Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga Kerja Kerajaan | Salam semua, nak dapatkan sesuatu kerja mestilah kena melalui sesi temuduga terlebih dahulu. Lebih - lebih bila pemohon memohon kerja penjawat awam. Ramai sungguh yang berebut - rebut nak masuk dalam jabatan kerajaan kan.
Semua orang pun dah tahu cara memohon kerja kerajaan.
Jadi, pembaca di sini adakah anda sudah beberapa kali temuduga kerja kerajaan atau temuduga SPA tapi tak dapat - dapat
Macam sis jugak, tak kira berapa banyak kali nak temuduga, sudah tentu macam - macam perasaan ada. Lagi - lagi bila ada kerunsingan, gagap semua keluar nak temuduga ni.
Sis faham semua tu. Itu sebab pentingnya persediaan sebelum nak pergi ke sesi temuduga. Tahu tak apa sebab utama kegagalan temuduga
5 Sebab Utama Kegagalan Sesi Temuduga Penting untuk korang tahu apa sebab utama gagal temuduga. Senang nanti korang boleh baiki apa yang patut.
1. Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persedianIanya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja!
2. Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.
3. Komunikasi yang kurang lancarPunca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab.
4. Penampilan yang tidak tepatRamai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga.
5. Over Confident! Terlalu yakinKesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang
Ok, jadi tanya diri sendiri pernah tak buat kesilapan seperti di atas.
Nak tahu rahsia lulus temuduga kerja kerajaan boleh klik gambar di bawah
Soalan Temuduga Yang Lazim DitanyaBercakap tentang soalan temuduga yang biasa ditanya mestilah soalan pertama " Sila perkenalkan diri awak". Soalan popular setiap kali temuduga.
Dengar soalan macam senang kan, tapi nak jawab tu punyalah gelabah kalau tidak ada persediaan diri.
Walaupun itu soalan pertama dari panel penemuduga, tapi ingat itu lah pandangan pertama panel penemuduga bila dengar cara korang perkenalkan diri semasa temuduga.
Tapi itu lah kalau kita kurang persediaan diri, mulalah apa yang kita jawab melencong dari apa yang ditanya.
Hanya soalan perkenalkan diri saja dah meleret, dan mengarut. Panel penemuduga pun rasa bosan bila calon jawab meleret - leret.
5 Perkara Penting Semasa Sesi Perkenalkan Diri Untuk Temuduga
Apa perkara penting yang perlu korang cakap semasa perkenalkan diri. Kena praktis cakap 5 perkara di bawah :
1. Nama2. Umur 3. Tempat asal4. Ringkasan Pendidikan 5. Pengalaman kerja jika ada. Sekiranya tiada atau masih lagi fresh graduate tukarkan kursus atau kemahiran yang pernah diambil6. Ceritakan tentang kebolehan korang. Mestilah berkait dengan jawatan yang dipohon.
Penting untuk korang beritahu juga Kenapa anda layak untuk jawatan ini ?
Lagi banyak pengalaman lagi bagus sebenarnya. Kita ada modal nak bercakap.
Lagi satu, praktiskan diri bercakap depan cermin ya.
Contoh Ayat Lengkap Untuk Cara Perkenalkan Diri Ini adalah contoh skrip cara memperkenalkan diri semasa temuduga. Korang boleh praktikkan dan ubah yang mana patut. Kesilapan kecil semasa temduga boleh menjadi mimpi buruk.
Yang penting panel penemuduga sebenarnya nak tengok korang cara bercakap.
Assalamualaikum
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada panel kerana sudi menemuduga saya bagi jawatan juru ukur bahan
Nama saya Sofia Karim berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Saya merupakan pelajar Ijazah sarjana muda dalam bidang pembinaan. Saya baru saja tamat pengajian pada bulan Mei tahun lepas.
Saya mempunyai pengalaman menjalani latihan industri di sebuah syarikat swasta yang menjalankan projek - projek perumahan.
Antara projek yang pernah saya uruskan sepanjang berkhidmat di sana adalah projek rumah teres dua tingkat di Selangor.
Dari latihan industri itu, saya juga menimba pengalaman dalam menjalankan kerja, berurusan dengan orang ramai, mengurus data dan sebagainya.
Rahsia Mudah Lulus Dalam Sesi Temuduga Kerja Kerajaan Buat korang yang nak tahu apa lagi tips temuduga kerajaan, korang boleh dapatkan ebook ini. Penulis pun bukan calang - calang orang ya.
Puan Jud Jamil, Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun lalu. Beliau kerap menjadi panel temuduga kerja kerajaan.
Berikut adalah antara isi kandungan, manfaat serta kelebihan yang bakal korang perolehi melalui pembacaan ebook ini:
1. Penjelasan terperinci tentang 11 rahsia berjaya dalam temu duga kerja kerajaan. Pemahaman mengenai rahsia ini dapat membantu anda berasa yakin semasa menghadiri temu duga
2. Ketahui 9 kriteria calon temu duga yang dipilih dalam temu duga kerajaan. Kriteria ini akan dinilai sepanjang temu duga. Anda perlu bersedia dengan mengetahui kriteria-kriteria tersebut supaya anda dapat menonjolkan diri anda seperti yang dikehendaki oleh panel temu duga kerja kerajaan.
3. Pembongkaran persediaan sebelum, semasa dan selepas menghadiri temu duga kerja kerajaan. Ada diantaranya yang selama ini anda tidak menyedarinya dan mengetahuinya bahawa ia adalah salah satu punca anda gagal temu duga yang pernah dihadiri sebelum ini.
Ketahui persediaan-persediaan dan lakukannya seperti yang dipelajari dalam ebook ini.
4. Pendedahan Teknik “Competency Based Interview (CBI)” yang perlu diketahui oleh calon-calon temu duga kerja kerajaan. Teknik ini digunakan dalam temu duga kerja kerja kerajaan pada masakini
Anda akan lebih bersedia untuk menjawab 4 perkara akan diuji dalam soalan-soalan temu duga yang mengunakan Teknik CBI ini.
5. Pembongkaran 31 tips mudah untuk berjaya dalam temu duga kerja kerajaan. Anda akan didedahkan tentang panduan yang perlu diikuti supaya anda lebih tenang dan yakin menghadapi sesi temu duga
Ketahui tip-tip mudah ini dan kemudian anda praktikannya.
Anda PASTI layak dipilih dalam temu duga kerja kerajaan seperti mereka yang telah berjaya berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
6. Adab temu duga dan etika pakaian yang PERLU dan ELAKKAN semasa menghadiri temu duga kerajaan. Penting ya etika pemakaian temuduga SPA ni.
Pandangan pertama panel temu duga terhadap anda adalah sangat penting untuk anda ‘menawan’ mereka.
Jika anda berjaya ‘menawan’ panel temu duga, peluang anda untuk berjaya dalam temu duga kerja kerajaan adalah sangat tinggi
7. Pembongkaran 4 proses temu duga kerja kerajaan dalam bentuk grafik yang mudah difahami. Setiap proses mengandungi perkara-perkara penting yang dinilai oleh panel temu duga.
Pengetahuan mengenai proses-proses ini akan meningkatkan keyakinan anda semasa menghadiri temu duga.
8. 20 contoh soalan berserta jawapan yang popular di kalangan panel temu duga. Walau pun soalan-soalan tersebut popular, anda perlu mengetahui cara menjawabnya. Jawapan-jawapan anda sangat penting untuk menentukan kejayaan temu duga yang anda telah hadiri.
9. 115 tambahan soalan-soalan temu duga supaya anda lebih bersedia dan yakin. Pengetahuan mengenai soalan-soalan tersebut serta latih tubi menjawabnya mampu menonjolkan kelebihan diri anda daripada calon-calon lain.
Anda tampak berpengetahuan, bersungguh-sungguh dan berminat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Ini memberi BONUS kepada anda.
10. 6 Rahsia yang perlu anda ketahui dan lakukan untuk berjaya dalam temu duga kerajaan.
11. Perkara-perkara “do” dan “don’t” yang perlu anda ketahui bagi menghadiri temu duga kerajaan
Walau pun sesuatu perkara itu dianggap mudah dan remeh, tetapi ia boleh mengurangkan markah temu duga anda.
Dan banyak lagi pendedahan dan pembongkaran yang boleh membantu anda membuat persediaan menghadapi temu duga supaya anda layak dipilih untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam dalam temu duga kerja kerajaan.
3 Bonus Tambahan Percuma Dalam 1 Ebook Lagi satu, korang tak rugi untuk dapatkan ebook ini kerana korang akan dapat 3 bonus tambahan percuma.
3 bonus ini sekali dalam 1 ebook " Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan". Menarik tak. Rasa berbaloi tak beli.
Dah lah percuma saja. 3 bonus tersebut adalah :
1. 72 Rahsia Menulis Resume Untuk Kerja KerajaanContoh resume kerja kerajaan berlambak - lambak kalau nak buat rujukan. Tapi, ada korang ambil tahu tak macam mana nak menulis resume kerja kerajaan dengan betul.
Setiap calon yang menghadiri temu duga kerajaan wajib membawa resume masing-masing. Dalam ebook ini, Puan Jud kongsikan 72 rahsia yang boleh korang lakukan untuk menulis resume bagi memohon kerja kerajaan
2. 51 Pilihan Templates ResumeBonus yang kedua, korang tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkan contoh-contoh resume yang standard dan professional.
Terdapat 51 pilihan templates yang dapat membantu korang dengan mudah dan cepat untuk menyiapkan resume.
3. Tips Bergambar Pakaian Semasa Temu Duga Kerja KerajaanPuan Jud juga himpunkan sebanyak 46 muka surat bergambar pakaian dan aksesori untuk lelaki dan wanita yang boleh dipakai semasa temu duga kerajaan.
INGAT YA ! First impressioan panel temu duga terhadap korang adalah sangat penting
Sekiranya korang mahu lulus temuduga kerja kerajaan, jangan tunggu lama - lama sebab ebook ini adalah untuk korang yang betul - betul komited nak kerja kerajaan.
Korang boleh dapatkan ebook ini sekarang. Mesti korang tertanya harga berapa kan. Harga untuk 1 ebook ini hanya RM 30 saja.
Berbaloi ke tak berbaloi sekali dengan 3 bonus. Jawapannya berbaloi.
Klik gambar di bawah sekiranya korang berminat ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2022/05/cara-memperkenalkan-diri-semasa-temuduga-kerja-kerajaan.html