Cara Claim Travel Insurance Untuk Flight Delay Cancel
Hi semua apa khabar? Harini nak share dengan korang cara-cara I claim Travel Insurance dengan menggunakan ETIQA Travel Takaful untuk flight I yang kena delayed dan cancelled oleh Saudi Airlines dari Paris ke London baru-baru ni. Total yang berjaya di claim ialah RM 1900 untuk dua orang!
Tapi sebelum tu, mesti korang akan tanya apa plan I ambil kan hihi.
So seperti sedia maklum, terdapat banyak jenis travel takaful yang disediakan oleh ETIQA. Pilihlah korang nak mana. Kalau nak ikut macam plan yang I ambil haritu, I ambik TripCare 360 Takaful.
Di dalam plan TripCare 360 Takaful pun ada subplans, iaitu silver, gold, dan platinum. Of course lagi mahal satu plan tu lagi banyak lah yang dia cover. Gitchewww.
Berikut merupakan harga untuk setiap plan :
Ini pula apa yg di cover :
Ok, so apa je yang diperlukan untuk claim travel insurance ?
1. Dapatkan surat dari Airlines
First thing first, pastikan korang dapat surat dari Airlines sebagai bahan bukti yang kukuh semasa dalam proses claim travel insurance. Korang boleh dapatkan dalam bentuk bersurat atau suruh di email. Berikut merupakan contoh saya punya :
Kalau boleh, lebih baik suruh dia print je depan mata kita. Sebab takut kalau email, maybe staff dia terlupa ke untuk email, well we never know.
2. Inform Agent Travel Insurance / Travel Takaful selepas tiba di Malaysia
Yes, as much as kita panic, takut dan pelbagai perasaan yg bercampur baur, pastikan untuk inform agent apabila kita sudah selamat sampai di Malaysia. Sebab apa? Sebab perbezaan masa. Kalau contoh kita di Paris masa tu malam, kat Malaysia masih awal pagi dan mungkin dia masih tidur lagi. Haha. So apabila dah sampai di Malaysia, barulah inform dia.
3. Whatsapp Etiqa Careline
Walaupun agent boleh tolong uruskan semua, tapi tahu tak bahawa Etiqa ni dia ada careline yang korang boleh Whatsapp sendiri untuk proses claim yang lebih pantas dan efisyen! Boleh tekan link di bawah :
www.eti.qa/whatsapp
Ikut je steps dia, dan provide details seperti surat yang I cakap awal tadi tu dan last sekali tekan DONE!
4. Tunggu dan Enjoy!
Haa, dalam masa 6 hari dah dapat claim! Okla, laju juga dia proses! Yang penting tak rumit dan tak menyusahkan. Totally recommended!
So sesiapa nak apply, boleh klik ni je :
Apply Etiqa Takaful Online Sekarang
Bagi yang tertanya, perlu ke ambil travel takaful / insurance? My answer would be, of course! Haa, at least dapatla juga RM 1900 untuk flight delay! Yeayyy! Kalau nak tahu lebih lanjut kenapa kena ada travel takaful / insurance, boleh baca post di bawah :
Kepentingan Travel Insurance & Takaful
Haritu pon I ada claim dekat AirHelp juga. Boleh dapat sehingga €700 per person. So korang boleh try usha-usha la AirHelp ni apa. Boleh klik gambar di bawah :
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missdae.com/2020/02/cara-claim-travel-insurance-untuk.html