Cara Mencegah Kulit Kering Dan Gatal Di Musim Panas Dan Kering
Cara Mencegah Kulit Kering dan Gatal di Musim Panas dan Kering 13
Adakah kulit anda sering menggelupas dan gatal-gatal? Anda mungkin terkena simptom kulit kering dan gatal. Penyakit kulit kering dan gatal ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang terdedah kepada cuaca yang panas dan kering. Penyakit ini perlu mendapatkan rawatan segera kerana ia boleh menjadi lebih teruk dan kronik. Jika tidak, anda perlu merujuk pakar dermatologist jika simptomnya tidak pulih. Oleh itu, artikel kali ini bertujuan untuk berkongsi pengenalan mengenai kulit kering dan gatal, tanda-tanda penyakit kulit kering, dan cara merawat kulit kering dan gatal.
Pengenalan Kulit Kering dan Gatal
Penyakit kulit kering dan gatal ini boleh berlaku atas beberapa faktor iaitu, faktor umur, faktor iklim, dan faktor pekerjaan.
– Jika anda berumur 40 tahun keatas, risiko anda untuk mengalami masalah kulit kering akan meningkat.– Seseorang yang tinggal di kawasan yang memiliki kelembapan yang rendah dan kering akan mudah mendapatkan masalah ini.– Perkerjaan yang memerlukan seseorang untuk berada dalam air dengan kerap seperti atlet renang
Ada beberapa kawasan kulit yang cenderung mengalami simptom kulit kering adalah kawasan muka, tangan, kaki dan paha.
Cara Mencegah Kulit Kering dan Gatal di Musim Panas dan Kering 14
Apakah itu Penyakit Kulit Kering?
Kulit kering adalah keadaan di mana kulit kehilangan kelembapan seperti air semula jadi atau minyaknya, sehingga menjadi kasar, pecah-pecah, kusam, dan kadang-kala ia terasa amat gatal.
Punca-punca Kulit Kering dan Gatal
Masalah kulit kering sering terjadi pada cuaca kelembapan yang kurang dan kering iaitu ketika musim salju, di bawah penghawa dingin
Mandi dengan kerap juga boleh mengakibatkan kulit seseorang kering terutamanya ketika mandi dengan mengunakan air panas.
Penggunaan detergen ataupun sabun yang menghakis minyak semulajadi yang sepatutnya melindungi lapisan luar kulit juga terhakis dan keadaan inilah yang mengundang kepada masalah kulit kering.
Perbuatan menggosok kulit.
Tanda-tanda Kulit Kering
Tanda-tanda kulit kering1. Terasa ketat pada kulit terutamanya selepas mandi ataupun berenang2. Kulit kelihatan dan terasa kasar3. Kelihatan kulit kering dan gatal4. Terdapat rekahan atau garisan halus pada kulit5. Kulit kelihatan kemerah-merahan dan terasa pedih apabila disentuh6. Kulit kelihatan bersisik dan mengelupas7. Pendarahan pada kulit
Cara Mencegah Kulit Kering dan Gatal di Musim Panas dan Kering 15
Tanda-tanda Kulit Kering Semakin Teruk
Kebiasaannya, masalah kulit kering boleh diatasi dengan mengelakkan punca penyebab kulit kering dan menyapu pelembap pada kulit. Namun, ada beberapa simptom yang berlaku menandakan penyakit kulit kering anda semakin teruk dan anda perlu rujuk ke doktor untuk rawatan lanjut:
Keadaan kulit tidak bertambah baik walaupun telah mengunakan pelembap
Jika masalah kulit kering menggangu kehidupan seharian seperti tidur dan kerja
Jika masalah kulit kering disusuli dengan jangkitan ataupun terdapat luka
Bahagian kulit kering yang mengelupas semakin luas
Kulit kering disertai kemerah-merahan pada permukaannya
Cara-cara Mengatasi Kulit Kering
Ramai yang mengalami masalah kering terutama pada musim panas dan kering. Jika anda mengalami dehidrasi kronik, potensi untuk anda mengalami kulit kering adalah tinggi. Secara amnya, beberapa cara mengatasi kulit kering bersisik dan gatal yakni perubahan dari segi gaya hidup perlu untuk dilakukan bagi mengelakkan berlakunya masalah kulit kering. Antara langkah-langkah mengatasi masalah kulit kering adalah seperti berikut:
Cara-cara mengatasi kulit kering1. Elakkan daripada mandi dengan mengunakan air panas2. Sebaiknya kurangkan tempoh mandi dan terdedah kepada air terlalu lama3. Elakkan mandi dalam kolam renang yang tinggi tahap klorinnya4. Sila gunakan pelembap setelah mandi ataupun ketika berada pada kawasan yang kering5. Elakkan daripada menggaru kulit anda6. Gunakan humidifier di dalam rumah atau tempat tidur7. Minum air secukupnya bagi mengekalkan hidrasi yang optimum pada kulit anda
Cara Mencegah Kulit Kering dan Gatal di Musim Panas dan Kering 16
Soalan FAQs Berkenaan Kulit Kering dan Gatal
Siapakan berisiko mengalami masalah kulit kering?
Seseorang berumur melebihi 40 tahun, seseorang yang tinggal di kawasan yang kering dan panas, seseorang yang mengalami dehidrasi kronik, dan seseorang yang berada dalam air terlalu kerap.
Apakah punca seseorang mengalami masalah kulit kering?
Cuaca yang kering dan panas, tabiat suka mandi lama, kurang minum air, dan tabiat suka menggaru.
Bagaimana cara mengatasi masalah kulit kering?
Minum air secukupnya, elakkan mandi terlalu lama, guna pelembap selepas mandi, dan elakkan menggaru kulit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/03/kulit-kering-dan-gatal.html