Cara Dapatkan Semula Nombor Tune Talk Yang Telah Tamat Tempoh
Cara dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh
Terkejut bila bangun pagi tengok signal telephone tiada, ah sudah, teringat tentang mesej amaran dari telco seminggu yang lepas, Your account validity period is over. Please Topup before your SIM expiration date 18-NOV-2020 tapi dibiarkan dan terus lupa sehingga hari tamat tempoh baru rasa menyesalnya tak topup hari itu. Kalau korang pengguna telco tune talk, Korang jangan risau sha ada cara dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh.
Sha baru sahaja lalui sakitnya hati apabila signal telephone yang hanya paparkan tanda pangkah merah, apatah lagi nombor tersebut penting di mana semua urusan menggunakan nombor ini, termasuklah pengesahan TAC bank, jadi semua urusan pembayaran hari ini tidak dapat diteruskan. Nampak tak korang, dah jadi masalah pula kan.
Disebabkan di rumah sha guna unifi, jadi memang jarang sangat nak topup kredit nombor tune talk sha itu, kalau diluar pula sha guna nombor yang lain, telco Digi, sebab pelan Digi sangat murah, dan boleh renew lifetime dengan hanya RM1 sehari sahaja, best kan. Sha dah lama terpikir nak tukar ke telco Digi tapi sebab covid ini susah sikit nak berjalan. Lepas ini sha akan tukar kepada Digi, coverage pun ok walaupun hanya segelintir tempat saja haha.
Jadi nak dipendekkan cerita, sha pun cuba untuk topup nombor tersebut, dengan harapan signal kembali muncul, namun hampa. Nombor tersebut tidak wujud, maksudnya nombor itu memang tamat tempoh.
Cara dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh
Pertama korang jangan cemas atau pikir apa-apa yang negatif, sebabnya nombor yang baru sahaja tamat tempoh boleh dapatkan semua tapi ada beberapa perkara yang korang perlu ikut. Ianya mudah saja dalam masa 24jam pasti korang akan dapat balik nombor tersebut.
Register sendiri di rumah
Kalau korang nak buat sendiri di rumah boleh saja, caranya korang dapatkan simkad di kedai dengan harga RM5, install aplikasi tune talk, scan ic dan aktifkan sim kad tersebut, ini semua korang boleh tengok dekat kit sim kad yang korang beli tadi.
Kemudian topup RM50 pada nombor tune talk baru ya, sebab kalau nak ambil semula nombor tune talk yang lama, kena pilih dulu nombor tune talk yang baru untuk sementara sahaja selama 24-48 jam daam tempoh masa bekerja, lepas tu korang pergi live chat untuk pengaktifan, topup nombor baru dan live chat korang boleh pergi ke aplikasi tune talk.
Kena ikut semua cara diatas baru boleh live chat.
Korang chatlah saya nak dapatkan nombor yang telah tamat tempoh, jadi dia akan minta kad pengenalan dan nama untuk pengesahan, pastikan nombor yang korang nak ambil balik itu atas nama dan kad pengenalan jadi senang kerja kan hihi.
Kemudian dia akan minta nombor serial pada sim kad korang, ianya ada pada belakang sim kad tune talk yang baru korang beli, tolong jangan buang, kalau ada masalah nanti boleh rujuk balik, sha snap ja letak dalam phone hihi
Dan akhir sekali dia akan balas pengaktifan dalam masa 24-48 jam waktu bekerja, selama waktu ini korang akan pakai nombor tune talk yang baru, lepas dari waktu itu, nombor tune talk yang lama akan diaktifkan semula, dan boleh pakai macam biasa. Tapi untuk nombor sha hanya makan masa tak sampai 24 jam pun bangun pagi check aplikasi dah tertera nombor lama, alhamdulilah lega sikit hati hihi.
Tapi kemarin sha dah terlampau risau kan jadinya sha tak buat sendiri dirumah, sha cari ejen tune talk berdekatan untuk dapatkan semula nombor telephone tune talk yang telah tamat tempoh, sha search ejen tune talk di group sandakankini, dan terus mesej tanya bolehkah dia dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh dan dia pun balas boleh puan.
Disebabkan musim covid meningkat di Sandakan Sabah, sha ambil keputusan untuk menggunakan khidmat ejen tune talk, jadi sha tak perlu ke kedai untuk membeli sim kad dan urus pendaftaran tersebut, ianya free dan hanya bayar harga sim kad sahaja.
Sebenarnya cara dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh di atas sangat mudah dan korang boleh sendiri di rumah, dan ejen tersebut boleh saja tunjukkan caranya tanpa perlu tolong daftarkan untuk sha, tapi rezeki sha dapat orang yang boleh tolong selesaikan masalah ini pun sha dah bersyukur tau..
Terima kasih Sis Shyna dan husband tolong daftarkan nombor tune talk, walaupun datang jauh dari Kg bahagia ke Taman sejati, batu 7. Semoga murah rezeki tolong orang yang susah.
Oh ya, nanti bila dah bertukar ke nombor yang lama, pihak tune talk akan call bagitahu, mana lah tau kan korang lupa hihi.
Bercakap tentang lupa, husband sha pun lupa nak topup nombor tune talk dia dan nombor dah lama expired, aduhai kenapalah kami berdua ni kan..ini mesti sebab pakai dua nombor sampai lupa nak topup nombor tune talk. Dan untuk aktifkan nombor husband, sha guna khidmat ejen tune talk yang sama juga, jadi tak perlu semak fikiran hihi besok baru ambil sim kad husband.
Di Sandakan, rasanya tiada kiosh tune talk jadi memang susah untuk pengguna tune talk berurusan, kena cari ejen baru dapat selesaikan. Tapi kalau nak tukar telco lain ke tune talk boleh juga buat sendiri di aplikasi atau cari ejen berdekatan korang. Sha hari tu tukar telco dengan ejen dapat free sim kad, siap dia daftarkan sekali. Tapi ejen tu jauh di batu 32 kena cari masa sesuai baru dapat cod. Itu yang sha cari area Sandakan cepat dapat.
Yang bestnya tune talk ni pelan RM48 unlimited data dan call sebulan dan hotspot 5GB, dulu sebelum guna unifi kami guna pelan ini, puas hati sangat data tak pernah habis, call bila-bila masa dan siapa sahaja, tapi sejak pindah ke rumah sekarang ini, line pula masalah, jadi kami terpaksa ambil unifi pakej RM89 sebulan semua orang boleh pakai itu yang lupa nak topup nombor tune talk hihi
Untuk telco lain korang boleh pergi ke kiosk berdekatan, untuk dapatkan nombor yang sudah lama tamat tempoh masih boleh selagi nombor itu belum dipakai orang lain.
Nombor sha ini sha pakai dari tahun 2008 sampai sekarang setia sha guna bukan apa sebab apa-apa memang akan daftarkan ke nombor ini, kawan senang cari sebab guna 1 nombor ja, lagipun nombor sha ni senang ingat jadi sayang pula kalau dah tak boleh guna kan.
Dah banyak kali tukar telco, semua telco sha pernah pakai haha dari maxis, digi, tune talk, celcom, xox, umobile tetap pakai nombor yang sama.
Itu saja untuk entry kali ini, semoga bermanfaat buat semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.opzzpinky.my/2020/11/cara-dapatkan-semula-nombor-tune-talk.html