpan-madu-kelulut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahu Anak Mudah Dengar Cakap Cara Bercakap Pun Kena Ikut Peringkat Umur

Mahu Anak Mudah Dengar Cakap Cara Bercakap Pun Kena Ikut Peringkat Umur

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 332 hits
Bagi membesarkan anak dalam usia yang berbeza anak mempunyai tahap keperluan komunikasi yang berbeza juga Komunikasi yang baik antara ibu bapa dengan anak ialah kunci hubungan yang sihat antara kita dengan anak anak Kita tak nak bila anak d...
Cara Simpan Lebihan Santan Kotak Supaya Lebih Mudah Guna Tak Basi

Cara Simpan Lebihan Santan Kotak Supaya Lebih Mudah Guna Tak Basi

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 308 hits
Santan kotak saiz besar biasanya lebh murah dan jimat berbanding santan kotak kecil Namun jika nak masak dalam jumlah yang sedikit pastinya ada lebihan Jika disimpan begitu sahaja dalam peti sejuk jika tidak dihabiskan dalam masa 3 hari pas...
Nak Simpan Duit Selalu Terbabas Konsep Tabungan 6 Langkah Ni Menarik Lagi Best Anak Ikut Sekali

Nak Simpan Duit Selalu Terbabas Konsep Tabungan 6 Langkah Ni Menarik Lagi Best Anak Ikut Sekali

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 229 hits
Tahun 2021 yang semakin ke penghujungnya membuatkan kita terpaksa mencari altenatif baru untuk meneruskan perbelanjaan dengan sempurna Tabungan dengan konsep berjimat cermat dan disiplin dalam menabung antara yang perlu diamalkan oleh setia...
Ini Bekalan Setahun Ke Vide0 Ramai Gelak Sakan Tengok Cara Lelaki Ini Simpan Air

Ini Bekalan Setahun Ke Vide0 Ramai Gelak Sakan Tengok Cara Lelaki Ini Simpan Air

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 546 hits
Umum ketahui bahawa banyak kawasan di Selangor akan mengalami g4nggu4n bekalan air berjadual berikutan kerja kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset aset krit1kal seperti yang diumumkan pihak Air Selangor Menurut notis pemberitahuan ter...
Cara Hafal Sifir Dengan Mudah Untuk Anak Anda

Cara Hafal Sifir Dengan Mudah Untuk Anak Anda

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 418 hits
Ada tak cara hafal sifir yang mudah pantas dan berkesan Semestinya ada Saya faham di kala zaman pendemik yang meghimpit kita sekarang semua anak anak perlu belajar secara online PDPR Tetapi jika anda soal semula anak anda berkenaan sifir te...
Nasi Goreng Sardin Masak Cara Mudah Je

Nasi Goreng Sardin Masak Cara Mudah Je

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 267 hits
Kali terakhir masak nasi goreng sardin bulan Julai haritu Itupun check entry lama Lepas tu tengok gambar eh macam sama pulak gambarnya Pinggan pun sama beralaskan tikar mengkuang Kejadian nasi pun lebih kurang sama cuma props gambar je berb...
4 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Wajah Dengan Uniseri

4 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Wajah Dengan Uniseri

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 212 hits
4 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Wajah Dengan UniSeri l Assalamualaikum Wahhh akhirnya UniSeri dah keluarkan produk terbaru mereka Beberapa bulan lepas Ana ada share tentang 2 produk UniSeri iaitu serum dan CC cream Tapi hari ni lengkap dah ...
Comment On Pelaburan Emas Ar Rahnu By Cara Pelaburan Emas Jana Keuntungan Pelaburan Emas Tips Mudah Melabur Emas

Comment On Pelaburan Emas Ar Rahnu By Cara Pelaburan Emas Jana Keuntungan Pelaburan Emas Tips Mudah Melabur Emas

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 319 hits
Tambahan lagi terdapat segelintir pelabur emas yang mengambil kesempatan ke atas sistem Ar Rahnu Pelaburan emas yang dimaksudkan di sini BUKANLAH memberi penerangan tentang teknik manipulasi pajak Ar Rahnu yang mana teknik pajak Ar Rahnu ia...
Cara Mudah Tulis Surat Cara Hibah

Cara Mudah Tulis Surat Cara Hibah

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 576 hits
CARA MUDAH TULIS SURAT CARA HIBAH Anda pernah terfikir tentang cara mudah tulis surat cara hibah Sebelum itu anda perlu memahami secara ringkas tentang hibah PENGENALAN TENTANG HIBAH Hibah adalah perkara yang berbeza dengan faraid Ia tidak ...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien