Cara Mudah Dan Resepi Air Katira Original Johor
Korang! — Yang betul-betul original dibuat daripada katira. Tahukah apa itu katira ? Ianya juga dikenali juga sebagai getah anggur,gond katira. Korang yang mana tak pernah minum atau takmau nak cuba minum air katira sebab nampak pelik tuu, korang kena buat sendiri dan cuba rasa dulu. Kadang air balang yang dibeli dari bazaar ramadan tak mewakili kesedapan air katira original tau. resepi air katira abu bakarBiasalah orang berniaga yang jenis nak untung banyak, maka banyak jugak lah bahan-bahan yang di catu dan dikurangkan nya. Tapi bukan semua, masih ada juga segelintir yang ikhlas berniaga nak bagi orang makan sedap
resepi air katira viral resepi air katira paduAir katira sangat special sebab ia diadun dari herba semulajadi yang membantu menyejukkan badan serta boleh mengembalikan kesegaran. Adapun "hunger buster" drinks merupakan nama kedua bagi air katira. asal usul air katira khasiat air katiraKhasiat susu badam, kurma dan susu yang memang dah diketahui kaya dengan zat protein, potassium dan juga kalori ini adalah sangat diperlukan oleh sel-sel badan! Seseorang yang dah drained, tahap kebuluran pun boleh kembali cergas bertenaga dengan meminum minuman buah-buahan campuran katira ni, korang tahu
resepi air katira asli
Air Katira buat habuan berbuka puasa bulan Ramadan
asal usul air katira khasiat air katiraCara Mudah Buat Air Katira Original Johorresepi air katira original johorBahan-bahan nak buat air katira:
1 tin susu cair 2 cawan gula pasir 3 keping getah anggur kering / katira* (direndam semalaman) 12 biji badam (direndam dan dibuang kulit) 3 ketul buah kembang semangkuk (direndam semalaman) 1 genggam biji selasih (direndam semalaman) 2 cawan cendol 1/2 cawan cincau 7 biji kurma Ajwa (bertangkai) Kismis Kacang tanah goreng Secubit garam resepi air katira original resepi air katira asliResepi Air Katira Ringkas Untuk Memulakan Bisnes AirLangkah-langkah penyediaan Air Katira:Bukan mudah nak membuat air katira asli. Macam-macam bahan diperlukan bagi menghasilkan air katira asli tanpa diubahsuai. Biarpun Air Katira Abu Bakar sangat popular, namun ianya telah diubah resepi menggunakan susu cair dan juga air bikarbonat iaitu soda. Jauh lari daripada resepi aslin katira yang menggunakan susu dari kacang badam
A: Langkah penyediaan Sirap pandan 1, Sebelum membancuh air katira, korang hendaklah menyediakan sirap terlebih dahulu
2. Mula-mula, rebus 3 cawan air hingga mendidih
3, Masukkan 2 cawan gula pasir bersama daun pandan yang telah dikisar. Kacau hingga larut. 4. Kemudian, padamkan api. Tuang dan tapiskan air gula hijau ke dalam balang air besar
5. Simpan dan ketepikan dahulu
Resepi Air Katira Ringkas Untuk Memulakan Bisnes Air
B: Langkah penyediaan Susu badam 1. Badam yang telah terasing dari kulit dikisar hingga halus bersama secawan air
2. Masak badam yang telah dikisar tadi bersama 2 cawan air hingga mendidih
3. Setelah mendidih untuk beberapa minit, bolehlah padamkan api
4. Tapis dan tuangkan susu badam ke dalam balang air yang berisi air gula hijau tadi
Disyorkan untuk Anda : Susu Almond campur Kurma - Menu Hunger Buster Sesuai Untuk Bersahur
C: Langkah membancuh Air katira 1. Carik-carikkan kurma dari biji dan masukkan ke dalam balang air tadi 2. Boleh juga jika kurma tadi dibuang biji dan dihiris nipis. Terpulang
3. Masukkan pula katira, biji selasih dan buah kembang semangkuk yang telah kembang 4. Tuang susu sejat, cendol dan secubit garam. Kacau hingga sekata semua bahan-bahan
5. Hidangkan air katira samaada dalam gelas besar atau mangkuk pencuci mulut
6. Tabur kacang goreng, kismis dan cincau sebagai toppings
7. Sedia dinikmati sebagai "energy booster" waktu berbuka setelah seharian berpuasa
Selamat mencuba!
Asal usul dan sejarah air Katira
Dikatakan sejarah tentang asal usul air katira ni adalah berasal dari Singapura. Entahlah. Johor dan Singapura pun berjiran je kan, so ada kemungkinan jugak kan air kathira ni tersebar sampai ke Johor.
Tapi ada juga yang menyangkal dan berkeras mengatakan yang air katira sebenarnya sudah lama diamalkan dan menjadi minuman tradisi masyarakat muslim di India Selatan. Hmm..who knows
Tak kisah lah dari mana ia datang, yang penting tokak den suko bonar dengan raso ea. Raso nak minom hari-hari lah! Eh eh. katira mai dari johor weyy bukan nogori bhahaha. tiberr
*Katira (getah anggur) dan buah kembang semangkuk boleh didapati dari kedai senseh / kedai ubat tradisional Cina
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2017/06/resipi-cara-mudah-buat-air-katira-original.html