Cara Pastikan Kenderaan Sentiasa Bersih Selamat


Biarpun kerajaan telah melaksanakan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi mengekang penyebaran virus tersebut dan anda tidak perlu bergerak ke mana-mana, namun penting juga untuk mengekalkan kebersihan kenderaan. Jangan biarkan ia tersadai di rumah tanpa dijaga. Kebersihan kereta yang mantap dapat memberi manfaat kepada diri anda dalam jangka masa yang panjang. Proton berkongsi beberapa cara untuk menjadikan kenderaan anda sebuah ruang yang bersih serta selamat.
Lakukan pembersihan nyahjangkit
Pertama sekali, lakukan pembersihan nyahjangkitan secara kerap pada permukaan yang selalu disentuh. Contohnya stereng, tombol gear, pemegang pintu (dalam dan luar), butang ‘start-stop’ enjin dan kunci kereta. Sangat penting untuk anda membersihkan atau mengelap semua permukaan secara kerap, terutamanya selepas membeli barangan keperluan di luar.
Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga bahagian lain pada kenderaan yang perlu dibersihkan dengan teliti. Sebagai contoh, jika sistem audio kenderaan anda dilengkapi skrin sentuh seperti Unit Infotainmen (IHU), skrin tersebut perlu dibersihkan dengan kerap. Bersihkan dengan kain lembut yang telah disembur semburan antibakteria.
Selain itu, bersihkan kerusi kenderaan anda secara berkala. Anda perlu tahu bahawa kerusi kulit mungkin tidak sesuai untuk dibersihkan dengan menggunakan cecair nyahkuman. Bahan kimia yang kasar mungkin akan merosakkannya. Oleh itu, anda perlu mencari cecair yang sesuai untuk membersihkan kerusi kulit kenderaan anda. Pastikan selepas dilap, kerusi tersebut benar-benar kering untuk mengelakkan daripada kesan bertompok atau merekah.

Gunakan alat bebas tangan
Pada saat ini, pasti anda sudah terbiasa mengamalkan kebersihan diri yang paling asas iaitu mencuci tangan secara kerap dan meminimakan sentuhan menggunakan tangan seperti bersalaman dan menyentuh muka. Salah satu cara untuk mengurangkan sentuhan yang tidak perlu di dalam kenderaan anda adalah dengan menggunakan fungsi bebas tangan seperti arahan suara yang membantu anda mengawal pelbagai fungsi di dalam SUV milik anda termasuklah untuk membuka radio, memainkan muzik dan menggunakan navigasi serta membuka but belakang dengan menggunakan sensor kaki.
Bersihkan udara dan tenangkan minda 
Penggunaan penulen udara mampu menyegarkan udara di dalam kenderaan anda kerana ia berfungsi menapis dan menyingkirkan gas bahaya, bau busuk dan membunuh bakteria. Sesetengah kenderaan seperti Proton X70 telah dilengkapi sistem ini pada alat hawa dingin model tersebut. Selain itu, anda turut digalak untuk membersihkan semua sampah dan habuk di dalam kenderaan dengan menggunakan vakum. Ini akan membantu menghilangkan kotoran dan sisa makanan yang mungkin akan mengundang kehadiran serangga di dalam kenderaan anda. Pastinya kereta anda akan lebih bersih dan memberi keselesaan maksimum kala pemanduan.
The post Cara Pastikan Kenderaan Sentiasa Bersih & Selamat appeared first on Her Inspirasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://herinspirasi.com/jelita/cara-pastikan-kenderaan-sentiasa-bersih-selamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pastikan Anak Selamat Ketika Melayari Internet Dengan Tip Ini

Pastikan Anak Selamat Ketika Melayari Internet Dengan Tip Ini

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 410 hits
Dengan sekolah ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan anak menghabiskan lebih masa melayari internet Tetapi dalam masa yang sama ibu bapa perlu ambil perhatian akan risiko yang hadir bersama internet Oleh itu berikut adalah tip mudah un...
Hotel Di Malaysia Akan Diberi Sijil Bersih Dan Selamat Covid 19

Hotel Di Malaysia Akan Diberi Sijil Bersih Dan Selamat Covid 19

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 374 hits
Hotel Di Malaysia Akan Diberi Sijil Bersih Dan Selamat sebagai sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan keyakinan tetamu hotel terhadap indusri pelancongan negara Malaysia diketika krisi wabak penyakit Coronavirus Covid 19 kata Persat...
Cara Untuk Pastikan Sayur Dan Buah Buahan Tahan Lama

Cara Untuk Pastikan Sayur Dan Buah Buahan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 390 hits
Ohmedia yakin ramai antara kita apabila membeli sayur dan buah buahan adakala tidak tahan lama walaupun telah disimpan dalam peti sejuk Oleh itu Ohmedia nak kongsi dekat korang cara untuk mengekalkan makanan supaya tahan lama dan tidak rosa...
Cara Menggunakan Online Banking Secara Selamat

Cara Menggunakan Online Banking Secara Selamat

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 553 hits
Kita perlu sentiasa berhati hati semasa menggunakan online banking bagi apa juga tujuan Di sini dikongsikan cara menggunakan online banking dengan selamat The post appeared first on
Cara Buat Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

Cara Buat Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 1188 hits
Kuih siput rangup dan paling sedap Kuih siput adalah kuih yang dibuat bermusim terutamanya apabila tiba musim perayaan Saya memang penggemar kuih siput dan akan membelinya bila tiba hari raya dengan jumlah yang banyak Kalau kuih siput itu s...
Cara Reset Password Maybank2u Bila Lupa Kata Laluan

Cara Reset Password Maybank2u Bila Lupa Kata Laluan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 2604 hits
Lupa Kata laluan Maybank2u Boleh pula aku terlupa kata laluan Maybank2u hari ini Macam biasa awal bulan mesti akan guna Maybank2u untuk selesaikan hutang bulanan Memang dah bertahun aku bayar bil secara online kalau tidak silap kali terakhi...
Wanita Kongsi Cara Unik Didik Anak Ketika Pkp Bagi Gaji Jika Jalankan Kerja

Wanita Kongsi Cara Unik Didik Anak Ketika Pkp Bagi Gaji Jika Jalankan Kerja

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 579 hits
Para ibu bapa pasti tidak mahu anak anak mereka ketinggalan dalam pembelajaran Pembelajaran amat penting untuk kanak kanak bagi memastikan mereka menjadi insan yang berilmu serta berjaya di masa hadapan Walaupun masih dalam tempoh Perintah ...
Tak Perlu Pergi Ke Bank Ini Cara Untuk Anda Semak Status Bayaran Bpn

Tak Perlu Pergi Ke Bank Ini Cara Untuk Anda Semak Status Bayaran Bpn

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 758 hits
Mana yang belum dapat tu harap bersabar ok small Cover image via mStar small Kerajaan telah mengumumkan insentif Bantuan Prihatin Nasional melalui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN pada 27 Mac lalu kepada umum Bantuan te...
Daftar Blogger Bandung Dan Cara Mengetahui Nama Nama Blogger Di Sebuah Kota

Daftar Blogger Bandung Dan Cara Mengetahui Nama Nama Blogger Di Sebuah Kota

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 460 hits
Bloger atau blogger asal Kota Bandung banyak pisan CB Blogger juga tinggal di Bandung Kita bisa mengetahui siapa saja bloger atau yang membuat blog di sebuah kota dengan menelusuri halaman profil Blogger kita Caranya Cara Mengetahui Nama Na...
Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual