Cara Lariskan Jualan Tudung


Cara Lariskan Jualan Tudung | Setiap hari Fadzi nampak iklan orang jual tudung dekat Instagram dan Facebook. Dari brand yang berbeza pulak tu. Fadzi selalu tanya lah kan, berbaloi lagi ke nak jual tudung jenama sendiri ni?

Ye lah kan. Banyak saingan. Tudung pun macma lebih kurang sama saja design dan jenisnya. Kalau kita yang baru nak start buat bisnes tudung jenama sendiri, boleh ke nak bersaing dengan jenama yang memang dah lama terkenal?



Cara Lariskan Tudung Jenama SendiriBila Fadzi tertanya-tanya macam tu, Fadzi banyak buat pembacaan. Bukan lah sebab Fadzi nak start bisnes tudung tapi lebih kepada curious. Gigih tau Google sana sini sampai Fadzi jumpa jawapan.


Ramai Penjual Tudung, Ramai Jual Pembeli TudungMemang ramai yang dah jual tudung dalam Malaysia ni. Tapi dalam masa yang sama, permintaan dan pasaran tudung ini juga sangat besar. Orang yang pakai tudung pada zaman kini, sangat ramai.

Majoriti wanita islam di Malaysia hari ini, memakai tudung. Tidak seperti zaman 60-an dulu, zaman-zaman P.Ramlee. Zaman dedulu memang tak ramai yang memakai tudung.

Tapi hari ini, dari budak-budak, sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar kolej dan universiti, wanita bekerja dan wanita berumur, semuanya memakai tudung. 

Dan yang lagi menariknya, golongan wanita berhijab ini, akan terus membeli tudung walaupun mereka sudah mempunyai berpuluh dan beratus helai  tudung. Macam Fadzi lah. Berlambak dah tudung dalam almari tapi masih mencari tudung lagi.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan, mereka akan membeli tudung baru. Lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang kerap berada di luar rumah seperti wanita bekerja dan juga golongan pelajar. 


Mereka ini tidak akan putus-putus membeli tudung sebabnya, setiap helai tudung yang dibeli, mempunyai nilai dan cirinya tersendiri yang berbeza dengan tudung yang lain, tambahan lagi, setiap helai tudung itu pula, hanya padan dipakai bersama beberapa helai baju sahaja.


Jadi, korang yang baru nak bermula jual tudung tidak perlu risau. Walaupun sudah ramai orang yang menjual tudung, orang yang membeli tudung juga ada sangat ramai. 

Apa yang penting, korang perlu ada ilmu serta strategi yang tersendiri. Salah satu strategi yang boleh di gunakan ialah dengan mempunyai "produk killer".


Produk Killer Pelaris Jualan TudungApabila kita buat bisnes tudung ni, kita mesti kena ada produk KILLER! Produk KILLER inilah yang akan buatkan tudung kita berbeza dari tudung-tudung penjual yang lain. Dengan produk killer inilah nanti , bisnes dan jualan kita akan menjadi stabil pada setiap bulan.  

Macam mana kita nak tahu tudung mana yang akan menjadi  produk killer? Senang je! Produk killer ini adalah tudung yang paling banyak jualan dia.  Selalunya, dalam masa 3 bulan kita buat  bisnes tudung ni nanti,  kita dah boleh tahu, mana satu produk killer dalam banyak-banyak jenis tudung yang kita jual.  


Bila dah ada produk Killer, kita dah tak perlu promot sangat, sebab orang dah mula kenal dan tahu, mana nak beli tudung yang mereka sukai.

Ada juga pelanggan yang tempah sekali banyak untuk satu group NGO, persatuan, guru sekolah dan banyak lagi.  Dari jual retail, korang juga jadi pembekal untuk stokis yang lain. 

Buat  Tudung Jenama SendiriBila pelanggan dah mula ramai dan korang pun sudah ada modal yang sedikit banyak. Korang dah boleh mula buat tudung jenama sendiri. Bila kita ada jenama sendiri , kita boleh letak harga yang sedikit tinggi. Tapi, ikut kualiti kain jugalah ye.

Kalau kualiti kain tak best, pelanggan pun tak suka. Bila pelanggan tak suka, nanti pelanggan tak nak repeat order lagi, sendu pula sell korang selepas tu nanti.

Macam mana nak cari produk killer? Macam mana nak buat tudung jenama sendiri? Semua tu korang boleh gali ilmunya. Paling mudah, korang baca saja ebook Rahsia Bisnes Tudung ni.

Rahsia Bisnes TudungEbook Rahsia Bisnes Tudung ini ada 2 buah ebook. 

Ebook pertama:
Mengandungi ilmu serta pengalaman penulis, bagaimana penulis bermula, dari mencari supplier, mencari pelanggan, ambil gambar, buat ayat iklan, dan pelbagai lagi pengalaman serta tips berkaitan bisnes tudung.

Apa yang menarik, ada satu bab di dalam ebook ini, penulis ceritakan Bagaimana Penulis Menjana Untung RM15k Dalam Masa Sebulan menjual tudung di bulan Ramadhan hanya secara online sahaja! 

Dalam bab ini, penulis tunjukkan secara step-by-step, bagaimana penulis membuat persediaan serta strategi di dalam menghasilkan keuntungan sebanyak itu. 

Kalau korang baca pengalaman penulis ini, korang juga boleh buat seperti yang penulis buat, malah, mungkin lebih baik dan lebih banyak lagi keuntungan yang akan anda perolehi! :)

Ebook Kedua pula:
Penulis fokuskan kepada langkah-langkah menghasilkan tudung jenama sendiri!

Dalam ebook ini, penulis senaraikan 4 perkara utama yang perlu korang ketahui dan uruskan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri! Setiap perkara tersebut, penulis jelaskan secara terperinci.


Malah, penulis turut berikan maklumat supplier yang boleh korang gunakan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri. Supplier-supplier ini adalah supplier yang boleh dipercayai, malah, banyak juga jenama tudung besar seperti Neelofar Hijab, Calaqisya, Apple Scarf dan banyak lagi, turut menggunakan suplier ini.


Isi Kandungan eBook Rahsia Bisnes TudungBAB 1 : BELAJAR MENJUALNyawa kepada setiap bisnes, adalah jualan (sales). Tanpa jualan, sesuatu bisnes itu tidak akan dapat hidup dan tidak akan memberi apa-apa faedah kepada diri korang!
Disebabkan itu, langkah pertama yang perlu korang belajar terlebih dahulu, adalah belajar menjual! Ya! Belajar menjual! Bukannya belajar menjahit atau belajar membuat tudung!
Ada 9 soalan yang perlu korang jawab untuk memudahkan korang membuat jualan. Korang dapat jawab 9 soalan ini, insyallah aktiviti jualan korang akan menjadi lebih mudah.
BAB 2 : APA & SIAPA?Masih dalam fasa menjual. Dalam bab ini penulis beritahu korang terus 3 golongan sasaran terbesar di dalam bisnes tudung. Korang tak perlu dah susah-susah nak fikir nak jual tudung kepada siapa. Targetkan sahaja tudung korang kepada 3 golongan ini!
Insyallah, dengan hanya target 3 pasaran ini sahaja, jualan korang pun dah boleh cecah 5 angka dan stok tudung juga akan cepat habis!. Takdelah timbul masalah stok terperap bawah katil lama-lama.
BAB 3 : SUPPLIERHah! Ini RAHSIA BESAR  di dalam ebook ini! Penulis bongkarkan 5 pembekal tudung yang penulis gunakan sewaktu memulakan bisnes tudung!
Bukan sekadar nama sahaja! Tetapi complete penulis berikan sekali dengan nombor contact serta alamat mereka. Korang boleh borong terus dengan mereka. Kualiti tudung yang mereka bekalkan, memang tiptop!
Satu perkara yang korang perlu tahu! Bila korang nak buat bisnes tudung ni korang tak boleh bergantung hanya kepada 1 pembekal sahaja. Perlu ada 2-3 pembekal sebagai backup.
Dengan adanya 2-3 pembekal, insyallah korang takkan mengalami masalah tudung kehabisan stok dan sebagainya!
BAB 4 : TIPS GAMBAR MEMUKAUBila korang dah ambil tudung dari pembekal, langkah seterusnya adalah mengambil gambar tudung tersebut. Nak ambil gambar ini pun ada tekniknya! Bukan main ambil sahaja!
Dalam bab ini penulis berkongsikan teknik dan cara mengambil gambar yang memukau dengan bajet yang rendah! Korang tak perlu risau, tak perlu beli kamera yang mahal-mahal dan upah jurufoto profesional. Gunakan sahaja camera handphone korang. Itupun sudah memadai sebagai permulaan.
Apa yang penting! Model yang anda gunakan mestilah "real"!. Penulis kongsikan banyak tips mencari model yang "real" di dalam bab ini!

BAB 5 : TEKNIK MELETAK HARGAAda 4 Tips utama yang penulis kongsikan di dalam bab perihal harga ini!Penulis tunjukkan teknik bagaimana mengira harga kos dengan selamat! Perkara ini penting, kalau tidak, nanti penat sahaja korang jual beribu-ribu helai tudung, tapi sebenarnya tiada untung.
Dalam bab ini juga, penulis kongsikan teknik, bagaimana untuk bersaing dan berhadapan dengan penjual-penjual tudung lain yang suka main dan lawan harga! Apabila korang tahu teknik ini, korang dah tak perlu gentar bila lihat pesaing korang turunkan harga tudung mereka!

BAB 6 : AYAT IKLANHah! Bukan sahaja tips ambil gambar! Tips nak buat ayat iklan pun penulis kongsikan dalam ebook ini! Ada 3 jenis ayat yang boleh korang gunakan apabila ingin mempromosikan tudung-tudung jualan korang.
Ayat-ayat ini anda boleh gunakan sama ada di facebook ataupun instagram!
BAB 7 : LUBUK JUALANStok tudung dah ada, gambar dah ambil, ayat  pun dah siap! Sekarang, masa untuk menjual! Dalam bab ini, penulis bukan share 2 atau 3 lubuk jualan.  Penulis kongsikan 10 tempat/lubuk yang boleh korang masuk untuk menjual tudung korang!
Korang boleh cuba masuk ke dalam semua lubuk ini atau boleh juga cuba 2-3 lubuk yang korang rasakan mudah dan sesuai dengan diri korang.
Dengan adanya 10 lubuk jualan ini, adalah agak mustahil untuk korang tidak dapat menjual tudung korang.
BAB 8 : PACKAGINGPerkara ini mungkin korang sudah tahu! Tetapi dalam bab pembungkusan ini, penulis kongsikan pihak supplier yang dapat membekalkan bahan-bahan untuk perkara berkaitan pembungkusan seperti plastik bungkus, plastik poslaju dan sebagainya.

BAB 9 : PENGHANTARANDalam bab ini, penulis kongsikan cara, bagaimana untuk mendapatkan kos penghantaran poslaju yang lebih murah dari kadar biasa. Penulis juga tunjukkan cara, bagaimana korang tidak perlu lagi bersusah payah ke pejabat pos untuk membuat penghantaran, malah, abang posmen yang akan datang ke rumah dan ambil barang yang korang mahu poskan!

BAB 10 : CASE STUDY - BAGAIMANA SAYA MENJANA UNTUNG RM15,000 MENJELANG RAMADHAN.Hah! Ini adalah bab yang paling HOT!Dalam bab ini, penulis tunjukkan step-by-step, bagaimana penulis menyusun strategi untuk mendapatkan jualan dan keuntungan yang besar apabila tiba musim perayaan.
Dari mula memilih produk killer, pengiraan modal dan kos, proses order, tawaran pakej istimewa hinggalah kepada pengambilan staff pembantu dan penghantaran produk.
Untuk case study ini, pemilihan masa dan tarikh adalah sangat penting! Korang perlu tahu, bila masa untuk bermula dan bila masa untuk selesaikan semuanya.

Nak mula berniaga tudung ni tak susah sebenarnya. Cuma kena ada ilmu dan cara yang betul. Nak bermula dengan baik, korang boleh cuba baca ebook Rahsia Bisnes Tudung ni dulu.

Fadzi percaya tips-tips yang diberikan dalam ebook ni bukan saja boleh apply untuk bisnes tudung tapi jugak untuk bisnes-bisnes yang lain. Korang boleh dapatkan ebook ini dekat sini - Rahsia Bisnes Tudung.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fadzirazak.com/2020/01/cara-lariskan-jualan-tudung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Aja Cara Pandai Pelaku Reseller Jago Jualan

Apa Aja Cara Pandai Pelaku Reseller Jago Jualan

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 305 hits
Topik kita kali ini yakni Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau mempunyai pendapatan tambahan maka r...
Bagaimana Sih Cara Jago Jualan Buat Para Entrepreneur

Bagaimana Sih Cara Jago Jualan Buat Para Entrepreneur

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 302 hits
Sekarang kami akan jelaskan seputar Reseller yaitu pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau mempunyai pendapatan tambahan...
Bagaimanakah Cara Cerdas Membikin Reseller Ahli Jualan

Bagaimanakah Cara Cerdas Membikin Reseller Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 253 hits
Pada kesempatan ini kami akan ulas mengenai Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau memiliki pendapata...
Semua Adalah Kekal Sama Jualan Aset Semakin Meningkat Nzd Dan Aud Tidak Dapat Mencari Cara Untuk Menghentikan Penurunan

Semua Adalah Kekal Sama Jualan Aset Semakin Meningkat Nzd Dan Aud Tidak Dapat Mencari Cara Untuk Menghentikan Penurunan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 362 hits
Pada hari Isnin bursa saham AS kerugian dari 1 5 kepada 2 disebabkan oleh ancaman penyebaran coronavirus di mana bilangan negara negara di mana pesakit secara rasmi direkodkan adalah semakin meningkat Sebaliknya gelombang jualan dijangka be...
Bagaimana Cara Menjadi Ahli Jualan Untuk Para Penjual

Bagaimana Cara Menjadi Ahli Jualan Untuk Para Penjual

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 250 hits
Sekarang kami akan bahas seputar Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau mempunyai penghasilan tambahan...
Beberapa Cara Pandai Buat Penjual Agar Ahli Jualan

Beberapa Cara Pandai Buat Penjual Agar Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 203 hits
Di postingan ini kami akan jelaskan mengenai Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau memiliki penghasila...
9 Manfaat Daun Sirsak Untuk Kecantikan Beserta Cara Mengolahnya

9 Manfaat Daun Sirsak Untuk Kecantikan Beserta Cara Mengolahnya

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 232 hits
Secara komersial memang hanya diambil daging buahnya saja Namun tahukah Anda bahwa ada manfaat daun sirsak untuk kecantikan Daripada terbuang sia sia lebih baik kita gunakan untuk hal yang lebih positif
Makan Satu Butir Telur Seminggu Bisa Jadi Cara Lezat Untuk Cegah Resistensi Insulin

Makan Satu Butir Telur Seminggu Bisa Jadi Cara Lezat Untuk Cegah Resistensi Insulin

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 289 hits
Makan minimal satu butir telur seminggu dapat terhindar dari risiko resistensi insulin Temuan itu berdasarkan penelitian berjudul Pengembangan Skor Risiko Resistensi Insulin Menggunakan Indikator Diet dan Non Diet Sebuah Pendekatan Prevensi...
Dokter Kulit Ini 6 Alasan Kulit Bermasalah Saat Traveling Dan Cara Mencegahnya

Dokter Kulit Ini 6 Alasan Kulit Bermasalah Saat Traveling Dan Cara Mencegahnya

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 250 hits
6 Alasan kulit lebih rentan bermasalah saat traveling dan cara tepat untuk mencegahnya
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord