Cara Register Daftar Topup Akaun Myumobile
CARA REGISTER DAFTAR TOPUP AKAUN MYUMOBILE (Bagi Pengguna Baru)
Kepada anda yang merupakan pelanggan kepada telco uMobile, sebainya anda installkan aplikasi yang disediakan oleh uMobile iaitu MyUmobile. Disini kami akang kongsikan kepada anda kelebihan dan cara penggunaanya, semoga membantu.
APA ITU APLIKASI MyUMOBILE
Aplikasi ini dibangunakan oleh uMobile bagi memudahkan penggunanya dapatkan semua layanan U Mobile di ujung jari – semak bil dan penyata, lihat sejarah tambah nilai anda, jejak penggunaan anda dan pergi tanpa tunai dengan membayar bil atau tambah nilai melalui aplikasi.
KELEBIHAN APLIKASI MyUMOBILE
Berikut adalah merupakan kelebihan yang diperolehi dengan menggunakan aplikasi ini iaitu:
Log Masuk Secara Mudah
Beli Add-Ons
Aktifkan Perantauan Data
Ganjaran Best Giler
Khidmat Pelanggan Pantas
Semak Baki Bila-Bila Masa
Pantau Akaun Anda
Aktifkan Auto Debit
MUAT TURUN APLIKASI MyUMOBILE
Bagi memudahkan urusan anda, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi ini di telefon anda menerusi pautan di bawah:
App Store
Google Play
AppGallery
CARA DAFTAR SIMKAD GUNA MyUMOBILE
Sekiranya anda membeli simkad baru, berikut adalah merupakan cara daftar menerusi aplikasi ini iaitu:
Buka aplikasi MyUmobile di telefon anda
Pada paparan utama klik pada Pendaftaran Sendiri Talian Baru
Pada bahagian pengesahan sim, anda dikehendaki untuk imbas Kod Bar Sim anda yang baharu tersebut dengan klik pada Imbas Sekarang.
Setelah berjaya, anda akan berapa pada Pengesahan ID sama ada Kad Pengenalan atau Passport. Pada bahagian ini anda dikehendaki untuk ambil gambar ID anda depan dan belakang dengan klik pada Seterusnya.
Setelah berjaya anda akan berada pada bahagian Pengecaman Wajah. Pada bahagian ini akan dikehendaki untuk ambil gambar wajah anda
Selesai, status pengesahan pendaftaran simkad anda berjaya akan tertera.
CARA DAFTAR MyUMOBILE (Pengguna Baharu)
Sebagai pengguna baharu yang ingin menggunakan apliaksi ini, seharusnya membuat pendaftaran terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya iaitu:
Buka aplikasi MyUmobile di telefon anda
Pada paparan utama klik pada Login
Pada paparan seterusnya klik pada First Time Login (berada di bahagian bawah)
Kemudian masukkan No uMobile anda pada ruangan tersedia dan klik continue
Masukkan No OTP yang diterima melalui SMS pada ruangan tersedia dan klik pada Verify
Kemudian ada dikehendaki untuk mencipta 6 Digit No Pin Keselamatan pada ruangan tersedia dan klik Create
Anda akan diberikan pilihan untuk membenarkan akses lokasi GPS pada aplikasi ini dengan menekan butang Skip atau Enable Location
Seterusnya anda diberi pilihan untuk membenarkan akses sekuriti Touch ID bagi tujuan sekuriti aplikasi ini dengan menekan butang Skip atau Enable TouchID
Selesai, paparan akan menunjukkan pendaftaran akaun anda telah berjaya, klik pada Next untuk Log Masuk ek akaun anda
CARA TOPUP GUNA MyUMOBILE
Kepada anda yang ingin membuat tambah nilai menerusi aplikasi ini, berikut adalah merupakan caranya iaitu:
Buka aplikasi MyUmobile di telefon anda
Pada paparan utama klik pada Login dan log masuk ke akaun anda
Pada laman utama akuan anda klik pada Top Up
Pada laman kredit topup anda diberi pilihan sama anda ingin Online Top Up atau Top Up Pin.
Sekiranya anda pilih Online Top Up, amaun yang boleh ditambah nilai yang tersedia adalah:
RM10
RM30
RM40
RM50
RM100
RM365
Pilih amaun yang anda kehendaki dan klik pada Pay Now dan pilih kaedah pembayaran yang anda ingin sama ada:
Visa/Mastercard
American Express
Online Banking (FBX)
Pilih kaedah yang anda inginkan dan klik Proceed kemudian ikuti proses pembayaran hingga selesai
Sekiranya berjaya, paparan sttatus tambah nilai anda akan tertera. Anda boleh menyemak baki semasa anda pada laman utama akaun anda
ARTIKEL BERKAITAN:
CARA TERMINATE SIMKAD (Digi/Celcom/Maxis/Yes 4g/Redone/Umobile/Tunetalk)
CARA TUKAR SIMKAD ROSAK HILANG (Sim Card Telefon)
SIMKAD KENA BLOCK (CELCOM/MAXIS/DIGI/TUNE TALK/ ONE XOX/YES4G):(Cara Unlock & Guna Semula)
The post CARA REGISTER DAFTAR TOPUP AKAUN MYUMOBILE (Bagi Pengguna Baru) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/myumobile.html