Cara Mengatasi Panas Baran
Cara Mengatasi Panas Baran. Panas baran adalah satu sikap yang buruk dan wajar ditinggalkan kerana ia tidak membawa manfaat kepada kehidupan kkta pun. Contoh kesan sikap panas baran adalah orang tak suka berkawan dengan kita, keluarga tidak harmoni, punca penceraian pasangan dan banyak lagi.
Ada yang kata panas baran adalah berpunca dari faktor keturunan dan juga dari sebab pemakanan. Ya ke? Kalau suka makan benda panas-panas, katanya boleh jadi asbab sikap panas baran.
Gambar kredit Google
Cara Mengatasi Panas Baran
Cara mengatasi panas baran adalah dengan kembali kepada sunnah. Jom baca pencerahan di bawah. Semoga memberi manfaat kepada kita semua
Rasulullah saw mencadangkan dua tindakan bagi mengatasi panas baran (marah) iaitu dengan cara mengubah posisi atau cara duduk dan berwuduk. Kedua-dua saranan itu terdapat dalam sabdaan baginda yang bermaksud: "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring."(hadis riwayat Muslim)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk."(hadis Riwayat Abi Daud)
Kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri
Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh
Makanya, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran yang ternyata memberikan kesan buruk kepada perhubungan sesama manusia
Jauhkanlah diri daripada situasi menimbulkan kemarahan. Jangan provoke orang yang sedang marah terutamanya mereka yang tergolong dalam kalangan orang yang panas baran.
Maka, solusinya adalah apabila muncul panas baran dalam diri cepatlah ambil wuduk atau buat sesuatu yang disarankan oleh Rasulullah SAW.
Semoga kita semua terpelihara dari sikap panas baran dan sentiasa menjaga diri dari bersikap buruk kepada orang lain
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/02/cara-mengatasi-panas-baran.html