Cara Mula Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah


Cara Mula Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah | Jadi suri rumah ini tak bermaksud kita tak boleh buat sesuatu untuk dapatkan duit. Betul tak? Fadzi pun sebagai suri rumah buat macam-macam kerja untuk dapatkan side income.
Antara yang Fadzi buat adalah tulis blog, servis menulis artikel dan copywriting, jual barang-barang preloved dan jual kek secara kecil-kecilan dari rumah saja. Sambil jaga anak, sambil buat duit.

Cara Mula Bisnes Kek Dan Roti Dari RumahBagi Fadzi, buat bisnes kek dan bakeri dari rumah adalah cara terbaik untuk kita sebagai suri rumah buat duit. Bukan nak kata suami tak cukup bagi duit tapi kepuasan bila dapat income sendiri tu priceless tau.
Dan bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk kita menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah. Banyak sebabnya antaranya adalah:
1. Kos Pemulaan Yang KecilMemandangkan kita memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, kita tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.
Kita juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.
Kita boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah!
2. Tidak Perlu Terlalu MenjualUntuk menjual produk bakeri , kita tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk kita sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM! Cukup sekadar kita menunjukkan gambar dan harga! Jika pelanggan suka, mereka akan order!
3. Hanya Buat Berdasarkan TempahanIni adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Kita hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas kita mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti kita tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.

4. Urusan Rumahtangga Masih TerjagaYa! Memandangkan kita hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, kita masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak kita. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami yang mungkin risau andainya kita terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!
5. Permintaan Produk Home-Made Bakeri Sangat TinggiCupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala,  Kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari.
Tidak kira sama ada untuk dimakan ketika minum petang, ataupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka mahupun untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga.
Boleh dikatakan, hampir setiap minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan (Tahun Baru Cina / Aidilfitri) dan musim cuti sekolah (Disember). 
Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan! Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa order dari pelanggan.
Sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang bermain di fikiran apabila kitamahu memulakan bisnes bakeri ini. Antara soalan yang paling kerap ditanya ialah:
Nak buat dan jual kuih apa? Kuih karipap ke? Donut ke? Roti jala ke? Muffin Cake ke? Cheese Tart? Cup cake? Kek coklat? Kuih apa yang paling banyak permintaan?Berapa nak letak harga?Macam mana nak kira kos produk?Apa peralatan yang diperlukan?.Macam mana nak buat promosi? Macam mana nak buat marketing?.Di mana nak belajar buat kuih?Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM?

Semua tu sebenarnya tak ada masalah pun asalkan kita ada ilmu yang cukup. Nak Google pun ada je sebenarnya tapi mungkin renyah dan tak lengkap. Fadzi ada satu ebook yang mungkin korang boleh baca sebagai permulaan buat bisnes bakeri dari rumah.
eBook Bisnes Bakeri - Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah. Korang boleh baca ebook ni kalau nak mula cuba jual kek dan roti dari rumah. Klik sini.
Isi Kandungan eBook Bisnes BakeriBerikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhan ebook ini.
PENDAHULUANPada bahagian ini penulis akan memberikan korang gambaran jelas tentang industri bisnes bakeri serta mengapa menjalankan bisnes bakeri dari rumah adalah langkah yang terbaik bagi korang.
Penulis ada senaraikan 6 sebab mengapa pembeli lebih gemar membeli bakeri dari pembuat-pembuat bakeri dari rumah (home made product) berbanding dari kilang atau kedai.
Selain itu, penulis juga turut memberikan jadual perbandingan antara menjalankan bisnes bakeri dari rumah dengan binses bakeri di kedai. Korang boleh lihat dengan jelas setiap kelebihan dan kekurangannya.
Korang pasti akan teruja dan bertambah bersemangat untuk memulakan bisnes bakeri korang dari rumah dengan segera setelah membaca bahagian ini.
BAB 1 : FORMULA 2M+2PIni adalah formula yang penulis gunakan untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah. Ianya adalah formula yang membuatkan penulis terus bersemangat dan bermotivasi untuk meneruskan perniagaan bakeri dari rumah.
Di dalam bab ini juga, penulis berkongsi tip bagaimana untuk memilih produk bagi bisnes bakeri korang. Jika korang pening-pening tak tahu nak buat produk apa untuk bisnes bakeri korang, bab ini akan menjelaskan kepada korang tentang strategi pemilihan produk!
Ya! Nak pilih produk pun kena ada strategi.. bukan sekadar main buat je! :)
BAB 2 : DIMANA MAHU BELAJAR BAKERI?Ok! Ini adalah bab untuk korang yang masih kurang mahir membuat pelbagai jenis kuih & kek (produk bakeri). Ada beberapa jenis kelas serta tempat yang boleh korang rujuk untuk belajar membuat produk-produk bakeri.
Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma! Tapi, sebelum pergi mana-mana kelas, kena tetapkan dulu kuih apa yang korang mahu belajar! Barulah tak sia-sia korang pergi belajar nanti.
BAB 3 : 4 LANGKAH MEMBUKA BISNES BAKERI!Minat dan sebab dah ada, ilmu buat bakeri pun dah ada. Kini secara rasminya korang mahu memulakan perniagaan bakeri korang dari rumah!
Dalam bab ini penulis tunjukkan korang langkah-langkah untuk mendaftarkan perniagaan korang dan membuka akaun bank bagi perniagaan korang.
Ianya bukan sahaja penting untuk memastikan perniagaan korang mematuhi undang-undang, ianya juga dapat meningkatkan kredbiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan korang!
BAB 4 : SENARAI PERALATAN DAN KOS!Dalam bab ini, penulis senaraikan peralatan-peralatan yang korang perlukan untuk menjalankan perniagaan bakeri korang. Mungkin korang tidak perlukan semua peralatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya, korang tahu apakah kegunaan setiap peralatan serta berapakah kosnya.

BAB 5 : CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN!Ini adalah bab yang paling penting. Ramai pengusaha bisnes bakeri tidak mengira harga kos dengan betul dan sekadar main agak-agak sahaja! Akibatnya, order dari pelanggan dapat banyak tapi duit untung tak nampak! Hanya sekadar dapat penat sahaja!
Ada 2 kaedah untuk menentukan harga jualan produk bakeri korang. Penulis tunjukkan kedua-dua kaedah pengiraan di dalam bab ini!
BAB 6 : TEKNIK PROMOSI!Sedap macam mana pun kuih korang, tetapi jika tiada siapa yang tahu dan beli! Maka ianya tidak membawa apa-apa makna. Oleh itu, bab ini juga adalah antara bab yang terpenting untuk bisnes bakeri korang.
Penulis senaraikan 8 kaedah promosi yang boleh korang gunakan untuk mempromosikan produk-produk bakeri korang! Ianya merangkumi kaedah promosi secara online dan juga offline!
BAB 7 : 5 KESILAPAN BISNES BAKERISetelah menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah dan produk korang sudah mula mendapat perhatian dan permintaan. Ada beberapa perkara yang pasti akan korang hadapi.
Jadi, awas kepada 5 perkara ini. Jika korang tidak hadapi 5 perkara ini dengan betul, ianya mungkin akan mengugat perniagaan bakeri korang. Silap haribulan, korang mungkin akan berasa penat dan mahu berputus asa menjalankan bisnes korang.
BAB 8 : 9 CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENANGANINYAWalaupun korang hanya menjalankan bisnes bakeri dari rumah, jangan sangka ianya tiada cabaran. Disini penulis senaraikan 9 cabaran yang mungkin akan korang perlu hadapi dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya!Cabaran persaingan hargaKenaikan kos harga barang mentahBahan mentah habis stokSupplier stop bekalan
Itu adalah antara beberapa cabaran yang mungkin akan anda hadapi.Ketahui cara menanganinya dalam bab ini!
BAB 9 : BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULANDalam bab ini, penulis kongsikan strategi bagaimana untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk perniagaan bakeri dari rumah yang korang jalankan.
Penulis tunjukkan caranya dengan hanya menjual 2 jenis produk sahaja, korang sudah boleh mencapainya. Siap sekali penulis tunjukkan kira-kira untuk kos penghasilan produk serta target jualan yang perlu dilakukan.
BAB 10 : 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERIIni adalah bab yang terakhir. Dalam bab ini penulis kongsikan 10 tips yang penulis rasa amat penting untuk memastikan produk yang hasilkan sedap, enak dan berkualiti tinggi .
Tips-tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis menjalankan bisnes bakeri sejak 6 tahun yang lalu. KOrang mungkin tidak akan menjumpai tip ini di mana-mana tempat.
Bonus Istimewa - 3 eBook PercumaEbook Bisnes Bakeri ini juga datang dengan 3 ebook tambahan yang memang membantu sangat untuk melengkapkan ilmu bagi memulakan perniagaan kek dan roti dari rumah korang nanti. 3 ebook itu adalah:
BONUS #1 : 5 BAHAN ASAS BAKERI WAJIB TAHUTahukah tak korang untuk tepung sahaja, terdapat 7 jenis tepung yang perlu korang ketahui untuk membuat bakeri? Setiap jenis tepung mempunyai fungsi dan kegunaannya masing-masing. Penulis akan tunjukkan korang kegunaan bagi setiap jenis tepung tersebut di dalam ebook ini.
Begitu juga dengan bahan-bahan lain seperti bahan penaik, marjerin dan mentega. Untuk bahan mentega pula ada 6 jenis bahan mentega yang berasingan.
Jadi, ketahui semua kegunaan bahan-bahan tersebut di dalam ebook ini!
BONUS #2 : 10 RESEPI PRODUK BAKERI TERLARIS!Dengan ebook bonus ini, korang sudah tidak perlu risau dan pening kepala lagi memikirkan produk apa yang korang mahu jual untuk bisnes bakeri korang.
Penulis kongsikan 10 produk yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi dari orang ramai sepanjang masa. Lengkap juga penulis beri dengan resepinya sekali. Korang boleh terus cuba buat  produk ini selepas mendapatkan ebook panduan bisnes bakeri ini
BONUS #3 : ROTI OH ROTI!Tidak sah kalau buat bisnes bakeri tetapi tiada roti. Jadi, di dalam ebook bonus yang ketiga ini, semua info berkaitan roti penulis terangkan di dalam ebook ini.
Bermula dari bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuat roti! Resepi 5 jenis roti serta cara membuatnya. Pantang-larang di dalam membuat roti. Masalah-masalah yang sering berlaku apabila membuat roti serta bagaimana cara untuk menyelesaikanya.
Apakah bahan yang perlu digunakan untuk membuat roti menjadi lembut dan gebu? Nak buat roti warna putih? Cream atau perang-perang sikit? Semua penulis ceritakan di dalam ebook ini.
Fadzi rasa ebook ni memang cukup lengkap bagi korang yang baru nak bermula buat bisnes kek atau roti dari rumah ni. Senang kata ebook ni bagi korang shortcut untuk dapat untung terus. Tapi payah nak buat R&D ape semua.
Kalau korang nak tau, penulis ebook ni merupakan seorang pengusaha sambilan yang dah 6 tahun dalam bidang bisnes bakeri ni. Jadi pengalaman yang penulis cerita kan dalam ebook ni memang berbaloi untuk kita yang baru nak start.
Korang boleh dapatkan ebook Bisnes Bakeri - Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah dengan klik di SINI. Semoga berjaya korang!






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fadzirazak.com/2020/01/cara-mula-bisnes-kek-dan-roti-dari-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lakukan Cara Ini Untuk Mempercantik Rumah Dengan Furniture Jakarta Terbaik

Lakukan Cara Ini Untuk Mempercantik Rumah Dengan Furniture Jakarta Terbaik

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 295 hits
Seseorang yang memiliki selera tinggi pada jenis furniture terutama untuk furniture rumah tentunya akan memilih furniture yang terbaik dengan memperhatikan Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Cara Mudah Menghilangkan Contengan Di Dinding Dengan Bahan Sedia Ada Di Rumah

Cara Mudah Menghilangkan Contengan Di Dinding Dengan Bahan Sedia Ada Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 841 hits
Anak anak yang masih kecil dan sedang aktif biasanya akan menjadikan dinding rumah sebagai tempat untuk meluahkan hasil bakat kreatif mereka dengan dengan coretan atau contengan Sebagai ibu bapa sudah pasti menjadi masalah dengan kesan cont...
Cara Memulakan Bisnes Penternakan Kambing

Cara Memulakan Bisnes Penternakan Kambing

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 533 hits
Cara Memulakan Bisnes Penternakan Kambing Hari tu Fadzi ada nampak iklan dekat TV masa tengah tengok Malaysia Hari Ini Tak ingat iklan Nona ke iklan Majalah 3 Tapi iklan tu pasal penternakan kambing Terus Fadzi teringat nak baca balik Ebook...
10 Cara Mudah Halau Lipas Dari Rumah

10 Cara Mudah Halau Lipas Dari Rumah

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 793 hits
10 Cara Mudah Halau Lipas Dari Rumah Awal awal masa Fadzi pindah masuk ke rumah yang sekarang Fadzi duduk semua rasa cantik bersih dan tak ada masalah lipas tikus cicak mahupun semut Rumah baru saja siap developed kan Hatta nyamuk pun tak a...
Ajak Anak Buat Kerja Rumah Berikan Tugasan Mudah Cara Untuk Ajar Mereka Berdikari

Ajak Anak Buat Kerja Rumah Berikan Tugasan Mudah Cara Untuk Ajar Mereka Berdikari

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 600 hits
Pernahkah anda menerima teguran yang mengatakan anak anda mungkin terlalu manja Adakah benar si kecil anda terlalu manja Adakah anda tidak pernah memberikan si kecil peluang untuk melakukan sesuatu perkara dengan sendiri kerana menganggap m...
Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis Cara Agar Efektif Belajar

Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis Cara Agar Efektif Belajar

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 356 hits
Allow selamat pagi sesi kali ini akan membahas tentang cara agar efektif belajar Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis simak selengkapnya Cara belajar berhasil dengan Quipper Video andaikata di rumah rutin belajar tapi s...
Cara Mudah Daftar Di Rumah Belajar Kemendikbud Go Id Cara Belajar Di Rumah

Cara Mudah Daftar Di Rumah Belajar Kemendikbud Go Id Cara Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 755 hits
Hi berjumpa kembali artikel ini akan membawa pembahasan tentang cara belajar di rumah Cara Mudah Daftar di Rumah Belajar Kemendikbud go id simak selengkapnya Cara Mudah Daftar dengan Login masuk di Rumah Belajar Kemendikbud go id Rumah bela...
7 Cara Efektif Belajar Bahasa Inggris Di Rumah Tips Belajar Bahasa Inggris

7 Cara Efektif Belajar Bahasa Inggris Di Rumah Tips Belajar Bahasa Inggris

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 466 hits
Hallo bertemu kembali sesi kali ini akan membawakan mengenai tips belajar bahasa inggris 7 Cara Efektif Belajar Bahasa Inggris di Rumah simak selengkapnya begitulah pembahasan perihal 7 Cara Efektif Belajar Bahasa Inggris di Rumah semoga ar...
Cara Membuat Yoghurt Sendiri Di Rumah Praktis Dan Menyehatkan

Cara Membuat Yoghurt Sendiri Di Rumah Praktis Dan Menyehatkan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 223 hits
Membuat yoghurt sendiri di rumah bisa menjadi alternatif bagi Anda untuk mengisi waktu kosong di rumah Dengan membuat yoghurt sendiri di rumah Anda bisa menjaga kesehatan melalui olahan alami buatan tangan tanpa campuran kimia maupun bahan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner