Cara Masak Sambal Tumis Telur Goreng


Cara Masak Sambal Tumis Telur Goreng | Semalam KakYa ada masak sambal tumis telur goreng. Masa tengah masak, datang mood rajin pula. KakYa ada ambil beberapa keping gambar sebab rasa hati macam nak masukkan resipi kat blog. Lama dah tak tulis resipi kat blog. 
Sambal tumis telur goreng
Makanya harini KakYa nak kongsi dengan korang, cara mudah dan senang masak sambal tumis telur goreng dan resipinya sekali. Siapa suka sambal tumis telur goreng, silalah cuba resipi KakYa yang simple ni. Memang sangat mudah dan ringkas jer. Nak buat pon senang

Resipi sambal tumis telur gorengOk jom kita jenguk jenguk dulu apakah bahan bahan yang diperlukan untuk menyediakan sambal tumis telur goreng. Antara bahan bahan yang diperlukan ialah;
Bahan bahan untuk memasak sambal tumis telur goreng• 5 biji telur (di rebus dan di kupas kulitnya)• Satu senduk minyak masak• 3 biji bawang  di kisar (KakYa guna bawang holland)• Bawang putih 3 ulas di kisar bersama bawnag holland. • 5 sudu besar lada kisar• 5 biji cili padi merah (kalau suka pedas boleh letak, kalau tak suka tak perlu letak)• Minyak untuk menumis• Garam secukup rasa• Gula secukup rasa• Ajinomoto jika suka (ikut cara masing masing, kita raikan pendapat)
Cara memasak sambal tumis telur gorengCara nak masak sambal tumis telur goreng tak susahpun sebenarnya. Tersangatlah senang dan mudah. Korang boleh ikut cara caranya satu persatu okey. 
Ok jom kita masak sambal tumis telur goreng cara KakYaMula mula sekali panaskan minyak dan goreng telur rebus yang telah dikupas. Goreng hingga berubah warna keperangan dan dah siap boleh angkat dan toskan. Alihkan ke tepi. 
Goreng telur rebus hingga bertukar warna keperangan
Panaskan minyak dalam kuali lebih besar untuk menumis. Apabila minyak sudah panas,  masukkan bawang yang telah di kisar. Tumis sehingga naik bau

Tumis bawang hingga naik bau
Gaul bawang biar sekata dan bila dah berubah warna keperangan, boleh masukkan cili kisar dan masa hingga pecah minyak. 

Bila nampak warna sambal bertukar gelap dan dah pecah minyak bolehlah masukkan telur.  Gaul seketika sehingga sambal bersalut dengan telur. Masukkan garam, gula dan penambah perisa ajinomoto jika suka. Akhir sekali masukkan bawang holland yang di hiris. 

Masak seketika hingga bawang holland layu dan tutup api. Dah siap sambal tumis telur goreng kita. Boleh la makan bersama nasi panas dan juga sayur goreng atau ikut suka selera masing masing nak tambah menu lain. Takde masalah. 
Jangan lupa cuba tau! Resipi sambal tumis telur goreng ni sangat di gemari anak anak KakYa. Diaorang memang selalu minta KakYa masakkan menu ni. 
Korang yang suka makan simple simple nanti try la Cara Masak Sambal Tumis Telur Goreng. Selamat mencuba korang









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2021/03/cara-masak-sambal-tumis-telur-goreng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Masak Sambal Hitam Pahang Yang Mudah Sedap

Cara Masak Sambal Hitam Pahang Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 464 hits
Sambal Hitam Pahang memang menjadi kegemaran ramai Enak dimakan bersama nasi panas ada lauk ini sahaja pun sudah cukup untuk membuka selera Bagi anda yang nak belajar cara cara membuat Sambal Hitam Pahang yang sedap dan mudah saudari Fazima...
Telur Setengah Masak Confirm Jadi

Telur Setengah Masak Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 294 hits
Hai semua Ada peminat telur setengah masak kat sini LM tak layan telur Setengah masak Memang jenis kalau makan telur mata pun wajib keras bahagian kuning tu Kalau tak memang terbazir je la tak mampu makan Haha Tapi tak makan pun wajib buat ...
Tip Masak Ayam Goreng Yang Sempurna Tak Berdarah Bila Diangkat

Tip Masak Ayam Goreng Yang Sempurna Tak Berdarah Bila Diangkat

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 298 hits
Pernah atau tidak ketika anda menggoreng ayam ia tidak masak Atau ketika anda makan di kedai ayam goreng yang anda pilih masih berdarah dan kurang masak Ada masanya memang akan terjadi kejadian ayam goreng kurang masak Ayam mentah tidak elo...
Sotong Sambal Dengan Petai Vs Pucuk Ubi Masak Lemak

Sotong Sambal Dengan Petai Vs Pucuk Ubi Masak Lemak

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 581 hits
Assalamualaikum MEMANG susah nak jaga diet di pejabat kecuali jika puasa Itupun ada yang dah sahur tapi tak tahan godaan pagi pagi ada kawan pelawa makan hahahaha Tuari Fidah bawa Sotong Sambal Petai Lepas tu beli nasi dua polisterin penuh ...
Bangun Pagi Masak Nasi Goreng

Bangun Pagi Masak Nasi Goreng

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum LUPA betul ambil gambar Nasi Goreng Kampung dari kuali Sk pagi ini tup tup Iman tag Sk di ig stories tengah nak makan nasi goreng sambil mengadap kuliah dalam talian hihi Sebenarnya Sk pun berbekal nasi goreng boleh jer nak ...
Sambal Tumis

Sambal Tumis

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 537 hits
Ramadhan bakal menjelang Sebagai persediaan menghadapi masa memasak yang suntuk especially untuk wanita yang bekerja Kjee ingin bagi sedikit tip Buatlah sambal tumis yang boleh dibekukan Selain itu juga boleh pelbagaikan dengan membuat Samb...
Resipi Ketam Sambal Telur Pecah Manis Berlemak Sedapnya Lain Macam

Resipi Ketam Sambal Telur Pecah Manis Berlemak Sedapnya Lain Macam

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 366 hits
Hidangan makanan laut segar selalunya menjadi hidangan yang cukup istimewa buat kita ketika hari hari istimewa keluarga Jika memilih ketam hidangan dengan ketam bersama telur pecah antara yang patut anda cuma Rasa manis ketam ditambah denga...
Sambal Tumis Jering Cambah

Sambal Tumis Jering Cambah

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 740 hits
Sekilas pandang macam kentang potong wedges masak sambal tumis Ehh jauh tu antara kentang dengan jering Jering Jengkol Kalau Kjee jumpa jering cambah Kjee mesti beli dan buat Sambal Tumis Kat bawah ini foto Jering Cambah Susah tau nak dapat...
Cara Memasak Telur Dengan Kematangan Sempurna Sesuai Selera Cocok Buat Salad Ramen Bahkan Onsen

Cara Memasak Telur Dengan Kematangan Sempurna Sesuai Selera Cocok Buat Salad Ramen Bahkan Onsen

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 325 hits
Suka telur setengah matang tapi sering kematangan Ada waktu khusus untuk menentukan tingkat kematangan telur sesuai seleramu
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Nasi Briyani Adabi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025