Cara Memilih Pakai Moisturizer Dengan Berkesan Moisturizer Terbaik Semestinya Moisturizer Jenis Water Based
Salam semua, harini Nova nak share cara Nova pilih dan pakai moisturizer yang berkesan. Buat kulit kombinasi di luar sana, diharapkan info ini dapat membantu korang ya. Kulit Nova adalah kulit kombinasi. Berminyak di kawasan dahi, hidung dan dagu. Manakala di kawasan lain agak kering. Jadi agak susah nak cari moisturizer yang sesuai. Mestilah kita nak skincare terbaik kan? Kalau korang tanya perlu tahu ke kulit muka jenis apa sebelum beli skincare? Yes my dear. Pertama, tentukan kulit muka anda jenis apa. Sekurang-kurangnya, apabila kita tahu, kita boleh pilih skincare yang sesuai. Macam suami sis kan, kulitnya berminyak, jadi kalau sis pakai pencuci muka ke, night cream dia ke, kulit sis akan jadi sangat kering. Haa.. gittew.
Moisturizer terbaik pilihan Nova adalah Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature
Seterusnya, lepas kita tahu jenis kulit kita kan, Kedua, kenal pasti bajet anda! Memang banyak produk di luar sana, dari harga semahal-mahalnya dan semurah-murahnya. Ha.. penting ya sis semua. Kita ni nak pakai moisturizer ni bukan satu dua botol sahaja. Jadi, biarlah pilih yang sesuai dengan bajet, kalau harganya tidak berapa mahal pun, pastikan kualitinya baik. Ok! Kalau boleh, moisturizer yang korang nak pakai ni boleh beli lagi dan lagi bila dah habis.😋 Ketiga, perhatikan kandungan moisturizer yang anda nak beli. Pilih moisturizer yang mengandungi bahan-bahan yang baik untuk kulit, contohnya moisturizer water base, mengandungi Niacinamide (mengawal kulit berminyak) dan boleh jadi krim malam dan krim siang. Kalau korang jenis pakai full-makeup, tips makeup tak bercapuk kena pilih moisturizer yang baik. Elakkan yang jenis berminyak. Nova memang pilih moisturizer/pelembap muka jenis yang water based sebab dia cepat meresap dalam kulit.
Water based moisturizer Hansaegee Nature sangat ringan dan mudah disapuKeempat, pastikan moisturizer bebas dari kandungan yang berbahaya. Contohnya, Paraben-Free, Sulfate-Free dan Alcohol-Free. Biar kandungannya natural seperti ekstrak dari bahan semulajadi. Nova memang akan pilih produk yang dibuat dari bahan semulajadi supaya tidak merosakkan kulit muka dalam jika pakai jangka masa yang panjang.
Kelima, baca review sesuatu produk sebelum membelinya. Zaman sekarang ni kebanyakan produk ada review dan star yang diberikan oleh pengguna yang dah cuba produk tersebut. Korang kena rajin sikit baca review ya. Kalau kita tengok iklan sahaja memang menggoda kan. So baca review dulu supaya kita boleh buat penilaian yang baik dan berbaloilah dengan duit yang kita keluarkan.
Ha, lima tips Nova dah share untuk pilih moisturizer yang berkesan untuk anda. Selain daripada tips yang Nova dah share ni, korang juga kenalah mengamalkan cara penjagaan muka yang baik. Korang kena jaga kebersihan kulit muka dan amalkan rutin penjagaan kulit yang baik supaya dapat hasil yang lebih baik. Kan kan 😉 Kalau ditanya moisturizer apa yang bagus? Bagi Nova, diantara produk yang bagus ada di pasaran pada masa ini yang baik dan berkualiti adalah Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. Nova dah guna produk ni semenjak 2018 lagi, dah 5 tahun ya sis guna. Diantara yang sis telah guna adalah Aloe Vera Sunscreen, Moisturizer dan Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Ketiga-tiga produk ni satu kombinasi yang baik.
Aqua Whitening Cream moisturizer untuk kulit berminyak dan moisturizer untuk kulit kering,
Dibungkus dengan baik.
Sambil dia melembapkan kulit, ia juga berfungsi mencerahkan kulit. Semestinya skincare terbaik
Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ini adalah krim malam terbaik juga krim siang terbaik. Yang bagusnya, moisturizer/pelembap ini sesuai untuk semua kulit tau, kulit berminyak atau kulit kering atau kulit kombinasi, semua jenis kulit boleh. Sebab apa? Kerana kandungan Niacinamide membantu kawal kulit berminyak disamping melembapkan kulit. Bukan itu sahaja, ia juga adalah water based moisturizer yang membantu brightening/mencerahkan kulit dan menyimbangi skin tone. Ia akan jadikan kulit kita glowing ya dan pori-pori juga terkawal. Cara pakai moisturizer ini mudah sahaja, hanya perlu ambil beberapa oles dari botol dan sapu rata keseluruh muka. Cara sapu tu mestilah dari bawah muka ke atas, supaya muka kita tak jatuh dan elakkan kedutan. Ingat tau cara pakai moisturizer yang nova cakap ni.
Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature :Tidak berminyak dan melekit ✅Tekstur ringan dan mudah disapu ✅Mudah meresap ke dalam kulit ✅
Nova yang baru balik dari bercuti dari Penang ni, memang kulit ada sunburn merah-merah sikit dan tidak sekata tone. So, Nova akan pakai setiap pagi dan malam untuk baiki merah-merah dan kulit yang rosak akibat sunburn tu. Panas kan Penang, pagi petang berjemur.. kesian kulit sis kan. Cara penjagaan muka untuk kulit sunburn ni lebih sikitlah dari kulit biasa. Tapi bagusnya Aqua Whitening Cream ni. dia ada ekstrak herba yang meningkatkan resapan jauh ke dalam kulit. Membaiki kemerahan dan sunburn kulit rosak.
Kulit nampak bermaya, glowing dan paling penting ia membaiki kulit sis yang terbakar dek sunburn tempoh hari. Semoga kulit tak sekata ni membaik dengan cepat. Aqua Whitening Cream ni adalah pelembap muka terbaik. Skincare terbaik untuk kulit kering juga, especially buat wanita yang kerja di dalam keadaan berpenghawa dingin selama 8 jam kan. Mestilah kulit jadi kering. So, Aqua Whitening Cream ini adalah skincare untuk kulit kering juga ya. So banyak dah Nova kongsikan dengan korang, cara pilih, cara pakai skincare, tips makeup tak bercapuk dan last sekali ni, moisturizer pakai waktu bila?
Pakai moisturizer anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Tapi jika nak hasil yang lebih baik adalah pakai juga lepas solat zohor. Jadikan 3 kali. Moisturizer yang Nova pakai ni senang sangat nak pakai, sebab dia takda warna kan, jadi sapu2 je kat muka dah siap.
Moisturizer apa yang bagus? Mestilah Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature!
Kalau korang nak baca dan tengok lebih banyak info mengenai Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature di sini tau. Like dan Follow tau
🕸Website : https://hansaegee.com/
🔘 Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🔘 Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🔘 Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://novaleeza.blogspot.com/2023/10/cara-memilih-pakai-moisturizer-dengan.html