Cara Mohon Rumah Rumah Pr1ma Terkini
Warganegara Malaysia bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun keatas dan pendapatan isi rumah individu atau keluarga antara rm2500-rm15000 dipelawa untuk memohon skim perumahan PR1MA .Kediaman PR1MA hanya boleh boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja.
Permohonan pendaftaran boleh dibuat melalaui pautan online yang disertakan dibawah.PR1MA tidak meletakkan sebarang tarikh tutup untuk pendaftaran (tertakluk kepada pengumuman terkini PR1MA).
Profil PR1MA
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz
Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara
Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000
SYARAT DAN KRITERIA ASAS PERMOHONAN RUMAH PRIMA
Warganegara Malaysia
Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan ke atas
Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM15,000
Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah
MOHON PR1MA SECARA ONLINE
Disini kami sediakan cara membuat permohonan secara online,boleh klik pada link-link yang berkaitan dibawah
Garis Panduan Cara Permohonan PR1MA
Sekiranya pemohon menepati syarat dan kriteria asas yang ditetapkan boleh mendaftar akaun PR1MA, klik pada judul pautan berikut
Pendaftaran Akaun PR1MA
Mendaftar akaun PR1MA adalah bagi mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan
Setelah berjaya mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan, pemohon boleh mengakses sistem borang permohonan online untuk mengisi dan melengkapkan serta memuat naik dokumen yang diperlukan
Sila log masuk sistem dengan menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan di pautan berikut
https://register.pr1ma.my/Account/Login
KEPUTUSAN PERMOHONAN RUMAH PRIMA
Keputusan cabutan undi akan diumumkan di Portal Rasmi PR1MA
https://www.pr1ma.my
Pemohon yang berjaya diundi akan dihubungi melalui e-mel & SMS
Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda
BERKAITAN
Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri
Kediaman PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka
Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian
Moratorium selama 5 tahun akan dikenakan yang mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik kepada pihak lain
Rumah PR1MA wajib didiami pemilik
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mediaterjah.com/2020/05/cara-mohon-rumah-rumah-pr1ma-terkini/