Cara Cara Bersikap Redha Dengan Takdir Allah


Cara-Cara Bersikap Redha Dengan Takdir Allah - Bercakap soal redha adalah sesuatu yang subjektif, sukar melakukannya dan bukan sebarangan orang mampu redha dengan dugaan yang Allah SWT turunkan.

Redha menurut kamus al-Munawwir ertinya senang, suka dan rela. Redha/rela adalah rentak hati kita dalam menerima semua pemberian-NYA yang setiap saat selalu kita rasakan. Pengertian redha juga ialah menerima dengan senang segala apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan (hukum) ataupun qada’ atau sesuatu ketentuan dari Allah SWT. Jadi redha adalah perilaku terpuji menerima dengan senang apa yang telah diberikan Allah kepadanya, berupa ketentuan yang diberikan kepada manusia.

Apakah kesan redha kepada manusia? Kebaikannya adalah akan menimbulkan rasa optimis yang kuat dalam menjalani dan nelalui kehidupan pada masa hadapan dengan mengambil hikmah dari kehidupan masa lampau.

Orang yang berhati redha atas keputusan-keputusan Allah SWT, hatinya menjadi lapang dan jauh dari sifat iri hati, hasad dengki dan sikap tamak. Redha akan mewujudkan sikap khusnuzon (bersangka baik) terhadap ketentuan-ketentuan Allah, sehingga manusia tetap teguh iman dan amal solehnya.

Dengan redha, setiap kesulitan yang kita hadapi akan ada jalan keluarnya, di tiap satu kesulitan ada dua kemudahan, dengan redha akan menumbuhkan rasa cinta kasih terhadap sesama makhluk Allah SWT dan akan lebih dekat dengan Allah SWT.


#Sumber




Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata:
"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan".
Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan, Baginda mengucapkan:
"Segala puji bagi Allah atas segala perkara". 
Cara-Cara Bersikap Redha Dengan Takdir Allah 
1. Bersikap tawakkal dan sabar dalam menghadapi cubaan yang diberikan oleh Allah swt

Bagaimanakah tawakkal itu? Bagaimana pula mahu bersabar jika takdir tidak menyebelahi? Baiklah. Saya mungkin boleh berkata yang manis-manis, cuba meraih simpati dan barangkali menabur semangat kepada para sahabat semua. Namun dengan sikap tawakkal menunjukkan kita kuat semangat dan kental percaya kepada perancangan Allah. Ya, mungkin kita kata bahawa kita telah buat semuanya yang Allah kehendaki tetapi mengapa musibah masih menimpa? Maka Allah SWT sebenarnya sedang menguji sejauh mana kita faham dengan perancanganNya. Setiap yang pahit akan manis akhirnya. Percayalah..

2. Menerima dengan ikhlas dugaan yang diberikan dan tetap berusaha untuk menjadi yang lebih baik serta mengambil hikmah dari dugaan tersebut. 
3. Percaya kepada takdir Allah swt. Sedangkan bahayanya jika tidak redha iaitu akan menimbulkan segala perbuatan yang tidak di redhai oleh Allah swt, seperti mudah terjadi perselisihan antara manusia, manusia tidak akan mampu menerima segala ketentuan-ketentuan Allah swt dan sebagainya.


Contoh Kisah Dalam Kehidupan Sehari-Hari (Dikutip dari kisah para sahabat Rasulullah saw)
Pada suatu hari Ali bin Abi Thalib r.a melihat Ady bin Hatim bermuram durja, maka Ali bertanya ; 
“Mengapa engkau tampak bersedih hati ?”. 
Ady menjawab ; “Bagaimana aku tidak bersedih hati, dua orang anakku terbunuh dan mataku tercabut dalam peperangan”. 
Ali terdiam haru, kemudian berkata, “Wahai Ady, barang siapa redha terhadap takdir Allah SWT maka takdir itu tetap berlaku atasnya dan dia mendapatkan pahala-Nya, dan barang siapa tidak redha terhadap takdir-Nya maka hal itupun tetap berlaku atasnya, dan terhapus amalnya”


Ayat Ayat Al-Quran Berkaitan Sikap Redha 
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". (Surah An-Nisaa' : Ayat 65)

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud: 
"Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata: ' Cukuplah Allah bagi kami, Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya, Sesungguhnya pada Allah kami menuju ". (Surah At Taubah : Ayat 59) 
Sebenarnya redha itu bukan dinanti tetapi sebaliknya redha harus dicari. Sebab itu ramai ustaz dan para ulamak menyeru kita agar mencari redha Allah.

Selayaknya kita bersikap sebagai hamba yang baik dan melakukan perbuatan yang baik dengan sebanyak-banyaknya. Kerana dalam banyak amal kebaikan yang kita lakukan, entah yang mana satukah yang diterima oleh Allah SWT.

Akhirnya, sekali lagi saya menyeru kepada diri sendiri dan sahabat semua untuk mengamalkan hidup yang penuh redha sambil sentiasa berusaha sedaya upaya mencari keredhaanNya. Hiduplah dengan semangat dan yakin bahawa di setiap kesukaran dan dugaan yang Allah berikan, akan ada sesuatu yang menanti. Yang pasti, Allah memberikan sesuatu berdasarkan keperluan hambaNya.


Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2015/11/cara-cara-bersikap-redha-dengan-takdir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Tukar Nama Tanah

Cara Tukar Nama Tanah

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 672 hits
CARA TUKAR NAMA TANAH Sekiranya anda ingin menukarkan nama di dalam geran tanah kepada ahli keluarga seperti anak atau isteri atau anda ingin menjual atau ingin membeli rumah atau sebarang hartanah proses pertukaran nama dalam geran tanah a...
Cara Membuat Kerepek Ubi Kayu

Cara Membuat Kerepek Ubi Kayu

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 549 hits
Menu ubi kayu memang banyak Asal rajin dan kreatif ubi kayu boleh dibuat macam macam kuih atau makanan Biasanya ubi kayu direbus kosong dan kemudian dimakan dengan kelapa parut dicampur sedikit garam dan gula Kalau yang berminat makan tapai...
Safinatun Naja Rukun Shalat Cara Niat Membaca Al Fatihah Dan Rinciannya

Safinatun Naja Rukun Shalat Cara Niat Membaca Al Fatihah Dan Rinciannya

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 237 hits
Kali ini pembahasan penting mengenai rukun shalat takbiratul ihram membaca Al Fatihah dan rincian pentingnya dari pelajaran Safinatun Naja
Comment On Gold Accumulation Program By Cara Buka Akaun Gap Bagi Yang Tiada Pg Code

Comment On Gold Accumulation Program By Cara Buka Akaun Gap Bagi Yang Tiada Pg Code

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 370 hits
Akaun GAP untuk info penuh mengenai akaun GAP Cuma langkah buka akaun GAP di sana telah dinaiktaraf kepada
Ini Apa Yang Saya Belajar Tentang Pengurusan Duit Sendiri Dengan Cara Yang Betul

Ini Apa Yang Saya Belajar Tentang Pengurusan Duit Sendiri Dengan Cara Yang Betul

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 301 hits
Masa mula berniaga dahulu saya tak ambil peduli sangat tentang ilmu macam mana nak jaga duit sendiri Dalam terma kewangan anda akan jumpa sebutan dalam Bahasa Inggeris sebagai Personal Finance Kalau nak pakai Bahasa Melayu boleh disebut seb...
Cara Menggunakan Mouse Wireless Tanpa Usb Dongle

Cara Menggunakan Mouse Wireless Tanpa Usb Dongle

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 256 hits
Mouse merupakan alat penunjang yang cukup penting untuk pengguna komputer maupun laptop Walaupun di laptop ada trackpad yang bisa digunakan untuk menggerakkan kursor pada laptop ada baiknya kalau kamu juga punya mouse agar kamu bisa lebih n...
Bagaimana Cara Buat Duit Pasif Setiap Bulan Hanya Dari Rumah Sahaja

Bagaimana Cara Buat Duit Pasif Setiap Bulan Hanya Dari Rumah Sahaja

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 316 hits
Copytrade Bersama Cikgu Roslee Buat Profit 5 20 Setiap Bulan Tanpa Perlu Buat Apa Apa Peluang Untuk ANDA Menjana Pendapatan Pasif Setiap Hari Dari Perdagangan Matawang Walaupun Zero Knowledge Tak Tahu Nak Buat Analisis Pasaran Malas Tengok ...
Katakan Tidak Gigi Kuning 3 Cara Memutihkan Gigi Kuning

Katakan Tidak Gigi Kuning 3 Cara Memutihkan Gigi Kuning

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 283 hits
Katakan Tidak Gigi Kuning 3 Cara Memutihkan Gigi Kuning Gigi kuning Siapa yang ada masalah gigi kuning Tak nak mengaku semua Ok tak apa jom kita check gigi kita sama ada gigi kita ini kuning ke atau gigi putih Kebiasaannya orang yang mempun...
Cara Mengatasi Penularan Penyakit Berjangkit Daripada Semakin Berleluasa

Cara Mengatasi Penularan Penyakit Berjangkit Daripada Semakin Berleluasa

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 250 hits
Kebelangan ini kita dapat menyaksikan peningkatan kes kes penularan penyakit dalam kalangan negara mahupun di seluruh pelusuk dunia Banyak penyakit penyakit yang terdapat pada masa kini yang boleh berjangkit kepada orang ramai serta boleh m...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Curang Itu Pilihan Tapiiii


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel

Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

Amira Syahira Ragam Melayu Chord

Cara Buat Black Garlic Secara Homemade

Kisah Seram Hostel