Cara Mohon Perantisiswa Keluarga Malaysia Khusus Untuk Mahasiswa
Kerajaan telah mengumumkan permohonan bagi menerima bantuan Perantisiswa Keluarga Malaysia berupa tablet kepada mahasiswa boleh dimohon bermula 15 April 2022 pada jam 8.00 pagi.
BACA : Cara Mohon Bantuan One-Off RM50,Pakej Pelan Data & Kad Sim dan Peranti (Laptop) Untuk Pelajar IPT
Bantuan ini bakal memberi manfaat kepada kira-kira 350,000 mahasiswa yang tergolong dalam keluarga B40 yang bertujuan membantu pembelajaran secara online dan hibrid untuk kelangsungan pendidikan ketika fasa peralihan endemik ini.
Perantisiswa Keluarga Malaysia menerusi Belanjawan 2022 adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Syarat Permohonan Perantisiswa Keluarga Malaysia
Pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan PerantiSiswa seperti dibawah layak untuk buat permohonan iaitu
Warganegara MalaysiaKeluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawahSedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana MudaBukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022Mengikuti pengajian secara sepenuh masaTidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan sebelum ini
Terma Perantisiswa Keluarga Malaysia
Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet. Jadi anda perlu dapatkan sendiri sambungan internet selepas ini.
Selain itu, anda perlu serahkan semula tablet ini sekiranya :
Menamatkan pengajianBerhenti pengajianDibuang pengajianMenyalahgunakan tablet yang diberi sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undangMelanggar apa-apa syarat yang ditentukan
Sekiranya berlaku kerosakan, kehilangan atau kecurian, penerima tersebut perlu melaporkan melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak. Jadi mahasiswa yang menerima tablet tersebut adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatannya.
Bagi butiran terperinci berkaitan terma & syarat permohonan, anda boleh dapatkan rujuk di pautan ini.
Cara Mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia
Sekiranya anda layak mengikut syarat yang ditetapkan, anda boleh mula mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia mulai 15 April 2022 (hari Jumaat) pada pukul 8.00 pagi.
Layari laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my dan klik Daftar PenggunaKemudian anda perlu lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran. Jika sudah, klik DaftarSekiranya pendaftaran berjaya, anda akan menerima notifikasi di emel untuk tujuan pengesahan. Klik Aktifkan AkaunLogin semula dengan menggunakan alamat emel dan password yang telah ditetapkan sebelum iniSkrin Borang Permohonan Perantisiswa akan dipaparkan. Semak dan lengkapkan borang tersebut pada ruang yang wajib diisiPilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat. Kemudian klik Hantar PermohonanSkrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik Cetak/Simpan untuk simpanan
Untuk keterangan lanjut berkaitan cara permohonan, anda boleh dapatkan manual disini
Bilakah Keputusan Diumumkan Dana Akan Diberikan PerantiSiswa Ini?
Pemakluman status permohonan akan dibuat melalui emel kepada pemohon yang berjaya. PerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022.
Proses Rayuan
Sekiranya ada mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan dengan banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, mereka boleh memohon dalam tempoh permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.
Jenis Peranti Yang Dibekalkan
Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:
Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800Android OS 10 dan ke atas4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)Minimum RAM 4GBMinimum storan 64GBSlot SD Micro sehingga 256GBKamera hadapan minimum 2MPKamera belakang minimum 5MPPembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headsetBluetooth 4.1 dan ke atasWiFi 2.4GHz & 5GhzBateri minimum 4500 mAhPengecas USB disertakanPapan kekunci bluetooth disertakanPen stylus disertakan.
Untuk info lanjut berkaitan PerantiSiswa Keluarga Malaysia, anda boleh pergi ke laman web rasmi di perantisiswa.kkmm.gov.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pendidikan4all.net/cara-mohon-perantisiswa-keluarga-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-mohon-perantisiswa-keluarga-malaysia