Cara Qunut Nazilah Untuk Bantu Uighur Yang Masih Dizalimi China
Doa Qunut Nazilah dibacakan pada i'tidal rakaat terakhir solat. Contohnya kalau Solat Subuh, tempat baca doa Qunut Nazilah pada i'tidal rakaat kedua iaitu sebelum sujud
Kalau nak baca Qunut Nazilah dalam solat Isya', tempat bacanya pada i'tidal rakaat keempat. Baca doa Qunut Nazilah mesti dalam bahasa Arab. Kalau guna bahasa lain nanti batal solat
Anas bin Malik meriwayatkan,
Bahawasanya Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan meminta bantuan daripada Nabi SAW untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka. Maka Baginda SAW menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai Al-Qura’ (penghafaz al-Quran). Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu api pada siang, dan bermunajat kepada Allah pada waktu malam. Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’una, mereka dibunuh dan dikhianati. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda membaca qunut (nazilah) selama sebulan dalam solat subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas puak arab, Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan.
Riwayat al-Bukhari (4090)
Dari Abu Hurairah R.A,
Bahawa sesungguhnya Nabi SAW apabila berkata “سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ” pada raka’at terakhir ketika solat ‘Isya’, beliau membaca qunut “Ya Allah selamatkanlah ‘Ayyasy bin Abi Rabi’ah, Ya Allah selamatkanlah al-Walid bin al-Walid, Ya Allah selamatkanlah Salamah bin Hisyam, Ya Allah selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah keraskanlah ‘azab-Mu ke atas Mudhar, Ya Allah jadikanlah (‘azab-Mu) ke atas mereka dalam bentuk musim kemarau yang panjang sepertimana musim kemarau zaman Nabi Yusuf AS”
Riwayat al-Bukhari (6393)
Sewaktu peperangan menentang Nasrani, Saidina Umar R.A juga pernah baca Qunut Nazilah
Qunut Nazilah yang dibaca oleh Saidina Umar R.A
Maksudnya:“Ya Allah kami memohon darimu pertolongan dan keampunan, kami memujimu dan tidak sesekali kami mengkufurimu, dan kami beriman kepadamu, kami menjauhi dan meninggalkan mereka yang menderhakaimu, wahai Tuhan yang kami sembah, dan kepadamu kami menunaikan solat dan bersujud, dan kepadamu kami menuju, dan kami mengharapkan rahmatMu, dan kami sangat takut akan azabMu, Sesungguhnya azabMu untuk mereka yang mengkufurimu, Ya Allah azabkanlah orang kafir, dan letakkanlah di hati mereka ketakutan, dan berbalikkanlah kesatuan mereka, dan turunkanlah laknat dan azab darimu, Ya Allah azabkanlah orang kafir dari ahli kitab yang menghalang jalanMu dan tidak membenarkan Rasaul-rasulmu dan membunuh para auliya’Mu, Ya Allah ampunkanlah orang-orang mukmin, dan orang-orang Islam, dan perelokkan serta satukan kesatuan mereka, dan letakkanlah di hati mereka iman dan hikmah, dan kekalkan mereka di atas agama rasulMu, dan ilhamkan mereka untuk setia dengan janjiMu yang telah engkau janjikan, dan bantulah mereka dalam menghadapi musuhmu dan musuh mereka, Wahai Tuhan yang benar, jadikanlah kami dari golongan yang engkau bantu”
Lihat Futuhat Rabbaniyah (3/301).
Semoga Allah bagi perlindungan dan keselamatan kepada puak Uighur yang ditindas oleh China dan semua umat Islam yang masih dizalimi oleh sesiapa sahaja
Wallahua'lam
SourceHukum Membaca Qunut Nazilah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://bebasperibadimu.blogspot.com/2020/01/cara-qunut-nazilah-untuk-bantu-uighur.html