Cara Kemaskini Maklumat Wakil Penerima Bkc


CARA KEMASKINI MAKLUMAT WAKIL PENERIMA BKC(Daftar  Jika Ada Masalah Penunaian)

Jika penerima BKC mempunyai masalah untuk hadir ke BSN untuk membuat penunaian BKC,anda perlu membuat pendaftaran atau kemaskini wakil penerima BKC di portal/web BKC.
Bagaimanakah cara kemaskini maklumat wakil penerima BKC?Sila rujuk panduan dibawah:
 
Apakah tujuan maklumat wakil didaftarkan oleh Penerima BKC?
Tujuan maklumat wakil didaftarkan adalah sebagai wakil kepada penerima sekiranya penerima mempunyai masalah untuk membuat penunaian BKC.
 
Siapakah wakil yang layak didaftarkan sebagai wakil penunaian BKC?
Wakil yang layak didaftarkan sebagai wakil penunaian BKC adalah seperti berikut:
Pasangan Ibu Bapa Anak Anak Kandung Anak Tiri Anak Angkat Adik-Beradik Cucu  
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan maklumat wakil yang didaftarkan bagi penunaian BKC?
Semakan maklumat wakil yang didaftarkan boleh dibuat di Portal Rasmi BKC pada menu Log masuk atau Semakan Status > Papar Borang.
 
Berapakah had umur untuk melayakkan seseorang menjadi wakil penerima BKC?
Tiada had umur kelayakan untuk menjadi wakil kepada Penerima BKC. Walau bagaimanapun, bagi wakil yang berusia 17 tahun ke bawah, dokumen seperti jawapan bagi soalan 6 perlu dibawa dan cap jari / tandatangan individu yang hadir bersama wakil perlu diperolehi semasa penunaian di kaunter BSN. Individu yang hadir bersama wakil hendaklah mempunyai pertalian dengan wakil di bawah umur berkenaan. Bukti pertalian dengan wakil juga perlu dikemukakan kepada pihak bank.
 
Saya Bukan Warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia, adakah saya layak didaftarkan sebagai wakil?
Ya, jika anda bukan Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil sekiranya hubungan anda dan Penerima BKC adalah terdiri daripada ibu / bapa / pasangan / anak / adik-beradik / cucu yang menetap di Malaysia.
 
Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh wakil semasa penunaian BKC di BSN?
Dokumen yang perlu dibawa oleh wakil yang didaftarkan adalah:
Kad pengenalan lama atau baru (asal atau salinan) Penerima BKC; dan Kad Pengenalan / Pasport asal wakil; dan Dokumen pembuktian pertalian antara Penerima BKC dan wakil (asal atau salinan); Bil. Hubungan Wakil Dokumen Pengesahan Pertalian 1 Ibu / Bapa Sijil Kelahiran Penerima BKC 2 Pasangan a)    Sijil Perkahwinan; ATAU b)    Sijil Lahir Anak
3 Anak Sijil Kelahiran Wakil (Anak) 4 Anak Angkat a)    Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN; ATAU b)    Pengesahan Agensi Kerajaan jika Penerima BKC tiada Sijil Anak Angkat) iaitu:
·         Mahkamah; atau
·         Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
5 Anak Tiri a)    Sijil Lahir Wakil (Anak Tiri); DAN b)    Sijil Perkahwinan Ibu / Bapa Tiri
6 Adik Beradik a)    Sijil Kelahiran Penerima BKC; DAN b)    Sijil Kelahiran Wakil
7 Cucu a)    Sijil Kelahiran Wakil (Cucu); DAN b)    Sijil Kelahiran Ibu / Bapa kepada Wakil
 
 
Dokumen tambahan mengikut situasi Penerima BKC yang tidak hadir untuk penunaian: Surat Pengesahan Penjara / Pusat Serenti (asal atau salinan) jika Penerima BKC berada di penjara atau Pusat Serenti Tempoh masa Surat Pengesahan: Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara; atau Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan berkenaan mesti bertarikh tahun semasa. Surat Pengesahan Majikan yang mempunyai tarikh mula dan tamat bertugas yang menunjukkan bukti Penerima BKC berada diluar negara; atau Surat pengesahan hospital jika Penerima BKC sedang menerima rawatan di hospital; atau Surat pengesahan yang menunjukkan Penerima BKC uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau Kad OKU  
Bolehkah saya menjadi wakil untuk membuat penunaian BKC bagi Penerima BKC yang berada di luar negara dan tidak dapat pulang kerana keadaan semasa seperti sekatan perjalanan Covid-19 dan kesulitan lain semasa tempoh pembayaran?
Wakil yang didaftarkan boleh membuat penunaian BKC dengan mengemukakan:
Kad pengenalan lama atau baru (salinan) Penerima BKC; dan Kad Pengenalan / Pasport asal wakil; dan Dokumen pembuktian pertalian antara Penerima BKC dan wakil Dokumen tambahan yang menunjukkan Penerima BKC berada di luar negara  
Bolehkah saya membuat penunaian BKC bagi Penerima BKC yang menghilangkan diri dan tidak boleh dikesan?
Wakil yang didaftarkan boleh membuat penunaian dengan mengemukakan:
Dokumen yang membuktikan Penerima BKC hilang seperti Laporan Polis, Akuan Sumpah atau sebarang dokumen yang boleh membuktikan mengenai status Penerima BKC yang hilang; dan Dokumen pembuktian pertalian antara Penerima BKC dan wakil  
Bolehkah saya menjadi wakil untuk membuat penunaian BKC bagi Penerima BKC yang bekerja / belajar / menetap / dipenjarakan / meninggal dunia di luar negara semasa tempoh pembayaran?
Tidak. Bagi individu yang bekerja / belajar / menetap / dipenjarakan / meninggal dunia di luar negara tidak layak untuk menerima BKC.
 
Bagaimanakah cara untuk kemas kini maklumat wakil BKC?
Pengemaskinian maklumat wakil boleh dibuat di Cawangan LHDNM secara janji temu. (Sila rujuk Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my untuk e-Janji Temu).
 
Saya telah didaftarkan sebagai wakil bagi penunaian BKC ayah saya. Semasa permohonan, saya telah didaftarkan sebagai Cucu. Adakah saya boleh membuat Penunaian BKC di BSN kerana hubungan yang didaftarkan tidak tepat?
Sekiranya terdapat perbezaan hubungan di antara pemohon dan wakil yang didaftarkan, penunaian boleh dilakukan di BSN dengan syarat dokumen sokongan yang perlu dibawa dan hubungan wakil adalah seperti yang telah ditetapkan (rujuk jawapan bagi soalan 6).
 
Saya adalah Penerima BKC, tetapi wakil yang saya daftarkan telah meninggal dunia. Adakah saya boleh menukar maklumat wakil berkenaan?
Ya. Anda boleh menukarkan wakil yang baru dan tindakan kemas kini boleh dibuat di Cawangan LHDNM secara janji temu. (Sila rujuk Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my untuk e-Janji Temu).
 
Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya Penerima BKC telah meninggal dunia dan wakil asal yang didaftarkan tidak boleh membuat penunaian BKC bagi pihak Penerima BKC kerana mempunyai masalah kesihatan / hubungan / berada di luar negara?
Wakil asal yang masih hidup perlu memberi keizinan pertukaran kepada wakil baru. Wakil baru boleh membuat pengemaskinian maklumat wakil di Cawangan LHDNM. Hubungan wakil baru yang dibenarkan adalah terhad kepada pasangan / ibu / bapa / anak / adik-beradik / cucu kepada Penerima BKC (rujuk jawapan bagi soalan 2).
 
Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya Penerima BKC telah meninggal dunia dan tiada maklumat wakil yang didaftarkan. Adakah tindakan kemas kini wakil boleh dilakukan?
Proses kemas kini wakil boleh dibuat di cawangan LHDNM. Hubungan wakil baru yang dibenarkan adalah terhad kepada pasangan / ibu / bapa / anak / adik-beradik / cucu kepada Penerima BKC
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan maklumat lanjut & pertayaan tentang cara kemaskini BKC,sila layari https://bkc.hasil.gov.my.
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR AKAUN BKC ONLINE
TARIKH PEMBAYARAN BKC FASA 1 BUJANG ISI RUMAH(Miskin Tegar B40 M40)
BKC BILA MASUK? (Ini Tarikh Dapat Duit, Pembayaran Bermula 6 Hingga 10 September 2021)
BKC 2021:PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN KHAS COVID-19(Bayaran 6 September)
DUIT BKC:CHECK TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 BERMULA 6 SEPTEMBER
 
The post CARA KEMASKINI MAKLUMAT WAKIL PENERIMA BKC(Daftar Jika Ada Masalah Penunaian) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/kemaskini-bkc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alhamdullilah Lepas Bkc Dapat Duit Bpr Fasa 3 Pula Ini Bakl Bayaran Dan Cara Semak

Alhamdullilah Lepas Bkc Dapat Duit Bpr Fasa 3 Pula Ini Bakl Bayaran Dan Cara Semak

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 411 hits
B antuan Prihatin Rakyat telah diperkenalkan bagi menggantikan B antuan Sara Hidup sejak tahun 2021
Cara Daftar Akaun Bkc 2021 Online

Cara Daftar Akaun Bkc 2021 Online

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 680 hits
CARA DAFTAR AKAUN BKC 2021 ONLINE Bagi mana mana individu yang masih lagi belum pernah buat permohonan BKC anda kini boleh membuat pendaftaran akaun BKC Berikut adalah panduan dan cara daftar akaun BKC 2021 CARA DAFTAR AKAUN BKC 2021 ONLINE...
Bkc Cara Tebus Nombor Baucar Di Bank

Bkc Cara Tebus Nombor Baucar Di Bank

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 289 hits
Untuk pengetahuan anda nombor baucar ini untuk mereka yang menghadapi masalah ketika proses pengkreditan BKC Terdapat penerima yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran dan pengkreditan BKC serta terdapat penerima yang gagal untuk me...
Ini Cara Singapura Hadapi Wakil Rakyat Lompat Parti Malaysia Patut Tiru

Ini Cara Singapura Hadapi Wakil Rakyat Lompat Parti Malaysia Patut Tiru

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 373 hits
Ini cara Singapura hadapi wakil rakyat lompat parti Malaysia patut tiru Kerajaan dicadang mencontohi Singapura yang mempunyai peruntukan dalam Perlembagaan republik itu yang membolehkan kerusi menjadi kosong setelah wakil rakyat melompat pa...
Cara Melindungi Keluarga Yang Tidak Bisa Mendapat Vaksinasi Dari Virus

Cara Melindungi Keluarga Yang Tidak Bisa Mendapat Vaksinasi Dari Virus

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 177 hits
Hal yang perlu dilakukan jika ada keluarga yang tidak bisa mendapatkan vaksin
Respi Kuih Cara

Respi Kuih Cara

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 177 hits
Kuih CaraDitulis oleh Che NomResepi kuih cara antara kuih tradisional melayu yang paling digemari terutama di bulan ramadan Jika menggunakan daun pandan asli aromanya sangat harum dan menyelerakan Bahan bahan 45 minutes2 cawan tepung gandum...
Cara Daftar Guna Jomsettle

Cara Daftar Guna Jomsettle

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 311 hits
CARA DAFTAR GUNA JOMSETTLE Pada masa kini penggunaan pembayaran secara online amat menggalakan Anda boleh membayar sesiapa sahaja secara atas talian dengan kad kredit anda dan memperluaskan senarai rangkaian yang boleh dibayar menggunakan k...
8 Cara Membuat Pigura Dari Bahan Bekas Foto Kenangan Nggak Berceceran

8 Cara Membuat Pigura Dari Bahan Bekas Foto Kenangan Nggak Berceceran

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 258 hits
Ganti pigura fotomu yang jadul itu dengan kreasi anti mainstream buatanmu sendiri
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone