Cara Fungsi Resepi Mud Ball Rawat Bersihkan Sungai Em
Macam mana Mud Ball boleh rawat, bersihkan sungai? - Effective Microorganism (EM)Ditulis oleh: Haziq MahmurKejuruteraan Biokimia, UIAM(twitter @Haziqmahmur9)
Ok. Mesti tertanya kan macam mana mud ball ni boleh treat sungai?
cara fungsi resepi mud ball rawat bersihkan sungai EMOk macam ni, first, berkaitan mudball ni aku tahu bila belajar subjek environmental engineering waktu di tahun 3 kejuruteraan biokimia di UIA oleh Dr Husna dan makmal pula Dr. Sakinah. kasi kredit dulu pada pemberi ilmu. hehe
Tapi yang kami belajar bukanlah pasal mudball ni.
Tapi apa yang ada dalam kandungan mudball ni.
Apa yang spesialnya mudball ni sebenarnya adalah kandungan mikrob baik dl tu. mikrob ni popular sebagai effective microbe (EM).
EM ni digunakan sangat meluas terutama dlm bidang pertanian, penternakan, dan penjagaan sungai atau kolam.
Macam mana nak buat EM?
Senang jo. korang boleh kultur (ternak) mikrob ni dari bahan dalam rumah ja pun. contohnya bahan tenusu, yis dan laktik asid.
Bahan nak buat EM ni sangat senang. kau hanya perlukan;
1. gula merah as makanan mikrob (nisbah 1)2. sisa dari dapur (3)3. air (10)
Lepas tu, kau campur je semua bahan ni dalam balang. tinggalkan sikit ruang, mikrob ni nak kentut juga sekali sekala. buka sehari sekali cukup dah. Peram sampai 3 bulan. pastu dah boleh guna cecair tu. tapi jangan guna direct, ada nisbah dia untuk tanah, air dan sebagainya.
cara fungsi resepi mud ball rawat bersihkan sungai EMLama kan 3 bulan? haa pertanian dan environmentalist ni untuk orang yang sabar ja. kalau harini kau kutip sampah, esok kau expect nak cantik memang tak lah. lagi lagi masyarakat kita ni masih dalam kategori 'mada ' (loghat minang).
Tapi kalau kau malas nak tunggu, beli ja lah. Shopee ada. hehe
So sekarang ilmu yang utama thread ni iaitu EM dah settle.
Sekarang baru aku terangkan macam mana nak buat mudball.
1. Kena ada EM2. Nak lebih baik ada EM bokashi dari nama founder jepun.3. Tanah
Caranya,
1. Campur EM + EM Bokashi.2. Kemudian gaulkan dengan tanah agak agak boleh terbentuk tu, cukup dah. Jangan cair sangat, ingat nak buat lempeng ke?3. Dan bentukkan lah ikut kreativiti anda.4. Letak dalam bekas. Elakkan dari matahari direct. Biar kering dengan udara biasa saja.
cara fungsi resepi mud ball rawat bersihkan sungai EM5. Lepas seminggu ke 2 minggu, akan ada selaput putih, itu fungus namanya. Bila ada selaput putih ni, korang dah boleh guna.6. Campaklah mud ball tu dalam sugai apa lagi.
Mudball ni dah mula kat malaysia ni (yang masuk paper) sejak 2008. ada beberapa event kat sekolah yang organise throw mudball into river.
Kenapa guna mudball ni adalah:
1. Dia sangat menyeronokkan.
Santai dan sesuai untuk aktiviti keluarga. Yelah sape je tak suka main lumpur. Budak budak mesti suka. Aku yang tua bangka ni pun suka. Haha.
2. Mudball ni sebagai media (tempat membiak) EM.
3. Mudball ni lebih eco-friendly. Sebab dia pun dari elemen yang sama sebagai tanah.
4. Mudball ni bagus untuk hold mikrob dalam tu. Dan bila masuk sungai nanti, dia akan dilepaskan perlahan lahan. so, lebih berkesan lah dia.
Sebenarnya kau boleh je campak cecair EM tu terus dalam sungai tapi nanti dia akan kurang efektif sebab dihanyutkan air gitu je.
Macam mana Mudball ni bersihkan sungai?
Firstly, sungai ni ada macam macam mikrob. Ada mikrob baik, ada mikrob jahat dan ada mikrob yang neutral.
So, bila ada sludge (pollutant) dalam tu, biasanya ada banyak mikrob jahat.
Dan mikrob jahat ini akan membiak dan mempengaruhi mikrob neutral untuk jadi jahat sekali. Macam syaitanlah hasut masnusia gituu.
Begitu juga mikrob baik. Dia wujud dan akan mempengaruhi mikrob neutral jadi baik bila dia mendominasi kawasan tu.
So, dalam mudball ni ada 3 mikrob utama. Depa ni berfungsi enhance the good microbe into the ecosystem and influence the nerd, innocent, blur microbe to be good also.
3 mikrob itu adalah,
1. Lactic acid.Laktik acid ni akan prevent mikrob jahat dari membiak.
2. Fotosintetik mikrob.Fotosintetik mikrob pula kurangkan bau dalam air.
3.Yis.Yis pula provide hormon and enzyme to nourish back the aquatic lives.
Bagus kan?
cara fungsi resepi mud ball rawat bersihkan sungai EMSelain bersihkan sungai, EM ni juga ada fungsi lain yang best.
Dalam pertanian (izham alias):
- EM menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.- Menggalakkan pembungaan dan pembuahan- Menggalakkan tumbesaran, hasil dan kualiti tanaman.- Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.- Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.- Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.- Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
Kebaikan EM dalam Penternakan ( Izham alias):
- Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.- Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.- Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.- Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.- Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.- Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.
Banyakkan fungsi dia?
Tulah anugerah Allah beri pada kita di dunia ni.
Kita kenalah jaga bumi yang Allah wariskan kepada kita. Ingat tak Allah dah lantik kita jadi khalifah di muka bumi ni?
Sebenarnya bukan sahaja untuk memimpin masyarakat dunia kepada Tauhid kepada Allah, tapi juga falsafah khalifah ni kalau dihayati dengan pengahyatan islam sebenar, dia melingkupi kepada kelestarian alam termasuk hidupan haiwan apatah lagi manusia yang berbilang bangsa.
“Sesungguhnya Kami telah bentangkan tanggungjawab amanah tersebut kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), tetapi mereka enggan memikulnya kerana bimbang tidak dapat menyempurnakannya...
dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat (kebanyakan) manusia suka melakukan kezaliman dan (dia juga) jahil. “
Al-Ahzab : 72
Rujukan utama: Apakah itu EM? Belajar Cara Guna EM dalam Pertanian (https://kebunbandar.com/em-effective-microorganism/)
cara fungsi resepi mud ball rawat bersihkan sungai EMTadi came across to this paper:
cara fungsi resepi mud ball rawat bersihkan sungai EMVery interesting. Mudball + EM + fermented Malaysia's ulam. (BioLavacide). Treat air yang ada lava nyamuk
Result;Mudball yang ada 25% ekstrak ulam boleh membunuh 80% lava nyamuk.
Tapi ni lab scale je. Perlu buat full scale untuk tengok lomoong3 lain.
Lupa letak kredit pensyarah seorang lagi.. the legendary Dr Munira Shahbuddin.
Sekian..
---------------------------------------
"Biotech is important... Kami yang dok blajaq biotech zaman zaman 2008 sampai 2015 tak dapat aplikasi.... Sedeyh.. Ramai duk jadi customer service ja"
-- Ya. Zaman paklah sangat laju biotek. Lepas tu, dasar berubah, kita ni macam terkontang-kanting. Let's see pembawakkan YB Khairi Jamaluddin.
"Terima kasih atas perkongsian ni. Baru faham pasal EM padahal pernah baca case study EM ni. Tapi, sebab dalam English so tak berapa faham detailnya"
"I want copy this note, although now learn of natural medicine. bagus untuk pembelajaran semasa."
Q: Hanya berkesan terhadap organic matter je. Kelantan groundwater contaminated with metal oxide, tak boleh treat dengan mudball ni.. iron oxide nanoparticles yang terkandung dalam air kelantan yang bahaya sebenar.. nanoparticle kena measure dengan zetasizer, mata kasar memang tak nampak..
A: Takde microbe yang digest that iron oxide? Kalau ada, boleh rumuskan 1 EM Treat contaminants tu.
Q: Perlu ke ada EM Bokashi?
A: Ada lebih baik.
Moga bermanfaat!
Till next time, daa~ wassalam! :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2020/07/cara-fungsi-resepi-mud-ball-merawat.html