Cara Delete Atau Padam Senarai Labels Di Blogspot
Antara platform yang sering digunakan oleh pengguna bagi membangunkan Blog atau Website ketika ini seperti Wordpress, Wix, Weebly, Blogspot dan banyak lagi. Macam blog ini menggunakan platform Blogspot. Salah satu ciri yang terdapat di dalam platform Blogspot atau Blogger ini adalah Labels.
Apa fungsi label ni sebenarnya? Labels ini salah satu kegunaanya adalah mengkelaskan sesebuah blogpost kepada dalam kumpulan yang sama. Sebagai contoh, jika anda menulis 2 post dengan seakan konten yang sama seperti Tips Blogging, jadi anda boleh kumpulkan 2 post ini dengan 1 kumpulan iaitu labelkan post-post ini dengan label yang sama; Blogging.
Jadi kumpulan ini, anda boleh rangkumkan sama ada di bahagian atas iaitu Navigasi Bar ataupun ia akan keluar secara automatik di bahagian Related Post iaitu bahagian akhir selepas sesebuah post yang telah kita tulis.
Baca Juga : Blogger Memperlihatkan Antaramuka Yang Baru Bagi 2019
Jika anda seorang blogger, rasanya anda tidak asing lagi dengan fungsi label ini. Tetapi ada juga telah menggunanya secara overuse atau terlebih guna. Seperti, anda label kan terlalu banyak bagi sesuatu blogpost. Sedikit sebanyak ia mungkin menggangu SEO anda. Jadi susah nak muncul di page one Google la kan.
Kalau dah teroveruse bagaimana nak hapuskan atau delete Labels ini? Boleh ke? Jom baca lagi
Cara Delete Labels Di Blogspot
Cara ini khas untuk pengguna blogspot sahaja tidak kira menggunakan domain blogspot ataupun domain sendiri. Caranya tetap sama kerena anda masih menggunakan dashboard dan platform yang sama iaitu Blogger. Juga disediakan gambar untuk memudahkan.
1. Langkah pertama anda perlu log in dan masuk ke dashboard blogger anda di www.blogger.com kemudian pergi ke bahagian Posts dan pilih All
2. Dibahagian kanan atas, akan jumpa pilihan All Labels. Disinilah terdapat semua label yang pernah digunakan di setiap blogpost anda.
3. Anda cari la mana-mana Label yang ingin anda padam dan klik label tersebut. Selepas itu, dibahagian post tersebut disenaraikan semua post yang menggunakan label tersebut.
4. Disinilah cara untuk padamkan label bermula. Anda tick mana-mana post tersebut dan tekan label tag diatasnya. Cari label tersebut dan klik. Sekali gus, label tersebut akan hilang tanpa perlu apa-apa trick pun. Jika berjaya, akan ditulis label has been successfully removed
Labels antara ciri yang sangat berguna bagi sesebuah blog dan website. Ianya memudahkan penulis dan juga pembaca mencari info yang diingini dengan mudah selain butang cari. Jadi pergunakan ciri Labels ini sebaik mungkin supaya akan ramai lagi akan berada di blog kita dengan lebih laman.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2019/11/cara-delete-atau-padam-senarai-labels.html