Cara Mudah Buat Dalgona Coffee Viral
Cara Mudah Buat Dalgona Coffee Viral. Semenjak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai sebenarnya saya tengok orang-orang sosial media (Socmed) mencuba sesuatu yang luar biasa termasuklah aku sendiri. Tidak dinafikan, banyak sebenarnya masa yang terluang sepanjang PKP ni dilaksanakan. Ramai sebenarnya berkongsi hasil pembuatan dalgona coffee mereka baik di instagram, tiktok serta media sosial yang lain. So memandangkan Dalgona Coffee ini semakin viral dikalangan nitezen, aku pun tidak terlepas untuk mencuba. Hehe dengar kata sedap.
So setelah membuat sedikit kajian, bahan yang digunakan serius sangat simple gila. Kiranya senang nak dapat sebenarnya bahan pembuatan dalgona coffee ni. So bahan basic yang diperlukan hanyalah ;
Serbuk CoffeeGulaAir PanasAis BatuSusu segar Mudah bukan? Yess ! senang sangat dapat benda-benda ni. Semua korang boleh dapatkan di 99Speedmart atau kedai berdekatan anda. So ni cara-cara nak buat Dalgona Coffee basic yang mudah. Ni boleh minum dalan 3-4 gelas. So buat sekali je dan kongsi ramai-ramai
Ambil mangkuk mak kat dapur tu sebab lagi mudah sebenarnya guna mangkuk dalam proses pembuatan dalgona coffee viral ni. Guna mangkuk untuk yang takde alat pemutar tu okay. Kita buat secara manual sahaja. Masukkan 2 sudu serbuk coffee dan 2 sudu gula.Masukkan air panas sedikit kemudian, gaul ketiga-tiga bahan ini sehingga dia lembut dan nampak sedikit creamy. Aku gaul guna sudu dalam 10 minit gak. Lenguh wei tangan nak gaul. HahahaBila dah selesai dan keadaan coffee dah smooth, ambil cawan dan masukkan susu segar yang sejuk dan masukkan ais siap-siap.selepas itu baru masukkan coffee yang dah siap digaul tu tadi.then dah siap dalgona coffee viral tu. Mudah bukan? Sebenarnya zul hanya ajar buat dalgona basic sahaja. Selebihnya ikut kreativiti masing-masing, Macam kawan zul, dia letak cream kat atas dolgona coffee dia then letak sedikit serbuk koko supaya aroma dia lebih menarik. Tidak kurang juga mencampur susu segar tersebut dengan gula perang atau lebih dikenali sebagai brown sugar. So ikut kreativiti korang nak macam mana. Korang boleh juga menggantikan serbuk coffee dengan Milo. Serius Sedap guys. Selamat mencuba
AMARAN : Bagi yang tidak biasa dengan coffee, Dalgona coffee ni mungkin akan menyebabkan anda sakit kepala yang melampau dan tidak boleh tidur. So disarankan supaya guna serbuk lain terutamanya untuk kanak-kanak.
Zulasri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ehbloger.blogspot.com/2020/04/cara-mudah-buat-dalgona-coffee-viral.html