Cara Daftar Cims Miti Surat Permohonan Beroperasi Syarikat


CARA DAFTAR CIMS MITI: SURAT PERMOHONAN BEROPERASI SYARIKAT (MCO Approval Letter)

Terbaru,kerajaan baharu sahaja umumkan tentang pelaksanaan PKP 3.0,jadi bagaimana syarikat ingin membuat permohonan beroperasi dalam tempoh PKP?Bagi membuat permohonan,anda perlu tahu cara daftar CIMS MITI untuk dapatkan MCO Approval Letter ini.
Untuk makluman anda, kerajaan membenarkan syarikat berkaitan essential service.Berikut adalah senarai ekonomi perlu:
SENARAI EKONOMI PERLU (Essential Service)
Keputusan Kerajaan membenarkan lima (5) sektor ekonomi perlu (essential economic sectors) termasuk pengilangan dan pembuatan untuk beroperasi adalah bagi menjamin proses pemulihan semula ekonomi negara, kemampanan perniagaan, mengelak kadar kehilangan pekerjaan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia dan memastikan rakyat terus mendapat akses keperluan asas dan kritikal sepanjang tempoh PKP.
Sektor-sektor ekonomi dalam perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP adalah seperti yang diperincikan di Lampiran di bawah:
A. Pengilangan dan Pembuatan
Aeroangkasa termasuk MRO;
Pengilangan dan Perkhidmatan Lepas Jualan Automotif;
Makanan, minuman dan rantaiannya;
Pembungkusan dan percetakan;
Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG – sabun, pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk rantaiannya;
Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;
Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran;
Komponen untuk alat perubatan;
Elektrikal dan elektronik;
Minyak dan gas (Oil and Gas);
Petrokimia dan produk petrokimia;
Produk kimia;
Mesin dan peralatan;
Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan);
Besi dan keluli;
Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE);
Sektor perabot; dan
Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir. B. Pembinaan
i. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;
ii. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama; dan
iii. Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang
lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).
C. Perkhidmatan
Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya:
i. Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti-entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia); dan
ii. Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
21. Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan:
i. Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen);
ii. Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan;
iii. Pembersihan awam; dan
iv. Pembersihan premis dan sanitasi.
Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan ICT dan perkhidmatan perniagaan global (GBS);
E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat;
Hotel dan penginapan;
Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinar:
i. Pengurusan ladang/ sarang burung walit/ kuda/ loji pemprosesan haiwan/ rumah sembelihan/ ternakan/ kilang makanan haiwan ternakan/pembekal spt vaksin/pengurusan ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan ternakan adalah pada waktu malam);
ii. Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup, input ternakan dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk eksport dan import); dan
iii. Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan.
Utiliti (air dan tenaga);
Perkhidmatan professional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/ jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk penyenggaraan);
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services);
Keselamatan dan Pertahanan;
Pengangkutan melalui darat, air dan udara;
Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.
D. Perdagangan Pengedaran
Penggudangan dan Logistik;
Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman; dan 34. Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan.
E. Perladangan dan Komoditi
Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya; dan
Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.
F. Lain – Lain
Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.
Industri yang tersenarai dalam 5 sektor ekonomi perlu (essential service) mesti mendapatkan surat kebenaran dengan membuat permohonan beroperasi MITI dalam tempoh PKP.
Jadi anda perlu cetak MCO Approval Letter  bagi memudahkan sekiranya berlaku pemeriksaan pihak berkuasa di premis / tempat kerja.
CARA DAFTAR CIMS MITI
Jika anda pernah mendaftar semasa PKP 1.0 tempoh hari melalui sistem CIMS 2.0, surat tersebut tidak boleh digunakan lagi dan telah terbatal.
Anda tidak perlu mendaftar lagi, namun hanya perlu memuat turun surat pengesahan pendaftaran terkini melalui sistem CIMS dengan log masuk dan kata laluan yang sama.
Jika anda belum pernah mendaftar, sila daftar melalui laman web MITI https://notification.miti.gov.my
Layari laman web https://www.miti.gov.my Klik CIMS 3.0 PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) akan dipaparkan Klik DAFTAR Klik SENARAI SOP TERKINI untuk membantu syarikat anda diberi KELULUSAN untuk beroperasi semasa PKP 2.0 Setelah selesai membaca SOP MITI, klik ✓ pada kotak pengesahan. Anda akan diarahkan untuk mengisi maklumat berikut: Isikan Nama Penuh Isikan Email Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport Masukkan Kata Laluan Masukkan Kata Laluan sekali lagi Masukkan No Lesen Pengilang ATAU No Pendaftaran SSM dan No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS Klik Daftar Setelah berjaya, anda akan menerima Pengesahan Pendaftaran Syarikat dan Kebenaran Beroperasi MITI seperti di bawah. Macam mana nak login CIMS MITI?
CARA MUAT TURUN SURAT KEBENARAN MITI(MCO Approval Letter)
Jika anda telah berdaftar, sila rujuk langkah di bawah untuk memuat turun surat kebenaran MITI yang terkini.
Rujuk video pendaftaran / permohonan beroperasi MITI dalam video di bawah: https://www.miti.gov.my/redir/pkp/cims.html
SOP MITI ( Tanggungjawab Majikan & Pekerja)
Berikut adalah senarai SOP MITI untuk dipatuhi oleh majikan dan pekerja:
Majikan bertanggungjawab untuk memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran untuk membolehkan pergerakan pekerja dalam tempoh PKP. Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa adalah wajib membawa sesalinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja/surat pengesahan majikan. Ini bertujuan mempermudahkan pergerakan kenderaan komersial dan juga pergerakan pekerja antara kediaman dan tempat kerja. Pihak MITI telah memaklumkan kepada pihak PDRM berhubung perkara ini bagi memudahkan pergerakan di operasi sekatan jalan raya (SJR). Selaras dengan objektif untuk mengekang penularan pandemik COVID-19, hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat. Manakala jumlah pekerja kumpulan sokongan dan pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dalam production line akan ditentukan oleh majikan masing-masing dengan mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan. Majikan yang didapati melanggar dan tidak mematuhi SOP akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan. SOALAN LAZIM PERMOHONAN BEROPERASI SYARIKAT
Boleh ke syarikat beroperasi sepanjang tempoh PKP?
Ya, sekiranya syarikat anda dikategorikan di bawah Senarai Perkhidmatan Perlu yang disediakan MITI atau syarikat pengilangan dan pembuatan anda berdaftar dengan MITI melalui sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) di pautan www.notification.miti.gov.my.
Berapa ramai pekerja dibenarkan di premis semasa PKP?
Hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat. Bagi kategori lain, hanya pekerja yang perlu hadir secara fizikal ke tempat pekerja. Bagi kerja-kerja yang tidak memerlukan kehadiran secara fizikal, arahan bekerja dari rumah (BDR) akan berkuatkuasa.
Contohnya, sekiranya terdapat 10 orang atau kurang dalam kumpulan pengurusan dan penyeliaan, hanya tiga orang sahaja dibenarkan di pejabat pada satu-satu masa.Jumlah pekerja kumpulan sokongan dan pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dalam barisan pengeluaran akan ditentukan oleh majikan dengan mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.
Adakah bekerja dari rumah (BDR) wajib bagi semua pekerja industri?
Pihak majikan wajib melaksanakan BDR bagi kakitangan kumpulan pengurusan, termasuk tugas-tugas membabitkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan, ICT dan yang berkaitan. Bagi pekerja-pekerja sektor yang tidak disenaraikan dalam Senarai Perkhidmatan Perlu, arahan BDR akan berkuatkuasa.
Adakah anda dibenarkan menghantar barangan ke lokasi-lokasi di kawasan PKP?
Kenderaan perdagangan yang membawa barangan dan perkhidmatan dibenarkan keluar masuk menggunakan pas pekerja atau surat kebenaran majikan.
Adakah anda dibenarkan rentas daerah/negeri untuk tujuan kerja?
Anda dibenarkan merentas daerah atau negeri dengan hanya membawa pas pekerja atau surat kebenaran majikan.
Apa yang perlu dibekalkan majikan buat pekerja?
Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa wajib membawa salinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja atau surat pengesahan majikan bagi tujuan pergerakan pekerja melepasi sekatan jalan raya.
Bagaimana anda boleh mendapatkan surat notifikasi pengesahan pendaftaran?
Syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan pangkalan data MITI iaitu COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) melalui pautan www.notification.miti.gov.my tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP.
Syarikat-syarikat sektor pengilangan dan pembuatan bawah seliaan MITI yang belum berdaftar dengan CIMS boleh berbuat demikian melalui pautan www.notification.miti.gov.my.
Bagaimana jika surat kebenaran beroperasi anda bertarikh pada tahun 2020?
Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan terdahulu adalah terbatal.
Anda tidak perlu mendaftar lagi, namun hanya perlu memuat turun surat pengesahan pendaftaran terkini melalui sistem CIMS dengan log masuk dan kata laluan yang sama.
Apa SOP yang perlu dikuatkuasakan sektor pengilangan dan pembuatan?
SOP bagi sektor pengilangan dan pembuatan pada PKP 3.0 adalah berdasarkan SOP PKP sedia ada dan telah digariskan MITI dalam garis panduan.
Apa SOP yang perlu dikuatkuasakan syarikat dalam sektor lain?
Majikan disarankan merujuk kepada laman web Majlis Keselamatan Negara  untuk senarai SOP yang ditetapkan kerajaan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan maklumat lanjut tentang cara daftar CIMS MITI,sila layari http://www.miti.gov.my/ atau hubungi 03-6208 4949.
Jika ada pertayaan sila berhubung melalui Facebook MITI Malaysia di sini: https://www.facebook.com/MITIMalaysia
 
The post CARA DAFTAR CIMS MITI: SURAT PERMOHONAN BEROPERASI SYARIKAT (MCO Approval Letter) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/cara-daftar-cims-miti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar Jaringan Prihatin 2021 Free Data Free Phone

Cara Daftar Jaringan Prihatin 2021 Free Data Free Phone

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 425 hits
TERKINI PENDAFTARAN DIBUKA 5 MEI 31 JULAI UNTUK JARINGAN PRIHATIN KELAYAKAN Untuk 8 4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat MANFAAT Bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih NILAI MANFAAT RM3 5 bilion ADA ANAK 18 ...
Cara Daftar Platform Warongku Sistem Pemasaran Online 2021

Cara Daftar Platform Warongku Sistem Pemasaran Online 2021

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 409 hits
Cara Daftar Platform Warongku Platform pemasaran secara atas talian yang dikenali sebagai Warongku dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui SME Corp Malaysia Platform Warongku ini adalah kesinambungan projek e ...
Ini Daftar Ka Jarak Jauh Dan Lokal Yang Beroperasi Saat Larangan Mudik 6 17 Mei

Ini Daftar Ka Jarak Jauh Dan Lokal Yang Beroperasi Saat Larangan Mudik 6 17 Mei

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 227 hits
Lanjut dia untuk pengoperasiannya sudah mendapatkan izin dari pemerintah Yakni berpatokan pada peraturan yang ada
Cara Daftar I Saraan Kwsp Bagi Yang Bekerja Sendiri Untuk Tahun 2021

Cara Daftar I Saraan Kwsp Bagi Yang Bekerja Sendiri Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 569 hits
Kepada yang bekerja sendiri yang tidak mempunyai pendapatan tetapi sangat dinasihatkan untuk buat carumah sukarela KWSP melalui insentif i Saraan Ini adalah cara terbaik untuk simpanan masa depan anda Cara permohonan pun mudah je KWSP biasa...
Ini Alasan Kenapa Bpr Fasa 2 Tidak Lulus Cara Permohonan Rayuan

Ini Alasan Kenapa Bpr Fasa 2 Tidak Lulus Cara Permohonan Rayuan

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 384 hits
Pembayaran BPR Fasa Kedua 2021 telah pun dikreditkan secara berperingkat peringkat bermula 7 mei 2021 Namun begitu masih terdapat pemohon yang belum lagi dikreditkan pembayaran mereka Masih ramai yang keliru dengan kaedah pembayaran cara me...
Guna Surat Kebenaran Operasi Miti Untuk Seludup Dadah

Guna Surat Kebenaran Operasi Miti Untuk Seludup Dadah

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 293 hits
MELAKA Sebuah sindiket penyeludupan dadah menggunakan surat kebenaran operasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang palsu bagi mengaburi mata pihak berkuasa ketika melalui sekatan jalan raya Bagaimanapun taktik ber...
Hanya Bertahan 2 Minggu Dan Sijil Nikah Pun Belum Daftar Perkongsian Wanita Ini Raih Perhatian Ramai

Hanya Bertahan 2 Minggu Dan Sijil Nikah Pun Belum Daftar Perkongsian Wanita Ini Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 307 hits
Lumrah lah bagi setiap pasangan di dunia ini impikan kebahagiaan yag hakiki sebaik sahaja masuk ke alam perkahwinan kerana itulah salah satu tuhuan sebuah perkahwinan Namun begitu tak semua orang berpeluang untuk merasai kebahagiaan itu Bar...
Daftar Istilah Tiktok Yang Wajib Diketahui Creators

Daftar Istilah Tiktok Yang Wajib Diketahui Creators

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 314 hits
TikTok adalah layanan jejaring sosial berbagi video yang dimiliki oleh perusahaan Cina ByteDance Platform media sosial yang dikenal di Cina sebagai Douyin ini digunakan untuk membuat berbagai video berdurasi pendek mulai dari genre seperti ...
Ayahanda Rani Tanya Motor Pakistan Bawa Karpet Daftar Kenderaan Dagangan

Ayahanda Rani Tanya Motor Pakistan Bawa Karpet Daftar Kenderaan Dagangan

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 260 hits
Rani Kulup TIDAK kering gusi dibuatnya apabila terbaca kenyataan di laman sosial Abdul rani kulop sahaja yang juga merupakan Ketua Bahagian Bandar Tun Razak dari parti PUTRA Malaysia Dalam beliau serius memberitahu beliau terjun ke dunia po...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash