Cara Kira Overtime Ot
CARA KIRA OVERTIME OT ( Gaji Lebih Masa )
Pengiraan OT (Over Time) atau kerja lebih masa amat penting bagi setiap pekerja. Pendedahan berkenaan cara kira OT dapat membantu para pekerja mengetahaui anggaran pendapatan tambahan yang bakal mereka perolehi.
Setiap syarikat atau majikan mempunyai HR atau unit kewangan yang menguruskan berkenaan gaji. Namun pengetahuan berkenaan bayaran OT ini dapat memastikan para pekerja tidak mudah tertipu atau diperdayakan oleh pihak syarikat yang tidak jujur.
Apa itu OT
Peruntukkan mengenai kerja lebih masa atau overtime ini ada disebut dalam Akta Kerja 1955 , Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Dalam kata lain, faedah OT ini hanya WAJIB diberikan kepada mereka yang dilindungi oleh Akta dan Ordinan-Ordinan tersebut.
Mereka yang tidak dilindungi pula, perlu merujuk kepada kontrak kerja dan lihat jika majikan anda bermurah hati membayar pada kadar yang lebih tinggi untuk kerja lebih masa ini.
Berapa Jumlah Jam Bekerja Yang Dibenarkan Sehari?
Tidak melebihi lapan jam sehari
Tidak lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat tidak kurang daripada tiga puluh minit
Tidak melebihi tempoh sepuluh jam satu hari
Tidak melebihi empat puluh lapan jam dalam satu minggu
Tidak boleh melebihi 12 jam sehari bagi pekerja yang bekerja syif
CARA KIRA OVERTIME OT ( Asas Kiraan OT )
Untuk membuat kiraan kita perlukan asasnya:
– Gaji
– Kadar Gaji Sehari (Ordinary Rate Of Pay)
– Kadar Gaji Sejam (Hourly Rate Of Pay)
Contoh Asas Kiraan OT
Gaji Ahmad sebulan adalah RM1,100.
Pada hari Isnin yang lalu, dia diarahkan berkerja selama 2 jam tambahan selepas tamat masa kerja biasanya.
Gaji sebulan Ahmad: RM1,100.
Gaji sehari (ORP) Ahamd: RM1,100 / 26 = RM42.31
Gaji sehari (HRP) Ahmad: RM42.31/8 (jika masa kerja sebenar sehari ialah 8 jam) = RM5.29
Maka bayaran tambahan OT yang diterimanya adalah RM5.29 x 2 (jam) x 1.5 (kadar OT hari biasa) = RM15.87
CARA KIRA OVERTIME OT ( Gaji Lebih Masa )
Untuk mengira jumlah OT yang perlu di bayar kepada pekerja, kita perlu faham dan ingat ORP dan HRP.
Formula-formula yang digunakan berkisar dengan mereka.
Ambil perhatian bahawa pada hari biasa, cuma kerja selepas tempoh masa biasa berkerja (biasanya 8 jam), baru lah di kira sebagai kerja lebih masa (OT). Untuk hari cuti umum dan hari rehat, apabila sahaja kerja di buat ia dikira OT kerana sepatutnya hari tersebut pekerja tidak perlu berkerja.
Pekerja Bergaji Hari
Untuk pekerja bergaji HARI, kiraan OTnya sama dengan di atas kecuali pada HARI REHAT, yang mana mereka di bayar pada kadar:
Jika OT selama 4 jam atau kurang – 1 HARI GAJI (1 x ORP)
4 Hingga 8 jam – 2 HARI GAJI (2 x ORP)
Lebih 8 jam – Setiap jam di bayar pada kadar 2 x HRP
Kiraan Kerja Lebih Masa (Rate Of Payment For Overtime Work)
Pekerja
OT Pada Hari Biasa
OT Pada Hari Rehat/Cuti
OT Pada Cuti Umum
Gaji Bulanan
1½ x HRP (Kadar Gaji Sejam Yang Biasa)
Jika OT selama 4 jam atau kurang:½ hari gaji pada ORP (Gaji Biasa Sehari)
Jika melebihi 4 jam:1 hari gaji pada ORP Melebihi 8 jam:2x HRP
8 Jam atau Kurang:2x Gaji pada ORP
Melebihi 8 jam:3x ORP
Gaji Harian
1½ x HRP
4 jam atau kurang:1 hari gaji pada ORP
Melebihi 4 jam:2x Gaji pada ORP
Melebihi 8 jam:Tidak kurang dari 2x HRP
8 jam atau kurang:2x gaji pada ORP
Melebihi 8 jam:3x HRP
Gaji Mengikut Kadaran / Piece Rate
1½ Gaji pada ORP
2x kadar gaji kadaran (ordinary rate per piece)
8 jam atau kurang:2x kadar gaji kadaran (ordinary rate per piece)
Melebihi 8 jam:3x kadar gaji kadaran (ordinary rate per piece)
Anggapan: Masa kerja sehari = 8 jam
ARTIKEL LAIN
CARA MEMBUAT POTONGAN GAJI PEKERJA(Muat Turun Borang PK)
CARA NAK BUANG/PECAT PEKERJA(MUAT TURUN BORANG PK)
The post CARA KIRA OVERTIME OT( Gaji Lebih Masa ) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-kira-overtime-ot.html