Cara Pelupusan Al Qur An Rosak Akibat Banjir


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Pelupusan al-Qur'an Rosak Akibat Banjir | Banjir dah mula reda...di Kelantan dan Terengganu... Tahun ni agak teruk juga, sebab nampaknya kebanyakkan tempat ditelenggami air

Kebanyakan surau dan masjid juga tak terkecuali kena banjir... Jadi, sudah pasti buku-buku agama dan al-Qur'an juga terkena banjir... 
Kertas bila dah kena air... sudah pasti rosak... tambah lagi dengan lumpur yang tebal... memang susah nak dikembalikan seperti asal.. Jadi, kaedah selamat lupuskan saja... Tapi al-Qur'an bukanlah kitab biasa... bukan buku... tapi kitab yang mengandungi kalam Allah secara tulisan... jadi, wajib hormat dengan penuh beradab... 

Sumber: google images
Para ulama’ telah khilaf bagaimana cara melupuskannya kepada dua pendapat

Cara melupuskan al-Quran dengan cara menggali tanah dan ditanam Pertama : Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat hendaklah digali tanah dan ditanam di  dalamnya.
Cara melupuskan al-Quran ikut Mazhab Hanafi Seperti ulama’ Hanafi antaranya al-Haskafi berkata : “Mushaf apabila berada pada keadaan yang mana kita tidak mampu membacanya lagi hendaklah ditanam sebagaimana keadaan orang Islam yang mati”. Lihat al-Durr al-Mukhtar 1/191. Sahib al-Hasyiah memberi komentar dengan berkata : “Diletakkan perca kain yang bersih yang diletakkan di dalamnya (al-Qur’an yang rosak) kemudian ditanam di tempat yang tidak dihina dan dipijak.”
Cara melupuskan al-Quran ikut Mazhab Hanbali Al-Buhuti, seorang ulama’ dalam mazhab Hanbali berkata : “Jika sekiranya mushaf telah basah atau lupus, hendaklah ditanamnya secara nas. Imam Ahmad menyebut bahawa Abu al-Jawza’ telah basah mushafnya lantas digali lubang pada masjidnya dan ditanamnya.” Lihat Kasyaf al-Qina’ 1/137

Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh (mantan Mufti Besar Arab Saudi) berpendapat, cara yang paling sahih ketika luput sebahagian kertas mushaf ialah dengan menanamnya di masjid. Jika tidak boleh maka ditanamnya di tempat yang bersih lagi suci dan harus juga membakarnya. Lihat al-Fatawa 13/84 Cara melupuskan al-Quran dengan cara dibakar Kedua : Mazhab Maliki dan Syafi’i berpendapat, hendaklah dibakar. Hujah bagi pendapat yang kedua ini adalah berdasarkan tindakan Saidina Uthman yang memerintahkan untuk membakar mushaf yang lain yang berbeza dengan mushaf yang ditulis, dan perbuatan tersebut telah disaksikan oleh ramai Sahabat. Kisah ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya no. 4988. Mus’ab bin Sa’d berkata : “Aku mendapati ramai orang yang mana menyaksikan peristiwa arahan Saidina Uthman supaya mushaf-mushaf yang lain dibakar. Perbuatan tersebut menjadi kehairanan bagi mereka tetapi tidak seorang pun dari kalangan mereka mengingkarinya.” Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Abi Daud dalam bukunya Kitab al-Masahif halaman 41

Ibn Battal berkata : “Perintah Saidina Uthman supaya membakar semua mashaf ketika dihimpunkan al-Quran menandakan keharusan membakar kitab-kitab yang terpada padanya Asma’ullah (nama-nama Allah). Yang demikian, sebagai kemuliaan baginya dan pemeliharaan daripada dipijak dengan kaki serta dicampakkannya pada mana-mana tempat.” Lihat Syarah Sahih al-Bukhari 10/226

Imam al-Suyuti berkata : “Apabila perlu kepada melupuskan sebagian kertas mushaf dengan sebab basah atau rosak, maka tidak harus diletakkannya pada mana-mana tempat sekalipun tinggi kerana boleh jadi akan jatuh dan dipijak. Begitu juga tidak harus mengoyaknya kerana memisahkan huruf-huruf dan kalam tersebut. Justeru, kalau dibakarnya dengan api, maka tidak mengapa. Ini kerana perbuatan Saidina Uthman yang membakar semua mushaf dan tiada seorangpun yang mengingkarinya.” Lihat al-Itqan fi Ulum al-Qur’an 2/1187
Tarjih Selepas meneliti dua pandangan di atas samada menanamnya atau membakarnya, adalah diharuskan kedua-duanya kerana ia bermatlamat untuk memuliakan al-Qur’an atau mushaf

Cara menurut pendapat Mufti Wilayah Persekutuan Walaupun begitu, menurut Mufti Wilayan Persekutuan... beliau lebih cenderung kepada hujahan mazhab Syafi’i dan Maliki yang memilih dengan cara membakar. Perbuatan sahabat seperti Saidina Uthman yang merupakan ijtihad daripadanya dan juga selepas itu tidak diingkari oleh mana-mana sahabat menjadi hujah yang kuat kepada perbuatan tersebut untuk mengharuskan pembakarannya. Ini kerana ianya memang rosak disebabkan banjir dan alangkah baiknya selepas itu, debu yang berbaki, ditanam kerana mengambil pendapat yang pertama dari mazhab Hanafi dan juga Hanbali

Alhamdulillah, mutakhir ini telah wujud alat yang moden dalam menghancurkan kertas sehingga menjadi seperti debu atau serpihan halus dan tidak kekal lagi walaupun kalimah dan huruf secara zahir. Kemudian ianya dibakar pula dan kemudian ditanam, maka sudah tentu lebih selamat dalam memuliakan al-Qur’an daripada dihina atau dipijak

Begitu juga terpakai dalam isu ini berkenaan dengan nama-nama Allah, kitab-kitab hadith atau kitab-kitab agama yang mengandungi nama Allah yang hendaklah kita muliakan di mana cara pelupusannya dibuat sebagaimana dilupuskan mushaf seperti di atas

Semoga jawapan ini menyelesaikan isu dan kemelut berkenaan dengan pelupusan mushaf yang rosak atau yang tidak mungkin dapat dibaca lagi dengan sebab ditenggelami air dalam tempoh masa yang tertentu. Wallahua’lam
Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan
Kaedah ini juga MF guna untuk lupuskan kertas-kertas soalan dan buku Pendidikan Islam yang dah tak gunakan lagi... Biasalah, jadi ustazah ni banyak guna bahan yang mengandungi ayat al-Qur'an dan hadis... Walaupun ada kata tak mengapa kalau ayat tu sedikit sahaja... Tapi MF rasa bersalah... tetap akan simpan dan kumpul... kemudian satu masa bakar dalam bekas dan abunya dibuang dalam air yang mengalir...seperti sungai atau laut. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2017/01/cara-pelupusan-al-quran-rosak-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Menyelamatkan Kereta Dari Rosak Ditelenggami Air Ketika Bencana Banjir

Tips Menyelamatkan Kereta Dari Rosak Ditelenggami Air Ketika Bencana Banjir

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 156 hits
Sebelum tenggelam Jika kenderaan korang tak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kereta masih belum ditenggelami air korang bolehlah menyumbat lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air Contoh menutupnya men...
Cara Buat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Dan Kenali Jenis Laluan Jalan Raya

Cara Buat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Dan Kenali Jenis Laluan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 133 hits
Banyak terjadi kes tuntutan kemalangan akibat jalan berlubang yang melibatkan keadaan jalan raya yang tidak baik serta berlubang teruk Situasi ini memperbahayakan pengguna jalan raya yang mana you boleh memberikan risiko kecederaan yang par...
Akses Jalan Nasional Jambi Ke Kerinci Putus Akibat Banjir Bandang

Akses Jalan Nasional Jambi Ke Kerinci Putus Akibat Banjir Bandang

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 112 hits
Jalan nasional di Desa Pasar Tamiai lumpuh para pengendara tidak bisa melintas
3 213 Orang Tewas Akibat Kecelakaan Di Jawa Barat Selama 2023

3 213 Orang Tewas Akibat Kecelakaan Di Jawa Barat Selama 2023

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 111 hits
Kapolda Jawa Barat Irjen Akhmad Wiyagus menyatakan bahwa penurunan angka kecelakaan berada di angka 6 persen dibandingkan tahun 2022
Sejumlah Ka Terlambat Tiba Akibat Kecelakaan Di Cicalengka Daop 6 Minta Maaf

Sejumlah Ka Terlambat Tiba Akibat Kecelakaan Di Cicalengka Daop 6 Minta Maaf

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 37 hits
Daop 6 Yogyakarta meminta maaf atas kelambatan sejumlah kereta api yang memutar seusai kecelakaan di Cicalengka Jumat
14 Orang Terluka Akibat Kerusuhan Iring Iringan Jenazah Lukas Enembe Termasuk Pj Gubernur Papua

14 Orang Terluka Akibat Kerusuhan Iring Iringan Jenazah Lukas Enembe Termasuk Pj Gubernur Papua

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 79 hits
Korban luka akibat kerusuhan saat iring iringan prosesi pemakaman mantan Gubernur Papua Lukas Enembe mencapai 14 orang
Viral Turis Jalan Kaki Ke Bandara Bali Akibat Macet Parah Ini Penjelasan Petugas

Viral Turis Jalan Kaki Ke Bandara Bali Akibat Macet Parah Ini Penjelasan Petugas

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 136 hits
Petugas menyebutkan terkait adanya kemacetan di jalur menuju Bandara I Gusti Ngurah Rai terus memonitor kecepatan in out kendaraan
Jkns Siasat Remaja Meninggal Dunia Akibat Kelalaian Hospital Anggap Kes Serius

Jkns Siasat Remaja Meninggal Dunia Akibat Kelalaian Hospital Anggap Kes Serius

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 100 hits
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memandang serius kes membabitkan seorang remaja yang meninggal dunia akibat demam denggi yang didakwa berpunca dari kelemahan diagnosa pegawai perubatan di Hospital Tuaran SUBSCRIBE now Astro Awani https www y...
Pentingnya Muhasabah Diri

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Malaysia Asserts Claim For Portion Of Goldman Sachs Fines In 1mdb Case

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Record 13 Pay Hike For Civil Servants Get Ready For Subsidy Cuts Skyrocketing Inflation And Even Recession

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji

Ge14 S Impact On State Federal Relations

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Cerita Awan

Jangan Pandang Belakang 2

Bukan Sekadar Penyeri Masakan Ini Potensi Daun Sup Untuk Kesihatan