Cara Makan Di Suki Ya Kali Pertama
Cara Makan Di Suki-ya Kali Pertama - Sejak tahun lepas, bila dah banyak influencer makan dekat sini dan promote, kebanyakan restoran makanan Jepun Suki-ya Eat All You Can Sukiyaki & Shabu-Shabu ni penuh dengan orang. sampai ke hari ini, masih lagi ramai yang beratur untuk makan dekat sini. Ada yang jadikan tempat ini sebagai tempat bulanan, wajib untuk makan dekat sini. Bagi yang pertama kali makan macam and, korang jangan risau, benda tak susah pun. Meh nad ajar cara makan di Suki-ya
Nad pun taknak ketinggalan untuk rasa makan dekat Suki-ya ni. Biasa la juga makan jenis steamboat macam ni, tapi ni ramai pergi, kita pun cubala. Masa nad pergi pun, ramai yang beratur ya. Kalau rasa taknak beratur, pergi waktu bekerja, makan dalam pukul 2,3 atau 4 petang. Masa tu tak ramai sangat orang.
Cara Makan Di Suki-ya Kali Pertama
Oh dekat sini takda grill tau, dekat Suki-ya hanya ada sup sahaja macam steamboat. Walaupun hanya sup sahaja, tapi orang ramai datang beratur. Sebab apa? Hah, sebab dekat sini, korang boleh tambah daging sebanyak mana korang nak..hehehe
Ok dah jom tengok cara makan di Suki-ya
Harga Di Suki-ya
Sebelum tu, ni harga makan dekat Suki-ya Eat All You Can Sukiyaki. Haritu kitaorang amkan bertiga haraga dalam RM15+.++ . Sorang dalam RM5+.++
Langkah pertama : Pilihan Sup
Haritu nad makan dekat Suki-ya Mytown. Jadi ada seorang pekerja dah ada kat depan, tanya pilihan sup dan daging. Staf sukiya akan bertanya sewaktu melangkah masuk apakah pilihan sup yang korang nak. Perlu pilih dua sup ya. Ada beberapa pilihan sup iaitu shabu-shabu, sukiyaki, miso, kimuchi, mala miso dan tomato soup
Seeloknya pilih dua sup yang berlainan. Haritu nad pilih sukiyaki dengan Mala Miso
Langkah kedua : Pilihan Daging
Lepas tu staff akan tanya nak daging apa? Ada tiga jenis daging ( Beef, Lamb, Chicken). Ikutla kalau korang nak pilih tiga-tiga jenis pun boleh. Tapi nad dengan kawan-kawan pilih Beef dengan Lamb. Bestnya dekat sini, daging ni boleh tambah seberapa banyak korang nak
Langkah ketiga : Pilih Sayuran dan Menu Lain Yang Disediakan
Bila korang dah dapat tempat, hah bolehla ambil menu lain yang disediakan.
Kalau makan jenis macam steamboat ni, nad lebih prefer ambik sayuran sahaja. Sup dengan sayuran memang gabungan yang mantap ye..hehee. Jangan lupa ambi tauhu juga
Tapi masa makan tu jangan letak semua. Letak sikit-sikit je dulu.
Selain sayuran, ada nasi, sushi dan banyak lagi
Nak lagi menarik korang boleh ikut adalah mulakan dengan hirisan daging dahulu, kemudian baru sayur-sayuran. Cara ini akan buat sayuran itu menjadi lebih sedap kerana menyerap rasa manis daging. Seterusnya masukkan mi pilihan korang dan akhir sekali masukkan bebola ikan atau bahan lain pula
Makan daging mestilah dengan sos yang enak. Meh tengok cara buat sos sendiri
Cara Hasilkan Sos Sendiri
Banyak bahan yang disediakan. Ada je orang kongsi dekat tiktok. Korang buka je tiktok sebelum nak ambil sos..hahaha. Kalau taknak buka, nah nad kongsikan
Korang ambik mangkuk besar terus tau, baru puas
1) 3 sudu bawang putih ( garlic)2) 3 sudu cili padi3) 3 sudu coriander4) 5 sudu Miso Tare Sauce5) 4 sudu Comatare6) 5 sudu sichuan
Semestinya sedap bila korang cicah dengan daging..Aduh teringat-ingat dah Suki-ya ni
Berbaloi makan dekat sini, dengan harga tu. Sebab daging boleh tambah ikut suka kau. Makanan lain pun boleh makan sesuka hati sampai korang puas. Selalunya makan kat sini diberi masa 2 jam. Sebab ramai yang beratur. Yela, takkan nak lama kesian yang beratur
Oh lupa, akhir sekali jangan lupa makan aiskrim..hehee
Haritu pergi dengan kawan-kawan, nanti nak pergi dengan anak-anak pula. Nak cuba pulak makan daging dengan tauhu kering. Macam sedap je
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2023/09/cara-makan-di-suki-ya-kali-pertama.html