Cara Hilangkan Gastrik Di Bulan Puasa



Cara Hilangkan Gastrik | Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Pasti ramai di antara kita yang mengalami syimptom-syimtom sakit perut.Antaranya pedih hulu hati, kerap bersendawa, loya, muntah, kejang perut serta ‘heartburn'.
Cara Hilangkan GastrikDikongsikan cara untuk hilangkan gastrik, semoga tip ini dapat membantu mengelak sakit perut ketika berpuasa nanti. Sebelum tu, kita kena tahu juga tanda-tanda gastrik dan siapa yang lebih berisiko.

Kalau ikut sumber artikel yang sis peroleh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia,gastrik boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah)

Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah



Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)

* Rasa senak, berangin atau pedih

* Rasa tidak selesa

* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan

* Rasa mual (loya) dan muntah

* Hilang selera makan

* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar

* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Baca Juga:7 Cara Mudah Atasi Sembelit Ketika Berpuasa
Siapa Yang Berisiko?

Gastrik boleh menyerang sesiapa saja. Biasanya orang lelaki  lebih ramai mengalaminya berbanding wanita. Ini adalah kerana gaya hidup dan hidup dan faktor risiko seperti :



1. Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

2. Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)

3. Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ia adalah bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

4. Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

5. Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.



Cara Hilangkan Gastrik

Selain pengambilan ubat yang telah disyorkan doktor setelah melakukan pemeriksaan, kita perlu menjaga pemakanan serta mengubah gaya hidup untuk menghindari kesakitan gastrik itu berulang kembali.

Antaranya:

* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam).

Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap (bila bukan dalam bulan puasa

Baca Juga: Cara Atasi Masalah Kembung Perut


* Kurangkan makanan berempah, bercili dan masam.

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza pada setiap individu ya.

* Elakkan baring atau tidur selepas berbuku dan bersahur.

* Sentiasa bertenang dan kurangkan stress.

* Minur air masak secukupnya.

* Dapatkan tidur yang mencukupi.

Itulah beberapa tip atau cara hilangkan gastrik yang boleh kita amalkan di bulan puasa nanti.Sekiranya sakit perut yang di alami masih berterusan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.Untuk diri sis, memang kena ambil ubat Gaviscon untuk gastrik :)






















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2023/02/cara-hilangkan-gastrik-di-bulan-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Niat Puasa Sunat Bulan Rejab Niat Ganti Puasa Dan Hukum Menggabungkan Puasa Ganti Dan Puasa Sunat

Niat Puasa Sunat Bulan Rejab Niat Ganti Puasa Dan Hukum Menggabungkan Puasa Ganti Dan Puasa Sunat

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 349 hits
23 Januari 2023 bersamaan dengan 1 Rejab 1444H Bulan Rejab merupakan salah satu bulan haram Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan Selain itu ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al Jahiliyyah de...
5 Cara Hilangkan Senggugut Yang Mungkin Korang Boleh Cuba

5 Cara Hilangkan Senggugut Yang Mungkin Korang Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 253 hits
5 CARA HILANGKAN SENGGUGUT YANG MUNGKIN KORANG BOLEH CUBA Ada ke dikalangan korang yang mengalami sakit senggugut yang teruk Macam mana korang atasinya Setiap wanita pasti akan mengalami mimpi ngeri bila senggugut datang Ia boleh menganggu ...
Niat Puasa Sunat Bulan Rejab

Niat Puasa Sunat Bulan Rejab

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 361 hits
NIAT PUASA SUNAT BULAN REJAB Assalamualaikum Hari nii 25 Januari 2023 bersamaan 03 Rejab 1444H Kita telah pun melangkah ke bulan Rejab Tak berapa lama lagi nak bertemu Ramadan Moga Allah SWT mengurniakan kita kesihatan yang baik dan kesempa...
Niat Cara Solat Gerhana Bulan

Niat Cara Solat Gerhana Bulan

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 470 hits
Ini adalah panduan lengkap cara melakukan Solat Sunat Gerhana Bulan Dalam panduan ini anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai Apa yang menarik Panduan solat sunat ini dipermudahkan dengan transliterasi rumi untuk me...
Cara Hilangkan Sensitive Content Warning Di Halaman Blog

Cara Hilangkan Sensitive Content Warning Di Halaman Blog

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 191 hits
Cara Hilangkan Sensitive Content Warning Di Halaman BlogAssalamualaikum Hi korang Petang semalam selepas dua tiga hari KakYa tak buka blog masa klik halaman blog tetiba keluar peringatan yang berbunyi cam gini Sensitive content warning Terk...
Puasa Ayyaumil Bidh Bulan Rejab 1444h

Puasa Ayyaumil Bidh Bulan Rejab 1444h

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 207 hits
Puasa AYYAUMIL BIDH bulan REJAB 1444 H In syaa Allah jatuh pd hari Sabtu 4 Februari 2023 13 Rejab 1444 H Ahad 5 Februari 2023 14 Rejab 1444 H Isnin 6 Februari 2023 15 Rejab 1444 H Jika anda tidak dapat melaksanakannya maka jangan kehilangan...
Ajaibnya Selepas 3 Hari Bawah Runtuhan Bayi 2 Bulan Di Bawa Keluar Dalam Keadaan Masih Hidup

Ajaibnya Selepas 3 Hari Bawah Runtuhan Bayi 2 Bulan Di Bawa Keluar Dalam Keadaan Masih Hidup

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 146 hits
Gempa bumi di Turki telah menghancurkan banyak bangunan dan memakan banyak nyawa Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia gempa bumi yang berlaku di Turki dan Syria ini mungkin telah mengorbankan sehingga 20 000 nyawa Pakar menjelaskan gempa bumi...
Peluang Kerjaya Kerajaan Jabatan Laut Malaysia Bulan Ini 2023

Peluang Kerjaya Kerajaan Jabatan Laut Malaysia Bulan Ini 2023

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 208 hits
Peluang Kerjaya Kerajaan Jabatan Laut Malaysia Bulan Ini 2023 Makluman Kerajaan Jabatan Laut berita terkini tentang kerja kosong khas kepada rakyat Malaysia Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong atau laman ra...
Iklan Jawatan Pusat Belia Antarabangsa Bagi Bulan Februari 2023

Iklan Jawatan Pusat Belia Antarabangsa Bagi Bulan Februari 2023

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 353 hits
Iklan Jawatan Pusat Belia Antarabangsa Bagi Bulan Februari 2023 Iklan Jawatan Pusat Belia Antarabangsa Bagi Bulan Februari 2023 telah membuka pelbagai jawatan kosong kepada rakyat Malaysia Permohonan kini boleh dimohon di laman rasmi jawata...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff