Cara Renew Dpt Pas Pelajar Unimas
Assalamualaikum & Salam ceria..
Baru-baru ni kat twitter yang sentiasa berubah trend tu, bising pasal kenapa orang semenanjung kena pakai buku dokumen perjalanan terhad masuk Sarawak? Tapi, semuanya jelas dalam Perjanjian Malaysia 1968 yang Sabah Sarawak bebas mengawal dasar imigresen dan perkhidmatan awam. Jadi, kita kenalah akur dengan perlembagaan sedia ada ye guys
Okay, untuk Dokumen Perjalanan Terhad (DPT), maksimum boleh pakai ialah 5 tahun. Lepas 5 tahun, kena tukar buku DPT baru. Pas pelajar pulak, selalunya dia akan setkan tamat tempoh mengikut:
Tarikh kita habis belajar Jika tarikh habis belajar melebihi tempoh buku DPT, dia akan tamat tempoh lagi awal ikut DPT itu. (Ini berdasarkan pemerhatian aku)
Pas pelajar ini selalunya dia akan tampal pada buku DPT. Supaya setiap kali lalu imigresen, dia boleh tahu apa tujuan boleh stay Sarawak lebih dari sepatutnya sebab ada pas pelajar atau pas pekerja.
Disclaimer:Tips ni ditulis tahun 2019, dan boleh berubah jika ada perubahan dilakukan. Tips ni berfokus detail untuk student UNIMAS yang nak renew DPT dan Pas Pelajar kalau dah sampai tamat tempoh.
Ok, jom kita start
Surat Pengesahan Pelajar Surat pengesahan pelajar ini kita boleh buat di BPPS (Bahagian Pengajian Prasiswazah). Tapi jangan lupa bawa sekali kad matriks dan DPT (yang dah nak tamat tempoh tu). Surat pengesahan pelajar ni selalunya boleh dapat time tu jugak sebab dia print terus. Efficient.
Surat Lanjutan Pas Pelajar Bawa DPT & surat pengesahan pelajar ke Pusat Khidmat Pelajar kat tingkat 2 bangunan HEPA UNIMAS. Surat lanjutan pas pelajar ni haritu masa aku pergi pun dapat dalam masa sehari juga. Tapi janganlah datang lewat sangat masa office hour dah nak habis pulak. Jabatan Imigresen Sarawak (Kota Samarahan) Yang ni, kita kena bawak: 1 salinan IC2 keping gambar background putihBuku DPTSurat lanjutan pas pelajar UNIMASSalinan beberapa muka surat penting DPT (yang dah nak tamat tempoh): Front page yang ada A123456, page keterangan berkenaan pemegang, page yang ada gambar kita & page pas pelajar). Ada yang nak selamat, photostat je semua isi buku DPT tu. Duit RM5 untuk bayaran buku DPT
Kalau nak senang, sebelum semua urusan tu, siapkan semua benda-benda yang perlu bawa yang aku dah highlight kat atas.
All the best!
Related post: Buku Biru - Dokumen Perjalanan Terhad
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahmissxyz.blogspot.com/2019/11/cara-renew-dpt-pas-pelajar-unimas.html