Cara Hilangkan Siput Perosak Pada Tumbuhan Air Akuarium
"Buang Siput Dalam Aquarium"
Hobi membela ikan antara hobi yang cukup popular sebenarnya. Hobi ini jika kena dengan gaya dan cara boleh memberikan pulangan lumayan. Pengusaha ikan hiasan itu antara nama yang sesuai bagi yang berjaya menukar hobi membela ikan kepada jualan.
Cara Hapuskan Siput Perosak Pada Tumbuhan AirAntara ikan hiasan yang popular di kalangan pengusaha jualan ikan kecil dan sederhana (bukan memiliki kedai akuarium sendiri) adalah ikan laga (karin) dan ikan gapi (guppy, peacock).
Ikan Hiasan 'Simple'
Dua jenis ikan ini nampak sahaja tidak sehebat ikan koi renang-renang, ikan arowana, ikan kelah dan lain lain spesis yang mahal. Ikan laga dan ikan guppy ada kelebihannya.
Salah dua aspek dalam penjagaan dua spesis adalah kurangkan stres ikan dan tempat ikan berlindung.
Tumbuhan Air Dalam Akuarium
Keladi Bunting Dimakan SiputDua faktor ini berjaya direalisasikan oleh hidupan air seperti kiambang, keladi bunting, kiambang itik (duckweed) dan tumbuhan air hidup lain.
Pada asasnya bukan sukar untuk memasukkan tumbuhan air sebagaimana di atas, tanpa banyak penjagaan sebenarnya kerana baja (tahi dan hampas dari akuarium) sudah cukup serta air tidak perlu untuk disiram memandangkan sememangnya sudah di dalam air.
Musuh Tanaman Air Akuarium
Musuh utama tumbuhan air yang hidup ini semestilah pemakannya, jika ikan hiasan anda yang makan tidak mengapa tetapi perosak yang memakannya. Perosak dalam situasi dari pengalaman penulis adalah siput.
Pada awalnya kehadiran siput cukup disenangi penulis kerana kepelbagaian ekosistem dalam akuarium. Namun, lama-kelamaan ia seumpama sel barah di dalam tisu badan.
Kebanyakan tumbuhan air yang ada berjaya disantap oleh siput tanpa belas kasihan, dalam situasi penulis, tumbuhan air yang digelar keladi bunting untuk ikan guppy penulis.
Melalui beberapa petua, penulis berjaya menghapuskan siput-siput perosak hilang dari tumbuhan keladi bunting tanpa menggunakan cara manual dengan membuang satu persatu.
Cara-Cara Buang Siput Perosak Pada Keladi Bunting
1. Isikan Air
Isikan Air BersihDapatkan satu bekas seumpama besen, 'jelok', tupperware yang bersih dan disikan dengan air jernih supaya tiada kelihatan bekalan air dirumah anda bersih. Tidak kisah walaupun air paip. Tidak perlu panas atau suam, suhu bilik sudah memadai
2. Letakkan Garam
Larutkan GaramTidak kira garam kasar atau halus, janji garam ini menghadirkan rasa garam yang sememangnya masin. Masukkan ke dalam bekas yang sudah terisi air tadi.
3. Rendam Tumbuhan Air
Rendamkan Keladi BuntingSudah tersedia larutan natrium klorida atau lebih dikenali di dapur sebagai garam. Maka ada eloknya dapatkan pokok air yang ingin dibuang segala perosak siput yang terdapat pada pokok tersebut rendamkan di dalam larutan garam tadi.
4. Biarkan Seketika
Tunggu beberapa ketika, jika ada masa terluang tunggu lagi lama lagi afdal. Untuk perosak atau siput-siput ini merasai kesan air garam yang melanda diri mereka. Dalam proses ini larutan garam akan menjadikan siput-siput kurang sihat dan menemui ajal.
Siput Siput TerkorbanLihatlah hasilnya.
5. Bilas Tumbuhan Air
Bilas Dengan Air BersihIni penting kerana kemungkinan larutan garam masih melekat pada tumbuhan. Jika terus dimasukkan ke dalam akuarium yang dihuni oleh haiwan belaan mungkin memberikan kesan yang mendalam walaupun bukan pada sanubari mereka.
Siput Perosak Tumbuhan Air
Seeloknya mencegah lebih baik dari mengawal, jika siput sudah membiak agak sukar untuk dibendung, jika algae sahaja menjadi makanan mereka tidak mengapa akan tetapi tumbuhan air yang kita sayangi juga turut terkorban maka adalah baiknya siput-siput ini dibunuh.
Asal Usul Siput Perosak Akuarium
Kebiasaanya siput-siput datang dari tumbuhan itu sendiri, tumbuhan air yang liar yang diambil dari tempat asal. Jika bertemu dengan siput yang hanya memakan algae itu terbaik, namun, jika bertemu dengan yang merosakkan itu perlu diawasi.
Harap info dari pengalaman penulis mampu dijadikan petua untuk menghilangkan siput yang berleluasa tanpa rasa segan silu di dalam akuarium anda.
Anda fikir anda tahu Cara Hilangkan Siput Perosak Pada Tumbuhan Air Akuarium ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2019/10/cara-hilangkan-siput-perosak-pada.html