Cara Menguji Keaslian Barang Perhiasan Emas
Cara Menguji Keaslian Barang Perhiasan Dari Emas, Perak, Berlian Dan Mutiara
Barang aksesori perhiasan diri dari emas, belian, emas putih, platinum, berlian mahupun mutiara sememangnya mahal harganya
Sebab itu adalah penting untuk mengetahui bagaimana untuk membezakan mana satu barang perhiasan yang asli dengan yang palsu kerana barang perhiasan yang asli dengan yang palsu jika hanya di lihat dengan mata kasar, tidak ada bezanya
Di bawah kami kongsikan kepada anda bagaimana untuk membezakan barang perhiasan yang asli dengan barang perhiasan yang palsu atau tiruan
Untuk emas, terdapat 3 cara untuk mengetahui samaada emas tersebut asli atau tiruan. Cara tersebut adalah menggunakan :1. Magnet2. Cecair Iodin3. Cecair cuka
1. Magnet
Magnet adalah cara yang mudah untuk menguji tahap keaslian emas. Emas tidak akan bertindak balas dengan magnet. Jadi jika emas yang langsung melekat kepada magnet, bermakna emas tersebut tidak asli atau terlalu banyak kandungan besi atau aloi di dalamnya. Jadi jika hendak membeli emas, jangan lupa bawa magnet. :)
2. Cecair iodin
Selain magnet, anda juga boleh menggunakan iodin untuk mengetahui emas tersebutvasli atau tiruan. Caranya dengan menyapu sedikit cairan iodin pada permukaan emas. Emas yang asli tidak akan meninggalkan kesan iodin pada permukaan emas
3. Cecair cuka
Anda juga boleh menggunakan Cecair cuka untuk mengetahui keaslian emas. Caranya masukkan emas ke dalam cairan cuka tersebut dan biarkan beberapa minit. Emas yang asli tidak akan berubah warna, sebaliknya emas yang palsu, akan berubah warna setelah beberapa minit direndam dalam cairan cuka tadi
Berbeza dengan emas, barang perhiasan dari perak, berlian dan mutiara boleh di uji menggunakan cara di bawah.
4. Uji keaslian Perak menggunakan kapur tulis .
Untuk menguji keaslian barang perhiasan dari perak, gunakan kapur tulis. Caranya, goreskan barang perhiasan perak tadi pada permukaan kapur tulis, jika bekas goresan berwarna hitam, menandakan perak tadi adalah asli
5. Menguji keaslian berlian menggunakan wap.
Untuk menguji keaslian berlian, cukup hembuskan nafas dari dalam mulut. Berlian yang asli tidak akan berkabus hasil wap
6. Uji keaslian mutiara menggunakan gigi.
Mutiara yang asli akan terasa kasar seperti pasir bila digigit, mutiara tiruan akan terasa lebih halus
Itulah cara untuk menguji keaslian barang perhiasan. Jangan sampai tertipu dengan tokey kedai emas. Menangis tak berlagu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kongsikanaje.blogspot.com/2020/06/cara-menguji-keaslian-barang-perhiasan-emas.html