Cara Cara Menjadi Sahabat Yang Baik
Cara-Cara Menjadi Sahabat Yang Baik | Sahabat adalah orang rapat denganmu dalam semua situasi samada susah atau senang, sedih dan gembira. Sahabat adalah mereka yang gembira dengan segala kejayaanmu dan tidak meninggalkanmu ketika yang lain menjauh.
Bukan mudah untuk menjadi sahabat yang baik. Ia melalui banyak duri ranjau, sentiasa diuji dengan bermacam dugaan, dan fitnah selalu menjadi mainan. Lebih-lebih lagi dalam masalah media sosial masakini yang tiada batas. Untuk mengaibkan seseorang semudah abc sahaja. Cepatlah viralnya nanti...
Cara-Cara Menjadi Sahabat Yang Baik
Yang paling penting adalah bersikap jujur dengan sahabatmu. Contohnya sahabatmu seorang yang kaya, dia meninggalkan pesanan untuk kamu menjaga kereta mewahnya ketika beliau berada di luar kawasan. Jadi setiap kali kamu menggunakan keretanya, beritahulah dia. Atau sekiranya sahabatmu itu membeli baju yang kurang sesuai, nyatakan yang benar kepadanya. Bersikap jujurlah..
Cara kedua ni memang amat penting. Untuk menjadi sahabat yang baik, kamu haruslah bersedia menjadi pendengar setianya. Walau terpaksa melayan luahan perasaannya terhadap sesuatu selama berjam-jam. Ataupun jika gunakan whatsapp dan sebagainya. Layanlah dan bacalah luahannya itu dengan sabar. Balaslah dengan ikhlas segala mesej-mesejnya. Jangan buka aib sahabatmu dengan menyebarkan segala luahan masalahnya.
Untuk menjadi sahabat yang baik juga, kamu haruslah selalu memberikan nasihat-nasihat yang positif. Jika kamu memiliki ilmu agama yang tinggi, nasihati sahabatmu dengan penuh hikmah. Jangan ajari sahabatmu berdendam jika menghadapi masalah dengan seseorang. Ajak sahabatmu ke arah kebaikan dan bukannya menjerumuskan dia ke lembah yang lebih hina atau tidak baik.
Ingat tak pada pepatah lama, kamu hari ini adalah gambaran siapakah temanmu pada masa lalu.Seterusnya, sahabat yang baik adalah seseorang yang tidak mengambil kesempatan terhadap sahabatnya yang lain. Maksudnya, jika dia senang kamu 'paw' dia cukup-cukup. Bila dia susah, kamu semua cabut lari. Peganglah prinsip susah sama susah, senang sama senang dalam konteks yang sederhana. Jika ada lebih berkongsilah, jika kekurangan bantulah. Begitulah cars menjadi sahabat yang baik.
Sahabat yang baik haruslah memiliki sifat sabar yang tinggi. Sabar apabila persahabatan anda diuji, sabar melihat sahabat anda yang kesedihan, sabar bila dikhianati kerana fitnah dan sebagainya. Sebuah persahabatan yang baik selalu diuji. Tak kiralah sahabat anda itu rakan sejenis ataupun berlainan jantina. Ada sahaja yang akan cuba membuatkan anda bergaduh. Bersabarlah. Berbincanglah dengan sahabat anda jika ada pihak ketiga cuba menyampaikan keburukan masing-masing.
Begitulah cara-cara untuk menjadi sahabat yang baik. Seorang sahabat yang baik akan cuba menghadapi situasi sesuatu masalah dengan bijak. Dia ada bila diperlukan. Sahabat yang baik umpama serumpun bunga ros yang mewangikan sebuah taman. Dia datang dengan kebaikan. Bila sahabat tersebut baik, orang di sekeliling akan merasa kesan kebaikannya itu.
Sahabat yang baik adalah seperti aura. Bila dia tiada, kamu akan sentiasa menyebut namanya.
#sebarkan jika bermanfaatSelamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2016/01/cara-cara-menjadi-sahabat-yang-baik.html