Cara Mohon Telefon Pintar Percuma B40
Yayasan YTL foundation telah mengumumkan untuk memberikan telefon pintar percuma kepada golongan B40 di bawah anjuran Inisiatif Belajar Dari Rumah (Learn From Home Inisiative).
Bantuan Telefon Pintar Percuma B40Telefon bimbit percuma kepada pelajar dari keluarga B40 ditawarkan oleh Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications kepada pelajar yang bersekolah di sekolah kerajaan yang tidak memiliki telefon pintar bagi sesi pembelajaran norma baharu
sumber : google
Daftar telefon percuma dan dapat kad SIM YES 4G dengan pakej data internet percuma 120GB. Mudah juga untuk pelajar menonton TV pendidikan untuk sesi pembelajaran. Boleh buat permohonan telefon pintar percuma B40
Cara Mohon Telefon Pintar Percuma B40Borang percalonan di bawah hendaklah diisi oleh guru yang mewakili pelajar yang layak. Sebelum mendaftar, sila sediakan maklumat seperti :Nama dan nombor kad pengenalan pelajarNombor kad pengenalan pelajarNama dan nombor kad pengenalan ibubapa
PERKARABUTIRANNYAPautan borang permohonan telefon pintar percuma b40https://appform.prod.frogdev.asia/Soalan Lazim berkaitan bantuan telefon pintar percuma b40https://ytlfoundation.org/belajardarirumah-faq/Untuk menerima bantuan telefon pintar percuma b40 dengan pakej data kad SIM YES 4G, hanya guru sahaja yang boleh mencalonkan pelajar yang layak dan berhak menerima bantuan ini
Guru yang terlibat akan memberikan nama pelajar yang layak untuk memastikan pemberian telefon pintar ni kepada pelajar yang betul-betul memerlukan dan layak
Kriteria Permohonan Telefon Pintar Percuma B40Berikut adalah kriteria yang perlu dipenuhi oleh guru untuk membuat permohonan telefon pintar percuma b40:Calon pelajar masih bersekolah di sekolah rendah ataupun menengah kerajaanCalon pelajar adalah daripada golongan keluarga B40Calon pelajar itu mestilah merupakan pelajar sekolah di mana guru tersebut berehat.Ibubapa pelajar dan guru berkenaan akan menerima notifikasi menerusi SMS dan emel bagi pencalonan yang berjaya.
Proses PendaftaranSekiranya berjaya, ibubapa pelajar akan dimaklumkan. Untuk mendapatkan telefon pintar percuma dengan data data internet percuma 120GB (10GB sebulan), pendaftaran hendaklah dibuat oleh ibubapa
a. Proses pendaftaran hendaklah di isi oleh ibu bapa dengan maklumat lengkap dan muat naik dokumen seperti :
Satu salinan MyKad ibubapaSatu salinan MyKad/MyKid pelajarMuat naik tangkap layar (Screen shot) status penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40
b. Maklumat di atas diperlukan bagi mengelakkan sebarang unsur penipuan dan mengesahkan kelayakan penerima
Ibu bapa akan menerima notifikasi e-mel untuk proses penghantaran telefon pintar percuma semasa proses pendaftaran dapat disahkan. Pastikan maklumat yang di isi lengkap dan betul agar proses pendaftaran berjalan lancar
Semak StatusTelefon Pintar Percuma B40Ada dua cara untuk semak status telefon pintar percuma B40 samada lulus atau tidak berjaya
Semakan Online : https://lcs.yes.my/1. Klik pada pautan di atas, dan pilih inisiatif pilihan2. Isi No Kad Pengenalan ibu bapa yang digunakan semasa proses pendaftaran sebelum ini3. Masukkan No Mykid pelajar sekolah 4. Tekan butang hantar untuk melihat semakan keputusan permohonan
Semakan Manual 1. Keputusan permohonan akan dihantar melalui email yang didaftarkan semasa permohonan dibuat. Ikut langkah-langkah yang diberikan untuk tindakan proses selanjutnya.
2. Perlu memuat naik dokumen berikut :1 salinan mykad atau mykid1 salinan mykad ibu bapa1 salinan surat bantuan sara hidup sebagai bukti penerima BSH/BPR/BPN yang sah
Soalan Lazim (FAQ) Telefon Pintar Percuma B401. Bagaimana untuk hubungi pihak YTL Foundation?
YTL Foundation (421570-A)Level, Menara YTL205, Jalan Bukit Bintang55100 Kuala Lumpur, MalaysiaEmel:
[email protected]: 03-20380888
2. Adakah telefon yang diberikan ini boleh membuat panggilan
Ya. BOLEH. Selain anda menikmati kemudahan keseluruhan internet percuma berjumlah 120GB untuk selama 12 bulan iaitu 10Gb setiap bulan
Selain itu, anda boleh call secara percuma selama 60 minit ke talian YES atau talian lain yang sah selama 12 bulan atau setahun
Anda juga boleh hantar SMS secara percuma TANPA HAD untuk talian YES
3. Adakah telefon pintar percuma ini perlu dipulangkan semula selepas ini
Tidak, jika samartphone ini telah diberikan kepada anda, ia akan menjadi hak milik anda sepenuhnya
4. Saya masih belum daftarkan anak saya untuk mohon bantuan ini? Masih boleh mohon lagi
Ya. Masih boleh lagi. Dipersilakan. Sudah ramai yang telah berjaya dapat
Sebarkan berita baik untuk keluarga B40 yang memerlukan bantuan telefon pintar PERCUMA dan sim kad percuma yang ditawarkan supaya lebih ramai dapat belajar secara online dengan lebih mudah. Sharing is caring
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/01/cara-mohon-telefon-pintar-percuma-b40.html