Cara Menghormati Jalur Gemilang



Dalam kita meraikan sambutan hari kemerdekaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, ada beberapa perkara yang perlu kita tahu ‘batasan’ dalam penggunaan bendera Jalur Gemilang. Ini sangat-sangat penting kerana sebagai rakyat Malaysia kita perlu hormati bendera Jalur Gemilang kita kerana ia melambangkan kebanggaan negara. Pastikan bendera Jalur Gemilang kita dipasang atau dikibar dengan betul dan bukan sembarangan.
Berikut disenaraikan 20 perkara tentang rahsia bendera negara yang mungkin ramai tidak tahu

1. Jika bendera hendak dipasang pada tiang besar seperti pada bangunan pejabat atau sekolah, ia hendaklah dinaikkan menggunakan tali pada pagi hari dan diturunkan pada petang hari. Lazimnya di Malaysia bendera dinaikkan pada jam 7 pagi dan diturunkan sebelum jam 7 malam.
2. Sewaktu dinaik dan diturunkan, bendera tidak boleh dibiarkan meleret ke tanah. Sama ada ia ditatang atau diselempangkan di bahu.
3. Orang yang menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas. Tidak boleh pakai pakaian yang mencolok mata, atau pakai kain sarung yang disentengkan ke paras lutut, tidak berbaju, tidak berkasut dan sebagainya. Jangan hisap rokok atau vape semasa menaikkan bendera.
4. Bendera hendaklah dinaikkan perlahan-lahan. Diturunkan pun perlahan-lahan. Jangan tergesa-gesa.
5. Orang yang berada di sekitar tiang tersebut hendaklah berdiri sewaktu bendera dinaikkan.
6. Jika ada kematian pembesar dan bendera hendak dikibarkan separuh tiang, maka ia hendaklah dinaikkan hingga ke puncak dulu, kemudian diturunkan perlahan-lahan ke separuh tiang, tanda berkabung.
7. Bendera tidak boleh dikibarkan dalam gelap. Jika mahu dikibarkan pada malam hari, maka bendera perlu disuluh dengan 'spot light'.
8. Bendera tidak sesekali boleh dibiarkan mencecah tanah. Ini tanda tidak hormat kepada negara.
9. Bendera tidak boleh dibuat kain kelubung untuk menutup kepala pada hari panas.
10. Bendera tidak sama sekali boleh dibuat lapik duduk. Oleh itu paling tidak sesuai jika bendera dijadikan seluar.
11. Bolehkah bendera dibuat baju? Boleh dengan syarat memotong kain lain yang mempunyai warna bendera. Tidak sepatutnya bendera dipotong untuk dibuat baju. Memotong bendera bererti tidak menghormati negara.
12. Bendera tidak sama sekali boleh dibuat stoking atau kasut atau selipar. Kita lihat banyak juga selipar yang dicetak bendera Union Jack. Itu adalah perbuatan tidak hormat pada bendera. Jangan ikut perangai mereka.
13. Jika bendera hendak dipasang pada kereta, pastikan ia dipasang teguh. Banyak yang tercabut dan jatuh ke jalan sehingga dilenyek kenderaan lain. Ini tidak menghormati bendera. Jika dipasang pada kereta pastikan ia diikat atau dilekatkan dengan kuat.
14. Jika hendak dipasang pada lori atau bas, pastikan tidak terlalu besar hingga mengganggu pengguna jalan raya lain. Kita suka pasang yang besar-besar. Apabila lori berhenti di lampu merah, benderanya menutup muka penunggang motosikal. Ini sungguh tidak bertimbang rasa.
15. Bendera boleh digunakan untuk selimut pemenang sukan tanda kejayaan negara, tapi awas... jangan sampai meleret ke tanah.
16. Bendera boleh digunakan untuk menutup keranda perajurit, tetapi jangan bawa masuk ke dalam liang kubur.
17. Jangan pijak bendera negara sendiri atau bendera negara orang lain.
18. Bendera yang telah lusuh warnanya, atau telah koyak akibat dikibarkan terlalu lama hendaklah dimusnahkan. Cara musnahkan bendera ialah dengan dibakar. Jangan buang bendera lama di tong sampah atau tong kitar semula. Jangan kibarkan bendera yang lusuh atau yang sudah koyak atau tinggal separuh.
19. Bendera yang masih cantik dan sempurna jangan dibakar. Meskipun bendera itu kita beli dengan wang kita sendiri. Membakar bendera adalah tanda tidak hormat kepada negara. Ingat yang kita beli hanya kain, yang kita bakar adalah simbol maruah negara.
20. Bolehkah bendera digantung terbalik? Boleh. Itu tandanya negara berada dalam keadaan bahaya (distress). Jadi jika negara tidak dalam keadaan bahaya, jangan diterbalikkan bendera.
Dalam perang, bendera juga dipanggil panji. Jika tangan kanan yang memegang putus dipenggal, wajib disambut dengan tangan kiri. Jika kedua-dua tangan turut dipenggal, wajib digigit dengan gigi. Untuk membiarkan panji perang jatuh ke tanah TIDAK SAMA SEKALI

Demikian tingginya martabat sebuah bendera negara atau bendera perjuangan kita

Sumber FB: Majlis Keselamatan Negara

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2019/08/cara-menghormati-jalur-gemilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Malaysia Di Dakwa Milik Bersama Kenapa Bila Jalur Gemilang Dipermainkan Hanya Segelintir Saja Bersuara

Kalau Malaysia Di Dakwa Milik Bersama Kenapa Bila Jalur Gemilang Dipermainkan Hanya Segelintir Saja Bersuara

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 1682 hits
BENDERA adalah simbol yang mewakili negara ne geri orang dan organisasi Perkataan bendera berasal daripada perkataan Portugis iaitu bandeira bagi menggambarkan sepotong kain bercorak yang digunakan sebagai simbol sesebuah negara atau juga s...
Gubal Akta Persenda Jalur Gemilang Aziz

Gubal Akta Persenda Jalur Gemilang Aziz

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 454 hits
REAKSIDr Abd Aziz BariMEMANDANG sikap setengah warga negara ini yang lemah ilmu sivik dan golongan cenderong politik pula suka memainkan isu remeh temeh seperti mana isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik elok kalau kerajaan mengambil kira ...
Jangan Tular Video Gambar Jalur Gemilang Terbalik Mcmc

Jangan Tular Video Gambar Jalur Gemilang Terbalik Mcmc

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 711 hits
KUALA LUMPUR 22 Ogos Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan gambar atau video dengan paparan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik seperti yang tular di media sosial baru baru ...
Wow Tabik Anggota Tentera Kutip Jalur Gemilang Di Tepi Jalan Undang Sebak Terima Kasih Pahlawan

Wow Tabik Anggota Tentera Kutip Jalur Gemilang Di Tepi Jalan Undang Sebak Terima Kasih Pahlawan

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 887 hits
Tabik Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak Terima kasih pahlawan Foto yang menjadi tular di laman sosial Kredit Facebook Mohd Fitri JALUR Gemilang bukan sahaja bendera rasmi negara malah ia juga diibaratkan sepert...
Jom Kempen Hormati Jalur Gemilang 20 Rahsia Bendera Negara Harus Tahu

Jom Kempen Hormati Jalur Gemilang 20 Rahsia Bendera Negara Harus Tahu

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 733 hits
Gempar Saya nampak ramai rakan rakan saya yang forward kan dan kongsi gambar bendera Malaysia Jalur Gemilang dikibarkan terbalik sejak dua menjak ini Apatah lagi bila ia dikaitkan dengan pelbagai isu hangat dalam dunia politik selain ada ya...
Polis Siasat Kes Kibar Jalur Gemilang Terbalik Di Batu Pahat

Polis Siasat Kes Kibar Jalur Gemilang Terbalik Di Batu Pahat

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 499 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pasang Jalur Gemilang Terbalik Di B Pahat Perselisihan Diselesai Secara Aman

Pasang Jalur Gemilang Terbalik Di B Pahat Perselisihan Diselesai Secara Aman

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 545 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Flying The Jalur Gemilang With Pride

Flying The Jalur Gemilang With Pride

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 721 hits
Patriotic Kampung Baru residents Loke Lee Aumbuthurai and Habibah holding the Jalur Gemilang as they decorate the community hall in the village Yong and Teng holding a flag as Joanna Goh Yoke Hwa waves the Jalur Gemilang in Ayer Keroh Melak...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun