Cara Ke Genting Highlands Dari Kl Sentral Panduan Lengkap
Cara ke Genting Highlands Dari KL Sentral – Panduan Lengkap
Genting Highlands adalah salah satu destinasi pelancongan yang cukup popular di Malaysia tidak kiralah dalam kalangan pelancong luar mahupun tempatan.
Di sini, terdapat banyak aktiviti menarik dan tarikan yang anda boleh nikmati untuk bersantai, berseronok dan melarikan diri daripada kesibukan harian. Sekali-sekala kenalah pergi bercuti untuk ‘refresh’kan diri, kan?
Selain menaiki kenderaan sendiri, anda boleh ke Genting Highlands ini dengan menaiki pengangkutan awam. Dari Kuala Lumpur, KL Sentral adalah titik permulaan terbaik untuk perjalanan menaiki pengangkutan awam ke Genting Highlands.
Berikut dikongsikan panduan lengkap cara ke Genting Highlands dari KL Sentral untuk rujukan anda semua.
BACA JUGA: Genting SkyWorlds: Tarikan Utama & Cara Beli Tiket Masuk
Cara ke Genting Highlands Dari KL Sentral
Sumber: KL Property
Terdapat tiga cara untuk pergi ke Genting Highlands Dari KL Sentral, iaitu:
1. Menaiki Bas Ekspres + Kereta Kabel
Cara yang paling popular dan mesra poket untuk ke Genting Highlands dari KL Sentral adalah dengan menaiki bas ekspres. Terdapat beberapa pilihan bas ekspres yang anda boleh naiki dari KL Sentral iaitu:
Aerobus: Aerobus menawarkan perkhidmatan bas yang kerap dengan sehingga 28 perjalanan sehari. Bas pertama berlepas pada jam 7:45 pagi dan bas terakhir pada jam 7:30 malam. Harga tiket Aerobus adalah sekitar RM10 untuk satu hala.
Go Genting: Go Genting menawarkan pakej Bas + Skyway yang membolehkan anda menaiki bas ekspres ke Terminal Bas Awana dan kemudian meneruskan perjalanan dengan kereta kabel Awana Skyway ke Stesen SkyAvenue. Harga tiket untuk pakej ini biasanya lebih murah berbanding membeli tiket bas dan kereta kabel secara berasingan.
Resort World Tours Express (RWT EXPRESS): Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari KL Sentral ke Genting Highlands dengan jadual yang fleksibel.
Sumber: Bus from KL Sentral to Genting
Perjalanan bas dari KL Sentral ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira 1 jam 22 minit hingga 1 jam 57 minit, bergantung pada keadaan trafik. Jarak perjalanan adalah sekitar 53.4 kilometer.
Anda boleh membeli tiket di kaunter bas di KL Sentral atau menempahnya secara dalam talian melalui laman web atau aplikasi seperti redBus untuk mengelakkan beratur panjang, terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum.
Sumber: Genting Cable Car Tickets
Setelah tiba di Terminal Bas Awana, anda boleh meneruskan perjalanan ke puncak Genting Highlands dengan menaiki Awana Skyway, kereta kabel yang menawarkan pemandangan menakjubkan sepanjang perjalanan.
Tips: Tempah tiket kereta kabel anda di Klook untuk menikmati diskaun dan penjimatan dari segi masa.
Klook.com
2. Menaiki Kereta Api + Bas
Pilihan kedua untuk ke Genting Highlands dari KL Sentral adalah dengan menggabungkan perjalanan kereta api dan bas ekspres. Ini adalah alternatif lain jika anda ingin mencuba laluan berbeza atau sekiranya bas ekspres ke Genting sudah penuh.
Mula-mula, anda boleh menaiki LRT Kelana Jaya dari KL Sentral ke stesen Gombak. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 36 minit dan tren beroperasi setiap 3 hingga 8 minit bergantung pada waktu perjalanan.
Setelah tiba di Gombak, anda boleh menaiki bas ekspres (Aerobus) ke Terminal Bas Awana Genting.
Setibanya di Terminal Bas Awana, anda boleh meneruskan perjalanan ke puncak Genting Highlands menggunakan kereta kabel Awana Skyway. Perjalanan kereta kabel ini mengambil masa 10-15 minit.
3. Teksi atau e-hailing
Untuk mereka yang mencari keselesaan maksimum dan tidak kisah untuk berbelanja lebih, menaiki teksi atau menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab adalah pilihan yang baik.
Perjalanan dari KL Sentral ke Genting Highlands dengan teksi mengambil masaira-kira 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada keadaan trafik.
Sumber: Malaysiakini
Walaupun ini merupakan pilihan yang paling mahal, dengan anggaran kos lebih RM100 sehingga RM150 atau lebih, ia menawarkan keselesaan dan fleksibiliti yang tinggi.
Anda boleh berhenti di mana-mana sepanjang perjalanan untuk menikmati pemandangan atau membeli-belah, dan tidak perlu risau tentang jadual bas atau kereta api.
BACA JUGA: Skytropolis Indoor Theme Park – Tarikan Utama & Harga Tiket Masuk
Apa Yang Menarik di Genting Highlands?
Genting Highlands menawarkan pelbagai tarikan menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Berikut adalah beberapa aktiviti dan tempat menarik yang boleh anda nikmati di sana:
1. Genting SkyWorlds: Taman tema ini merupakan salah satu tarikan utama di Genting Highlands, menawarkan 26 jenis permainan dan aktiviti yang bertemakan filem terkenal seperti “Ice Age”.
Taman ini dibahagikan kepada sembilan dunia bertema yang menjanjikan keseronokan untuk semua pengunjung, dengan pelbagai pilihan makanan dan hiburan sepanjang hari.
2. Kuil Chin Swee Caves: Terletak di kawasan berbatu dan dikelilingi oleh hutan, kuil ini mempunyai pagoda sembilan tingkat yang menakjubkan.
Pengunjung boleh mendaki ke puncak pagoda untuk menikmati pemandangan yang indah. Kuil ini juga menjadi tempat yang sesuai untuk merenung dan menikmati suasana tenang sambil menghargai seni bina tradisional Cina.
3. SkyAvenue: Pusat membeli-belah ini terletak di tingkat atas Genting Highlands dan menawarkan pelbagai kedai, restoran, dan hiburan. Anda boleh menjelajahi gerai-gerai menarik serta menyaksikan pertunjukan seperti SkySymphony, sebuah pameran LED yang mengagumkan.
4. Skytropolis Indoor Theme Park: Taman tema dalaman ini sangat sesuai untuk seisi keluarga, terutama pada hari-hari hujan. Taman tema ini menawarkan pelbagai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga dewasa.
5. Genting Highlands Premium Outlets: Untuk pencinta membeli-belah, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai jenama terkenal dengan diskaun menarik. Ia adalah lokasi ideal untuk mendapatkan barangan berkualiti pada harga berpatutan.
6. Mini Cameron Highlands: Tempat ini menawarkan pengalaman unik dengan pelbagai tarikan seperti taman bunga dan pemandangan indah, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk bergambar dan bersantai.
Dan, macam-macam lagi!
BACA JUGA:
10+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti yang Sesuai Dilakukan
Cameron Highland: Tarikan Utama & Cadangan Tempat Penginapan Popular
Penutup
Genting Highlands adalah destinasi pelancongan yang menawarkan gabungan tarikan semula jadi, hiburan dan pengalaman membeli-belah yang menarik. Jangan risau jika anda tidak mempunyai kenderaan sendiri, anda boleh menaiki pengangkutan awam seperti yang dikongsikan di atas.
Apapun, pastikan anda memilih cara pengangkutan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda, dan jangan lupa untuk menempah tiket lebih awal bagi memudahkan perjalanan anda.
Semoga panduan ini bermanfaat untuk membantu merancang percutian anda ke Genting Highlands dari KL Sentral.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/genting-highlands-dari-kl-sentral/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=genting-highlands-dari-kl-sentral