Cara Jimat Beli Tiket Flight Airasia Kumpul Airasia Big Points
Hi! Bertemu kembali dalam segmen CJBTFAA (Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia) untuk siri kedua hahahaha. Kk. Sebenarnya untuk yang selalu sangat naik flight, especially AirAsia, ada banyak cara nak jimat kos tiket. Sebelum ni aku ada share pasal bigpay card en, kali ni pasal bigpoints pulak. Bigpoints ni functionnya korang boleh redeem flight, hotel airasia, etc. Makin banyak point, makin banyaklah benda boleh redeem. Make sure kena jadi ahli Air Asia Big Loyalty lah baru boleh kumpul big points
Rasanya ramai dah tahu bigpoints tu apa tapi kebanyakannya tak tahu macam mana cara nak dapat lebih banyak points dalam masa yang SINGKAT. Selama ni asyik harapkan point yang dapat tiap kali beli tiket airasia je. Setahun berapa kali je naik flight pun? Bila akhir tahun check akaun big loyalty rupanya baru dapat collect 32 points je hshshshshshs.
Kat atas ni standard point yang korang kena ada if nak redeem ticket flight. 4,500 points tu kira paling sikitlah korang wajib ada. Kadang-kadang airasia baik hati dia buatlah promo 500 points je dah boleh redeem tiket pergi langkawi. But if points yang korang ada tu terkurang sikit ke boleh BELI bigpoints. Kalau convert bigpoints ke add-on wang ringgit tu lebih kurang je sebenarnya. Haritu aku pernah tak cukup 9 points, aku kena bayar 9 sen jeee so kiranya harga tiket aku tu tak sampai 10 sen pun ahahahaha.
Yang ni contoh lah masa tu aku tak cukup 1700+ points untuk redeem so balance tu aku kena bayar. Tambah RM18+ just untuk topup balance bigpoints kita yang tak cukup. Kira jimatlah jugak kalau dah harga asal tiket pun nak dekat RM100+. Dah tu kalau setahun dapat 32 points je nak kena tunggu berapa tahun baru boleh redeem flight ticket? Tak apa, actually ada alternatif lain untuk kumpul bigpoints selain beli tiket flight.
Kalau based on bigpoints yang kita dapat bila spend on flight tickets, setiap RM2 yang kita spend akan dapat 1 point. If beli tiket yang premium flex atau business class boleh dapat 1 point for every RM1. Tapi semput jugaklah kalau nak harapkan spending on flight ticket je. So bawah ni aku dah listkan another methods yang biasa orang guna untuk mempercepatkan pertumbuhan bilangan angka bigpoints :
1. Bigpay Card
Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (Part 1)
Big pay card ni macam prepaid card. Lebih kurang macam debit card lah. Boleh guna kat mana-mana merchants yang terima mastercard. Nak shopping kat mall ke, makan kat mcd ke, nak isi minyak ke, shopping online ke semua boleh. Every transaction melalui bigpay card ni korang akan dapat bigpoints. Bigpoints tu akan automatik masuk akaun korang based on tracking system yang ada pada bigpay card. Even kalau korang baru topup duit dalam kad je pun boleh dapat points.
Every RM50 topup : 1 pointEvery RM20 spend : 1 point
Yang kaki shopping tu rugi lah kalau tak ada bigpay card. Rugi rugi.
2. Convert dari Bank Points
Banyak je bank sekarang selalu bagi reward points dekat user diorang. So points yang korang kumpul melalui akaun bank korang tu boleh convert jadi airasia big points, kira conversion partners lah.
3. Book Hotel & Trip
Biasa kalau pergi travel mana-mana kalau book hotel online biasa guna agoda ke, trip.com ke, booking.com or hotels.com, semua boleh redeem big points for every RM yang korang spend. Time payment gateway tu biasa korang kena insert big member ID so diorang akan automatik masukkan bigpoints ke akaun korang.
4. Online Shopping
Sama konsep macam bila korang book hotel or trip travel online tadi, ada cara tertentu untuk redeem big points bila shopping online. Ini termasuk bila korang shopping kat Zalora, Lazada, Sephora, Hermo, Fave, Photobook, 11Street, dan sebagainya.
5. Jawab Survey
Yang ni paling senang lah sebab tak payah keluar kos apa-apa. Tengah rilek-rilek tunggu makanan sampai kat kedai makan, jawab survey je dah boleh points. Bagi aku ni cara paling senang lah nak dapat big points segedebukk banyak sekali gus sebab tak payah keluar duit pun nak shopping apa-apa, kena ada internet/wifi untuk jawab survey je. Setiap survey yang kita jawab akan dapat points YouGov ikut panjang mana survey yang kita jawab tu. Contohnya :
So bila dah kumpul point yougov banyak-banyak, boleh lah redeem points airasia. Banyak weh 2500 points tu tsk tsk.
Point yougov ni actually boleh redeem macam-macam. Tapi macam-macam dia tu ada 4 jenis tuh je lah. Memang aku rembat yang bigpoints je. Yang lain bagi aku tak berbaloi. Sebab kadang-kadang airasia selalu jugak buat promo 500 points je dah boleh redeem. So memang airasia jelah yang berbaloi bagi aku.
YouGov memang akan sentiasa send email kat korang setiap kali ada survey baru and kalau boleh jangan tangguh sampai dua hari baru nak jawab survey tu sebab nanti dia close link. Survey pun soalan biasa-biasa je. Makin rajin korang jawab survey, makin banyak survey yang diorang akan send kat korang. Makin banyak survey, makin banyak points yeay! Make sense. Okeh dah boleh register yougov through link kat bawah. Daripada korang buang masa tenung dinding baik jawab survey, kan?
https://my.yougov.com/en-my/refer/KcRuNZsJMJxIT7jjA6GB5g/
6. Apply Credit Cards
Ramai orang suka guna cara ni bila ada kad kredit promotions yang bagi bigpoints FREE bila diorang sign-up kad kredit. Contohnya Standard Chartered Worldmiles bagi 25,000 bigpoints FREE kepada sesiapa sahaja yang sudi memiliki kad kredit mereka buat kali pertama. Tak perlu belanja apa-apa. 25,000 bigpoints tu boleh redeem flight tix pergi-balik Bandung atau Bali tauu. Apply credit card je dah boleh pergi honeymoon T_T
Okay setakat ni tu jelah 6 top tips or tricks yang biasa orang guna pakai untuk collect bigpoints selain spend on flight tickets je.
Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (Part 1)Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - Kumpul AirAsia BIG Points (Part 2)Q&A : BigPay Card - Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://messarah.blogspot.com/2018/12/cara-jimat-beli-tiket-flight-airasia.html