Cara Buat Wasiat Sendiri


4 PERKARA MESTI ADA KALAU NAK BUAT WASIAT SENDIRI
KREDIT: Fakhrur Radzi
Wasiat, hibah dan waqaf adalah antara instrumen dalam perancangan harta pusaka

Alhamdulillah, semakin hari lebih ramai umat Islam yang sedar akan kepentingan merancang harta supaya dapat memberi manfaat yang berterusan kepada waris

Walaubagaimanapun, dari sudut teknikaliti masih ramai yang keliru dan tidak tahu bagaimana nak buat sebuah dokumen perwarisan yang lengkap

Oleh itu jom kita tengok 4 perkara yang perlu dibuat untuk merancang perwarisan harta

Kumpul Dan Senaraikan Segala Aset Dan Liabiliti Semasa
Ini adalah langkah pertama yang mesti semua orang buat. Senaraikan semua aset dan liability (hutang) yang kita miliki sekarang

Simpan semua dokumen-dokumen berkaitan dalam satu fail khas. Label fail tersebut untuk memudahkan waris mencarinya setelah kita tiada nanti

Gunakan Word, Sheet atau apa-apa aplikasi untuk senaraikan kesemua aset dan hutang yang kita miliki

Buat dua simpanan, satu softcopy yang boleh disimpan dalam email dan satu hardcopy untuk diletak sekali dalam fail tersebut

Lantik Wasi Atau AJK Pusaka
Salah satu perkara penting yang mesti ada dalam dokumen perwarisan harta adalah perlantikan wasi atau AJK pusaka

Apakah tugas wasi ini?
Wasi adalah pemegang amanah yang bertanggungjawab untuk menguruskan harta pusaka kita mengikut wasiat atau pesanan kita

Kebiasaanya disarankan untuk kita melantik ahli keluarga terdekat yang kita percaya akan berlaku amanah setelah kematian kita nanti

Apa jadi kalau tidak tak lantik wasi?
Waris perlu mendapatkan kata sepakat untuk melantik seorang wakil untuk uruskan harta pusaka

Permuafakatan ini akan memanjangkan lagi proses menuntut harta pusaka kita nanti

Takut-takut, waris tak dapat kata sepakat, harta pusaka pun terus terbeku, tiada siapa yang nak uruskan

Sediakan Dana Pantas
Apa yang dimaksudkan dengan dana pantas ini

Dana pantas adalah aset tunai yang boleh waris tuntut secara langsung selepas kita meninggal dunia tanpa perlu melalui proses untuk dapatkan surat perintah kuasa

Contoh aset dana pantas adalah duit dalam akaun KWSP dan Tabung Haji yang telah berpenama. Pampasan takaful berpenama pun termasuk dalam aset dana pantas

Kenapa perlu ada dana pantas?
Ini untuk memudahkan waris kita menguruskan harta pusaka. Kena ingat nak urus harta pusaka bukan percuma! Ada kos yang perlu dikeluarkan

Kerana telah terjadi banyak kes harta pusaka yang terus terbeku kerana waris tiada tunai untuk uruskan harta pusaka arwah

Walaupun kita tinggalkan RM2 juta dalam akaun bank sekalipun, jika waris kita tiada tunai sekurangnya 5% daripada keseluruhan harta pusaka kita, maka RM2 juta tersebut akan terus dibekukan

Akhirnya waris langsung tak dapat manfaat daripada harta pusaka

Dokumen Yang Disediakan Mesti Bertulis, Bertarikh Dan Bersaksi
“Arwah ayah ada bagitau aku sebelum dia pergi dulu, yang tanah kat kampung tu dia nak bagi pada aku sebagai anak sulung.”
Dulu-dulu di zaman atuk nenek kita, mereka tidak begitu ambil perhatian terhadap perancangan harta. 
Biasanya kalau nak berikan harta hanya beritahu melalui cakap mulut sahaja

Tiada hitam putihnya

Oleh itu penting kalau nak buat wasiat, pastikan dokumen perwarisan tersebut lengkap bertarikh dan mempunyai saksi. Ini bagi mengelakkan pertikaian antara waris setelah kita meninggal dunia sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pesanan kita semasa hidup

Dengan adanya dokumen lengkap sebegini, mudah bagi wasi atau AJK pusaka nak laksanakan pesanan arwah. 
Sama ada arwah ada berwasiat, buat hibah atau waqafkan sebahagian daripada hartanya

Bonus: Guna Khidmat Pakar
Walaupun cara membuat dokumen perwarisan ini nampak mudah, tetapi sebenarnya ia tidaklah semudah yang disangka

Lebih-lebih lagi kalau kita memang tiada ilmu dan kepakaran dalam bidang perwarisan harta pusaka Islam

Analogi mudahnya begini, dalam banyak urusan kehidupan seharian, kita serahkan kepada pakar untuk bantu kita

Nak buat rumah idaman, kita panggil kontraktor berpengalaman untuk bina

Bila kereta rosak, kita hantar kepada pakar kereta (bengkel) untuk betulkan

Anak sakit, kita hantar kepada pakar perubatan (doktor) untuk dapatkan konsultasi dan ubat

Nak beli baju raya, kita tempah dari pakar yang pandai menjahit

Oleh itu, sewajarnya juga kita cari dan dapatkan perkhidmatan pakar perwarisan harta pusaka untuk bantu rancang harta kita

Kita ada banyak pilihan khidmat pakar perwarisan di Malaysia, boleh cari dan dapatkan konsultasi dari mereka

Yang penting adalah kita rancang dan pastikan harta yang kita kumpul selama ini, dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada waris, tetapi kepada kita apabila sebahagian daripadanya disedekah atau diwaqafkan untuk manfaat umum

Insyaallah saya boleh bantu anda menbuat dokumen wasiat yang lengkap.

Pengurusan wasiat Hans Legacy Group terpaling mampu milik, lengkap dan komprehensif. 
RM400 sahaja untuk kami sediakan wasiat lengkap dan boleh menukar wasiat sementara masih hidup

Bagaimana nak dapatkan khidmat wasiat

Whatsapp ke 010-337 9012

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/06/cara-buat-wasiat-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ubat Buasir Dan Cara Merawat Buasir Dengan Cepat

Ubat Buasir Dan Cara Merawat Buasir Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 242 hits
Ubat Buasir Yang Berkesan Dengan Cepat Teringat qaseh pernah mengalami buasir waktu mengandung dahulu yang pernah merasa akan tahu peritnya kan Jika korang sedang tercari cari ubat yang berkesan untuk meredakan buasir ini antara tips dan ub...
Urban Farming Cara Menanam Sayur Di Rumah Dengan Mudah Dan Sihat

Urban Farming Cara Menanam Sayur Di Rumah Dengan Mudah Dan Sihat

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 308 hits
Urban farming atau pertanian bandar adalah aktiviti menanam sayur sayuran di kawasan bandar seperti rumah kediaman pejabat bangunan komersial atau ruang terbuka Urban farming semakin popular di Malaysia kerana ia memberi banyak manfaat kepa...
Bantuan E Tunai Belia Syarat Dan Cara Penebusan Rm200

Bantuan E Tunai Belia Syarat Dan Cara Penebusan Rm200

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 183 hits
Bantuan E Tunai Belia Syarat Dan Cara Penebusan RM200 Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan Program ePemula di bawah Belanjawan 2022 yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan belia membantu pemulihan perniagaan peke...
5 Cara Melihat Nomor Hp Akun Facebook Orang Lain

5 Cara Melihat Nomor Hp Akun Facebook Orang Lain

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 218 hits
Selamat Datang di Blog Orang IT Pada postingan kali ini saya akan share tips trik bagaimana melihat nomor handphone di akun facebook milik orang lain terutama akun facebook dari cowok cowok ganteng Sebenarnya informasi yang ditampilkan oleh...
9 Cara Menulis Huruf Arab Dengan Harakat Melalui Keyboard Pc Dan Hp

9 Cara Menulis Huruf Arab Dengan Harakat Melalui Keyboard Pc Dan Hp

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 234 hits
Selamat Datang di Blog Orang IT Menulis huruf Arab berharakat dengan media keyboard komputer atau hp mungkin tidak pernah terpikirkan bagi kita yang sudah terbiasa dengan keyboard latin US Padahal suatu waktu mungkin kita membutuhkan sarana...
Cara Add Masukkan Maklumat Kad Debit Kredit

Cara Add Masukkan Maklumat Kad Debit Kredit

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 268 hits
CARA ADD MASUKKAN MAKLUMAT KAD DEBIT KREDIT Pada masa kini pembayaran menerusi secara online memang amat mudah dan pantas Disini kami akan kongsikan kepada anda cara tambah untuk masukkan maklumat kad debit kredit anda sebagai kaedah pembay...
Cara Menjaga Pokok Kaktus Dengan Mudah Dan Betul

Cara Menjaga Pokok Kaktus Dengan Mudah Dan Betul

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 300 hits
Pokok kaktus adalah salah satu jenis pokok hiasan yang popular di kalangan pencinta tanaman Pokok kaktus mempunyai bentuk dan saiz yang pelbagai serta berduri yang menarik Ada juga pokok kaktus yang mengeluarkan bunga yang cantik dan berwar...
Cara Untuk Tambah Pendapatan Dan Dibayar Dalam Dolar Usa

Cara Untuk Tambah Pendapatan Dan Dibayar Dalam Dolar Usa

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 123 hits
Ringgit Malaysia adalah mata wang rasmi negara kita yang digunakan untuk melakukan transaksi perdagangan dan perniagaan Nilai ringgit berubah ubah mengikut permintaan dan penawaran di pasaran antarabangsa Nilai ringgit juga dipengaruhi oleh...
Cara Aktifkan Disable Overseas Spending Visa Touchngo Ewallet

Cara Aktifkan Disable Overseas Spending Visa Touchngo Ewallet

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 155 hits
CARA AKTIFKAN DISABLE OVERSEAS SPENDING VISA TOUCHnGO eWALLET Adakah anda memiliki Kad Visa TounhnGo Untuk pengetahuan anda kad visa ini juga boleh digunakan semasa anda ke luar negara Untuk penggunaannya seharusnya anda aktifkan terlebih d...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi