Cara Mudah Sedekah Online Untuk Masjid Dengan Aplikasi Sujood


Cara Mudah Sedekah Online Untuk Masjid Dengan Aplikasi Sujood | Salam semua, selalunya kita dengar "buat amalan sedekah banyak - banyak atas dunia ni, sebab itu lah saham akhirat kita nanti."
Atas dunia memang tak nampak. Di akhirat kelak, sedekah -sedekah ini lah yang membantu kita nanti

Antara salah satu sebab kenapa kita mesti kena ada sifat suka bersedekah adalah nak buang sifat kedekut yang ada dalam diri. 

Sifat kedekut yang salah satunya adalah sifat mazmumah yang keji yang mesti dibuang dalam diri seorang yang bergelar muslim. 
Seperti mana Allah sebut di dalam Al - Quran “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”.

(al-Baqarah: 261)
Kita kena yakin dengan amalan sedekah yang telah disebut dalam Al - Quran ini, amalan bersedekah tidak akan mengurangkan harta ataupun rezeki. 
Jadi, jangan takut untuk membuat amalan soleh yang disukai Allah. Sebabnya, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak disangka - sangka untuk hambaNya yang suka bersedekah

Asalkan kita bersedekah dengan ikhlas dan bukan untuk pujian. 
Sedekah Online Dengan Aplikasi SujoodZaman sekarang ke semua urusan boleh dibuat hanya di hujung jari memang menjimatkan masa. Hanya dengan telefon pintar saja, korang klik - klik dah siap. 
Nak bersedekah sekarang pun rasa tak payah macam dulu. Seiring dengan perkembangan teknologi, sekarang dah boleh buat sedekah online. 
Tak perlu bawa wang tunai macam dulu. Lagi selamat.  
Korang pernah dengar tentang aplikasi Sujood tak ? Baru - baru ini sis ada dengar tentang aplikasi Sujood. Tertanya - tanya juga aplikasi Sujood ni untuk apa ? 
Aplikasi Sujood ini telah dibangunkan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. Sujood ini adalah satu aplikasi untuk memudahkan orang ramai menderma kepada masjid ataupun surau. 
Dengan adanya aplikasi ini, kita boleh nak derma online untuk mana - mana masjid

Lagi mudahkan kerja sis bila nak sedekah secara atas talian terutamanya nak istiqamah buat sedekah subuh. Awal pagi, pintu rezeki terbuka luas. Sedekah subuh ini juga adalah sedekah yang terbaik. 
Jangan lepaskan peluang nak buat sedekah subuh. Kena cepat - cepat muat turun aplikasi Sujood ya. 
5 Kelebihan Menggunakan Aplikasi Sujood
Sis dah pun cuba guna aplikasi Sujood, apa yang sis perhatikan banyak kelebihan yang kita boleh dapat. Walaupun aplikasi Sujood ini hanya derma online untuk masjid. 
Sekurang - kurangnya, kita tak pening dah nak derma kat mana. Ke semuanya ada dalam Sujood. Antara kelebihan yang boleh kita dapat. 
1. Menjimatkan Masa Dan Di Mana SajaBagi sis, dengan Sujood ia dapat menjimatkan masa daripada hadir secara fizikal untuk derma. Walaupun di mana saja kita berada. Waktu untuk derma pun tak terhad. Hanya klik - klik di aplikasi. 
2. Derma Tanpa Wang Tunai Nak derma sekarang tak perlu bawa wang tunai atau istilah lain kita derma secara atas talian. Yang penting korang kena ada online banking. 
Atau boleh juga dengan kad kredit. Sujood dah mudahkan kerja kita untuk menderma. 
3. Melatih Diri Untuk Derma Secara Konsisten Kalau dulu kita bersungut nak derma pun susah sebab tak ada wang tunai yang kebetulan bawa atau masalah - masalah lain. Jadi nak konsisten untuk menderma tu susah kan. 
Bila wujudnya Sujood, sedikit sebanyak ia dapat membantu kita untuk bersedekah secara konsisten walaupun hanya RM 1. 
Allah tak pandang nilai, tapi Allah pandang hati kita yang ikhlas untuk menderma. 
4. Masjid Dan Surau Yang Tersenarai Di Dalam Sujood Senarai masjid dan surau yang ada di dalam aplikasi ini dari seluruh Malaysia. Setakat sekarang ini Sujood telah menghimpunkan senarai 31 masjid dan surau. 
Dari semasa ke semasa akan ada pertambahan. 
Bagus kan. Siap ada gambar masjid dan sedikit keterangan tentang masjid. 
5. Tanpa Download Pun Boleh Derma Online Macam mana tu tanpa muat turun pun boleh menderma jugak ? Ini yang istimewa sis perasan dalam aplikasi Sujood ni. Sis dah muat turun Sujood sebab nak mudahkan sis nak menderma. 

Kalau nak tahu Sujood ini ada fungsi "share", dan kita boleh "share" ke mana - mana aplikasi yang kita nak "share" sama ada di Telegram, Whatsapp, Facebook dan lain - lain. 
Sekiranya korang nak kongsi link dengan kawan - kawan ataupun keluarga, korang hanya tekan butang "share" yang berada di sebelah kanan atas gambar masjid. 
Kemudian pilih aplikasi mana yang korang nak. Mudah kan. Yang bagusnya, sekiranya ada orang nak menderma, mereka hanya perlu klik link tersebut dan terus buat pembayaran untuk derma tanpa perlu muat turun aplikasi Sujood. 
Bukan apa, kita nak menggalakkan orang ramai untuk lebih suka menderma. Tak nak bagi rasa payah sangat nak derma online. Tak ada aplikasi Sujood pun boleh derma asalkan kita kena rajin "share". 
Faham sangat, dengan masalah memori phone tak cukup dan lain - lain. 
Cara Sedekah Online Guna Aplikasi Sujood Nak sedekah guna aplikasi Sujood ni mudah jer. 
1. Pertama sekali, korang kena muat turun aplikasi ini. Aplikasi Sujood boleh dimuat turun di Google play ataupun App Store. 


2. Selepas muat turun, terus buka dan korang akan nampak senarai masjid yang ada. Apa yang menariknya di Sujood ni ada ruangan untuk santapan rohani. 


Boleh lah nak baca dulu artikel untuk terapi rohani sambil - sambil nak derma kan. Di sini, kalau korang nak derma terus pun boleh tanpa perlu daftar. 
Lagi elok kalau korang daftar sebab dah download kan, kalau daftar, senang kita tengok duit yang kita dah derma tu kat mana. 

3. Kemudian, korang boleh klik mana - mana senarai nama masjid yang ada untuk derma online. Sis pilih salah satu masjid di Kelantan


4. Bila klik atas nama masjid, seterusnya akan keluar gambar masjid. Terus tekan atas butang "sedekah"


5. Korang perlu isi maklumat seperti amaun derma berapa, nama, nombor telefon dan juga email. Jangan lupa tick ruangan petak di bawah


6. Seterusnya, akan keluar paparan lain untuk kita buat pembayaran. Boleh pilih samaada nak buat pembayaran melalui online banking ataupun dengan kad kredit. 
Pilih mana - mana bank pilihan korang. Kemudian terus proceed untuk pembayaran , isi TAC semua tu kan. Ok dah siap. 


Nanti akan keluar paparan untuk invoice yang kita dah derma. Semua details derma ada kat sana. Kalau nak download resit untuk simpanan pun boleh. 
7. Bila tekan "return to app", ia akan bagi tahu transaksi telah berjaya. Mudah kan nak sedekah online guna aplikasi Sujood ni. 

Membantu Pihak Masjid Dan Surau Di Malaysia Selain dari fungsi untuk memudahkan orang ramai nak sedekah secara online, apa yang sis suka dengan Sujood ni, mana - mana masjid di Malaysia yang berminat untuk turut serta, pihak Studio 61 akan membantu untuk mendaftarkan masjid dan surau bagi disenaraikan di aplikasi Sujood. 

Sekarang kan banyak isu - isu yang berkaitan dengan masjid seperti kecurian dan sebagainya. Masjid dekat rumah sis pun pernah berlaku. 
Peti besi pun boleh hancur. Lenyap terus duit dalam tu. Sedekah orang ramai kot dalam peti besi tu.  
Pada pendapat sis, memang patut setiap masjid disenaraikan di dalam aplikasi Sujood. Senang untuk  jadikan tabung digital. 
Masjid yang dah disenaraikan dalam aplikasi Sujood, boleh buat pengumuman untuk ahli - ahli masjid tentang kewujudan aplikasi ini. Kita derma pulak secara online. 
Kena fikir luar kotak pulak dari derma secara wang tunai ni, kadang - kadang tak selamat. 
Jadi, untuk masjid yang nak daftar, syarat untuk pendaftaran mudah sahaja. Emelkan hasrat masjid, beserta gambar surat pendaftaran masjid dengan pihak majlis agama negeri

Untuk pendaftaran boleh emel ke [email protected]. Kalau nak tahu juga, pihak Studio 61 tidak mengenakan sebarang cas kepada pihak masjid. 
Semoga dengan inisiatif ini dapat membantu masjid dan surau untuk pembaharuan dalam operasi derma dalam bentuk tabung digital. 
 Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke media sosial dan laman web Sujood di bawah : 
Facebook Page : sujoodappofficial | Instagram : sujoodapp | Laman Web : sujood.net


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/12/cara-sedekah-online-dengan-aplikasi-sujood.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Nonton Youtube Sambil Membuka Aplikasi Lain Di Samsung Dengan Mudah

Cara Nonton Youtube Sambil Membuka Aplikasi Lain Di Samsung Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 269 hits
Menonton video YouTube merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan bagi banyak orang Namun banyak orang yang mengerjakan banyak hal dengan ponsel pintar Sehingga harus menyaksikan YouTube sambil membuka aplikasi lain di smartphone Namun bany...
Cara Mudah Bayar Zakat Online Guna Bank Islam

Cara Mudah Bayar Zakat Online Guna Bank Islam

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 451 hits
Assalamualaikum kali ni Abe nak share dengan korang cara mudah untuk bayar zakat secara Online guna Bank Islam Semuanya dihujung jari korang je Sebelum tu Abe share dulu info pasal zakat Sekadar untuk refresh balik pengetahuan kita bersama ...
Nak Sedekah Subuh Online Rm1 Tersalah Tokan Tersedekah Rm1000 Berlari Jumpo Pengerusi Masjid

Nak Sedekah Subuh Online Rm1 Tersalah Tokan Tersedekah Rm1000 Berlari Jumpo Pengerusi Masjid

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 263 hits
Nak Sedekah Subuh Online RM1 Tersalah Tokan Tersedekah RM1000 Berlari Jumpo Pengerusi Masjid Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT HR Imam Buk
Cara Tukar Akaun Kwsp Simpanan Konvensional Kepada Patuh Shariah Secara Online Di Aplikasi I Akaun

Cara Tukar Akaun Kwsp Simpanan Konvensional Kepada Patuh Shariah Secara Online Di Aplikasi I Akaun

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 253 hits
Sebagai orang Islam kita wajib menukar simpanan konvensional dalam KWSP kepada Simpanan Shariah Dengan menukar akaun KWSP anda kepada simpanan shariah ia akan mengikut konsep pengurusan dan prinsip shariah dan penukaran ini terbuka kepada s...
Cara Bisnis Online Baju Yang Menguntungkan Ini Trik Suksesnya Tips Bisnis Online

Cara Bisnis Online Baju Yang Menguntungkan Ini Trik Suksesnya Tips Bisnis Online

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 169 hits
Hohoho selamat malam sesi kali ini akan membahas tentang tips bisnis online Cara Bisnis Online Baju Yang Menguntungkan Ini Trik Suksesnya simak selengkapnya Liputan6 com Jakarta Bisnis jual beli online saat ini semakin berkembang Didukung d...
Cara Hilangkan Objek Dalam Gambar Online

Cara Hilangkan Objek Dalam Gambar Online

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 380 hits
Semalam dah kongsi Harini saya nak kongsi cara hilangkan objek dalam gambar online pula Sangat berguna cara ni terutamanya dalam gambar produk makanan Contohnya kita boleh buang atau hilangkan lebihan kuah di tepi mangkuk pinggan tak nak ba...
Cara Menjadi Orang Yang Mudah Bangun Pagi Tips Bangun Pagi

Cara Menjadi Orang Yang Mudah Bangun Pagi Tips Bangun Pagi

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 221 hits
Hohoho selamat malam sesi kali ini akan membahas mengenai tips bangun pagi Cara Menjadi Orang yang Mudah Bangun Pagi simak selengkapnya Dalam Artikel Ini Banyak anak buah akan bilang bahwa mereka membenci anak buah yang sanggup bangun pagi ...
Cara Buat Nugget Ayam Sayur Versi Bayi Hanya Guna 5 Bahan Mudah Berkhasiat

Cara Buat Nugget Ayam Sayur Versi Bayi Hanya Guna 5 Bahan Mudah Berkhasiat

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 351 hits
Banyak resipi kudapan yang mudah untuk disediakan sesuai dengan usia bayi yang sudah masuk 8 bulan Kali ini mama boleh cuba buat nugget ayam dan carrot dengan menggunakan 5 bahan sahaja Senang mudah dan anak pasti suka Hai mommy mommy semua...
Cara Share Kredit Celcom Ke Celcom Paling Mudah

Cara Share Kredit Celcom Ke Celcom Paling Mudah

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 549 hits
Cara Share Kredit Celcom Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda cara paling mudah untuk kongsi atau share kredit celcom ke celcom Mungkin ada masa masa yang kita perlu untuk share kredit kepada sesiapa sahaja yang berada dalam ke...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik