Cara Reset Password Bsn Online Banking
CARA RESET PASSWORD BSN ONLINE BANKING (Terlupa Kata Laluan BSNSecure)
Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan perpindahan wang secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC. Tetapi kini BSN telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan memperkenalkan BSNSecure. Tetapi bagaimana sekiranya anda terlupa kata laluan BSNSecure? Disini kami ingin kongsikan cara reset password BSNSecure menerusi MyBSN, semoga membantu
APA ITU BSNSECURE
BSNSecure merupakan ciri – ciri keselamatan berbentuk digital yang telah diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bertujuan untuk lebih menjimatkan masa berbanding SMS tac yang kadang–kala mengambil masa yang agak lama dan menyebabkan pelanggan perlu membuat permintaan semula tac bagi meneruskan transaksi di MyBSN. Melalui ciri ini, pengguna hanya perlu menekan butang Approve yang terdapat pada skrin bagi meneruskan transaksi tanpa perlu membuat permintaan TAC
MUAT TURUN APLIKASI BSNSECURE
Buat kali pertama, seharusnya ada memuat turun dan intalls aplikasi BSNSecure di telefon anda bagi memudahkan urusan anda. Pautan muat turun seperti di bawah:
Play Store bagi pengguna Android
Apple Store bagi pengguna IOS
CARA RESET PASSWORD BSNSECURE
Untuk pengetahuan, anda, selepas anda berjaya mendaftar BSNSecure anda tidak perlu login kembali. Aplikasi BSNSecure ini membolehkan pengguna membenarkan transaksi Perbankan Internet myBSN mereka dengan selamat dan lancar melalui peranti mudah alih berdaftar.
Ini bermaksud segala transaksi online BSN hendaklah dilakukan menerusi MyBSN dan BSNSecure ini untuk memberikan Push Notification kebenaran untuk melalukan transaksi tersebut. Untuk reset kata laluan anda boleh dibuat menerusi MyBSN
CARA RESET KATA LALUAN MYBSN
Jika anda terlupa kata laluan MyBSN anda, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah ini:
Anda perlu layari laman web rasmi MyBSN
Klik pada butang Log masuk.
Sila masukkan
Username
Kad Debit/ Kredit
CVV2
Expiry Date (bulan dan tahun)
Isikan New IC Number, Old IC, Passport Number atau Military No. anda dalam ruangan yang disediakan.
Anda dikehendaki mengisi salah satu ruangan IC number untuk ke laman seterusnya. Klik Submit untuk ke halaman seterusnya.
Anda akan diminta untuk membina kata laluan MyBSN yang baru.
Sila semak maklumat anda seperti Username adalah betul.
Kemudian, masukkan kata laluan yang baru (New Password).
Di ruangan Confirm Password, taip semula password yang anda tetapkan tadi.
Klik Request OTP Masukkan OTP yang diterima secara mesej dari BSN ke nombor telefon yang telah didaftar dengan BSN. Tekan Submit
Selesai, anda telah berjaya menukar kata laluan anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan maklumat lanjut dan sebarang pertayaan mengenai BSNSecure, anda boleh rujuk dan hubungi saluran berikut :
1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)
[email protected]
ARTIKEL LAIN:
CARA TRANSFER BSN KE BANK LAIN GUNA BSNSECURE
CARA DAPATKAN CHALLENGE CODE APPROVE TRANSAKSI MYBSN BSNSECURE
BSNSECURE FIRST TIME LOGIN (Selepas Selesai Pendaftaran BSNSecure)
The post CARA RESET PASSWORD BSN ONLINE BANKING (Terlupa Kata Laluan BSNSecure) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/reset-password-bsnsecure.html