Cara Mudah Membaiki Roda Autogate



Pernahkah korang mengalami masalah pintu pagar autogate tidak terbuka secara maksimum. Terbuka secara maksimum di sini bermaksud ianya tidak merapatkan dirinya semaksima mungkin sehingga ke lipatan yang berhampiran dengan tembok pagar.


Mungkin sebelum tu eloklah dinyatakan di sini bahawa tutorial ini hanya sesuai untuk pintu autogate yang dilipat 2 dibahagian kiri dan kanan. Dalam erti-kata lain terdapat 4 kepingan pintu iaitu 2 keping dibahagian kiri dan 2 keping lagi dibahagian kanan. Dua keping setiap sisi itu akan terlipat apabila pintu autogate dibuka dengan roda akan bergerak di atas landasan yang biasanya diperbuat dari besi.



Merujuk kepada bahagian bertanda A yang dibulatkan dalam gambar di atas, itu adalah punca kepada masalah autogate tidak terbuka dengan sempurna. Tapak roda dalam label A tidak berpusing dengan kemas menjadikan ia enggan mengikut laluan di landasan. Adakalanya ia menyebabkan roda autogate terkeluar dari landasan. Keengganannya akan menyebabkan korang naik angin bila kereta dah berada di depan pintu autogate dan hujan lebat sedang mencurah-curah diikuti dengan dentuman guruh di langit. Baby pula tengah meraung menangis. Haaa...ko rasa???


Tak payah panggil tukang autogate, buat sendiri lagi puashati. Buat dengan penuh kasih-sayang lagi lama tahannya roda tu. Ha...apalagi, dapatkan la barang-barang seperti dalam gambar di atas tak termasuk roda tu ye.




Angkat pintu autogate untuk mengeluarkannya dari landasan dan umpil pada bahagian yang dilabel "A" dengan skru driver besar. Kalau takut calar bahagian bawah pintu autogate, lapik skru driver dengan secebis kain. Tebal kain hendaklah mengikut kesesuaian jarak roda autogate dengan bahagian bawah pintu. Jika dirasakan agak ketat, gunakan tukul besi untuk menghentam roda autogate. Hentam secara berhemah slow and steady takut nanti roboh pulak pintu tu nanti. Kalau nak lebih selamat, gunakan puller tapi rasanya dengan mengetuk secara perlahan sudah memadai untuk menurunkan roda autogate dari pintu autogate.

Gambar di atas menunjukkan bahagian bawah autogate yang telah berjaya dikeluarkan rodanya. Jelas di situ menunjukkan pintu autogate ini menggunakan bearing. Susah betul nak ambik gambar ni tau. Menonggeng-nonggeng jurukamera. Aduhhh...


 
Begitulah rupa roda autogate yang telah berjaya dikeluarkan seperti didalam gambar di atas. Periksa putaran roda masih elok, tidak berbunyi. Jika berbunyi, sila buka skru tersebut dan gantikan bearing. Bearing tak mahal, boleh dapat dalam RM5 sahaja di kedai hardware. Bawa bearing yang rosak sebagai contoh untuk dapatkan saiz yang betul. Dalam tutorial ini, aku tak bercerita tentang penukaran bearing. Aku pernah tukar bearing roda autogate aku. Jika ada kesempatan akan ku ceritakan di lain artikel. Sabar ye sebab mood menulis ni kadang-kadang ke laut.


Aku percaya batang roda autogate korang berkeladak dengan lapisan minyak dan habuk. Habuk-habuk ini mengeras meliputi batang roda autogate. Itulah puncanya ia tidak berpusing dengan kemas di tapak roda autogate yang terletak dibahagian bawah pintu autogate.

Gunakan kertas pasir dan gosok batang roda tersebut. Jangan gunakan grinder kerana dibimbangi saiz batang roda mengecil. Bila terlalu kecil, ia akan mudah terkeluar dari landasan dan mungkin juga terkeluar dari bahagian bawah pintu. Kertas pasir adalah pilihan yang terbaik di mana korang dapat menggosoknya secara rata mengelilingi batang roda tersebut. Aku menggunakan kertas pasir memang cun hasilnya. Gosok sampai berkilat sehingga licin permukaan batang roda. 

Setelah siap menggosok batang roda dengan menggunakan kertas pasir, letak sedikit gris dibahagian bearing yang terletak dibahagian bawah pintu autogate.
Jangan terlalu banyak gris kerana ia boleh menyebabkan masalah pasir melekat di bearing.Kemudian masukkan semula batang roda ke dalam bahagian bawah pintu autogate. Jika dimsukkan dan terus jatuh bermakna dah terlebih gosok. Tapi takpe, masukkan aje dan tahan dengan tangan dan kemudian naikkan semula roda ke atas landasan.

Dah tu aje. Pasti korang puashati dengan hasil kerja tangan korang. Kerja kemas dan kos pun rendah. Pastikan simpan balik tools yang korang gunakan kalau taknak telinga korang sakit mendengar leteran bini korang.

Selamat bertukang!












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://transformasirumah.blogspot.com/2020/01/cara-mudah-membaiki-roda-autogate.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Cara Mudah Untuk Mengawali Hari Dengan Lebih Bugar Dan Bertenaga

4 Cara Mudah Untuk Mengawali Hari Dengan Lebih Bugar Dan Bertenaga

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 281 hits
Hal hal yang kamu alami dan rasakan pada pagi hari bisa sangat mempengaruhi produktivitasmu Melakukan hal yang tepat bisa membuatmu menjadi lebih bugar dan bertenaga dalam menjalani hari
Cara Mudah Tanam Bawang Merah Lebih Menjimatkan Tak Payah Membeli

Cara Mudah Tanam Bawang Merah Lebih Menjimatkan Tak Payah Membeli

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 840 hits
Mari kita belajar tanam bawang merah pula sekarang ini Bukan nak buat ladang tapi cuma sekadar untuk kegunaan sendiri dan menjimatkan belanja dapur Di sini aku nak kongsi cara mudah tanam bawang merah Tak susah rupanya tanam bawang merah in...
Cara Mudah Menghilangkan Contengan Di Dinding Dengan Bahan Sedia Ada Di Rumah

Cara Mudah Menghilangkan Contengan Di Dinding Dengan Bahan Sedia Ada Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 828 hits
Anak anak yang masih kecil dan sedang aktif biasanya akan menjadikan dinding rumah sebagai tempat untuk meluahkan hasil bakat kreatif mereka dengan dengan coretan atau contengan Sebagai ibu bapa sudah pasti menjadi masalah dengan kesan cont...
8 Cara Menghaluskan Wajah Secara Alami Mudah Dan Ampuh

8 Cara Menghaluskan Wajah Secara Alami Mudah Dan Ampuh

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 206 hits
Dilansir dari Hellosehat kehalusan kulit ditentukan oleh banyak faktor seperti usia cara merawat kulit paparan polusi udara hingga pola makan Salah satu cara menjaga kehalusan kulit yaitu dengan mengantisipasi faktor faktor tersebut
Tips Cara Mudah Melepas Kuku Acrylic

Tips Cara Mudah Melepas Kuku Acrylic

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 397 hits
Melepas kuku acrylic sering menjadi masalah sendiri bagi siapa saja yang memasangnya Jika Anda tidak tahu bagaimana cara melepasnya hal ini akan menjadi sesuatu yang sulit bahkan menyakitkan Cara terbaik untuk melepas kuku acrylic adalah de...
Cara Membuat Kuah Bakso Menggiurkan Bikinnya Mudah Dan Cepat

Cara Membuat Kuah Bakso Menggiurkan Bikinnya Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 383 hits
Cara membuat kuah bakso bisa jadi tak semua orang mengetahuinya Padahal caranya tidak terlalu sulit
Cara Solat Taubat Yang Mudah Dengan Bacaan Rumi

Cara Solat Taubat Yang Mudah Dengan Bacaan Rumi

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 550 hits
Cara Solat Taubat Yang Mudah Dengan Bacaan Doa Dalam Rumi Bagaimana cara solat taubat yang betul Tidak dinafikan masih ramai yang tidak pandai untuk lakukan solat taubat mungkin kerana belum biasa Tetapi sebenarnya untuk lakukan solat sunat...
Cara Bercocok Tanam Hidroponik Mudah Untuk Pemula

Cara Bercocok Tanam Hidroponik Mudah Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1219 hits
Cara bercocok tanam hidroponik adalah metode penanaman tanaman tanpa menggunakan media tumbuh dari tanah Secara harfiah hidroponik berarti penanaman dalam air yang mengandung campuran hara Budidaya Tanaman Sayuran dengan Sistem Hidroponik B...
5 Cara Membuat Sempol Ayam Mudah Dan Lezat

5 Cara Membuat Sempol Ayam Mudah Dan Lezat

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 452 hits
Waktu bersantai akan terasa lebih nikmat saat ditemani cemilan yang lezat Saat ini cemilan pun semakin beragam Salah satunya yaitu sempol ayam Sempol ayam saat ini menjadi jajanan favorit yang kerap dicari
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien