Cara Jadi Youtuber Berjaya Di Malaysia
Zaman sekarang ini , medium online seperti youtube bukan sahaja berfungsi sebagai platform hiburan semata-mata tapi telah menjadi sumber pendapatan yang lumayan . Terdapat ramai jutawan telah lahir di seluruh dunia dengan hanya menggunakan youtube sebagai kerjaya sepenuh masa. Ramai diantara kita pasti mengenali youtuber dengan pelanggan paling ramai di dunia iaitu Pewdiepie dengan pendapatan bulanan 1 juta usd. T-series yang merupakan chanel muzik tamil juga merupakan salah satu daripada chanel youtube yang meraih pendapatan tertinggi di dunia.
Cara penghasilan duit melalui youtube adalah bergantung kepada pengiklanan melalui Google Adsense. Terdapat beberapa jenis iklan yang ada di youtube seperti display ads , non-skippable video ads, skippable video ads bumper ads dan midroll ads. Kesemua jenis iklan ini memberikan keuntungan dalam cara berbeza kepada pembuat konten. Iklan jenis display ads adalah iklan bergambar yang terletak di atas bahagagian recomendation dan pembuat konten akan mendapat bayaran selepas iklan tersebut di klik . Iklan jenis non skippable video dan iklan jenis ini tidak dapat di skip oleh penonton . Penonton berkemungkinan akan meninggalkan video jika mereka merasa kurang senang dengan iklan yang ditampilkan dan pendapatan pemilik video akan dijana apabila penonton menonton iklan tersebut . Seterusnya, skippable video ads pula adalah iklan yang boleh di skip dan pembuat konten hanya mendapat bayaran setelah iklan ditonton hingga habis. Bumper ads pula merupakan iklan yang agak sama dengan non skippable ads namun berdurasi 6 saat dan harus ditonton hingga habis oleh penonton untuk menjana kewangan. Akhir sekali adalah iklan jenis midroll , iklan jenis ini akan muncul di pertengahan video dan cara mendapat keuntungan dari iklan jenis ini bergantung kepada dua cara iaitu dengan penonton menonton penuh iklan tersebut ataupun penonton tidak menekan butang skip pada iklan
Sekarang kita telah mengetahui semua jenis iklan yang ada di youtube, berbalik kepada topik utama , bagaimanakah cara untuk menjadi seorang youtuber yang berjaya ? berikut merupakan tips yang telah kami sediakan tentang bagaimana untuk menjadi seorang youtuber yang berjaya
1) Komitmen
Seorang youtuber memerlukan komitmen yang tinggi terhadap channel kepunyaan mereka dengan menghasilkan video bermutu tinggi secara konsisten. Hal ini penting bagi memastikan channel youtube kita kelihatan sentiasa up to date dan aktif . Satu atau dua video perlu dihasilkan dalam masa seminggu sebagai suapan kepada pelanggan channel kita. Jika diperhatikan , kebanyakkan youtber-youtuber berjaya menggunakan youtube sebagai kerjaya tetap dan sepenuh masa . Ini merupakan langkah untuk memastikan kita medapat masa yang mencukupi untuk update chanel youtube kita. Namun , jangan sesekali meninggalkan kerjaya tetap anda untuk youtube sekiranya channel anda belum mencapai lima puluh ribu subscriber ke atas
2) Subscriber
Penonton merupakan penanda aras keupayaan sesebuah channel youtube dan keuntungan yang dijana adalah seratus peratus bergantung kepada penonton dan pelanggan. Jadi, amatlah penting untuk kita mendapatkan seramai mungkin subscriber . Subscriber ibarat jantung kepada youtuber dan mereka memainkan peranan penting dalam penghasilan pendapatan seseorang youtuber. Untuk menngetahui cara mendapatkan subscriber youtube yang ramai dalam jangka waktu yang singkat boleh semak di sini
3)KontenKonten memainkan peranan yang sangat penting dalam peningkatan bilangan view youtube. Konten yang menarik mampu membuatkan penonton tertunggu-tunggu akan video dari channel anda. Di Malaysia , konten yang berkaitan dengan video-video lawak, ulasan ,drama pendek,cover lagu, prank, dan fakta menjadi pilihan penonton di negara ini. Jadi, setiap youtuber perlu menerbitkan konten yang begini dalam usaha memikat isi hati penonton
4)Niche and Thumbnail
Niche atau tajuk merupakan perkara pertama yang akan dilihat oleh penonton selain thumbnail. Kedua-duanya memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi penonton untuk klik pada video kita. Thumbnail yang dihasilkan perlu membuatkan penonton berasa curiga dan ingin tahu tentang konten video anda. Jadi fokuslah untuk membuat thumbnail dan niche yang menarik untuk memerangkap penonton dengan rasa ingin tahu
5) Jangan putus asaKesilapan yang sangat besar dilakukan oleh para youtuber adalah terlalu cepat untuk berputus asa setelah menghasilkan beberapa video dan tidak mendapat sambutan . Cuba untuk utamakan kualiti video berbanding kuantiti dengan niche,thumbnail,background audio yang mantap agar penonton tertarik untuk menonton video anda. Untuk membina sesebuah channel youtube yang hebat memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun, dan sekiranya anda berjaya mengekalkan konsisten dalam 3 tahun pertama, anda selangkah sahaja lagi untuk menjadi youtuber berjaya
So, apa yang nak disimpulkan di sini , usahalah dengan gigih untuk menjadi youtuber yang berjaya. Mereka yang malas dan terlalu cepat untuk berputus asa tidak akan berjaya walau dalam apa jua bidang yang diceburi. Ingatlah bahawa kejayaan bukan untuk mereka yang malas , tetapi untuk mereka yang bangun seawal 6 pagi, atau masuk tidur seawal 6 pagi . Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ini. Jangan lupa untuk follow bagi mendapatkan lebih informasi yang menarik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.flit-media.com/2019/09/cara-jadi-youtuber-berjaya-di-malaysia.html