Cara Buat Pengeluaran Asb Online Guna Myasnb


Tahukah anda yang sekarang pelabur ASB dah boleh buat pengeluaran ASB online sahaja?
Tak perlu pergi ke kaunter cawangan ASNB.
Tak perlu pergi ke kaunter ejen ASNB seperti Pos Malaysia dan bank-bank tempatan.
Tak perlu keluar rumah, tak perlu bersesak-sesak atas jalan raya, tak perlu nak menunggu lama-lama.
Boleh buat di hujung jari sahaja.
Boleh guna komputer, laptop atau telefon pintar.
Yang penting, ada talian Internet.
Tak perlu buku pelaburan pun.
Yang paling penting, wajib ada akaun myASNB, iaitu portal online ASNB.
Kalau belum daftar, boleh rujuk di sini: Cara Daftar Portal myASNB
Berbalik semula kepada pengeluaran ASB online.
Perkhidmatan ini baharu sahaja dilancarkan oleh pihak ASNB bagi memudahkan para pelabur atau pemegang unit amanah mereka untuk menjual balik (dalam erti kata lain, membuat pengeluaran) unit-unit yang mereka pegang.
Ini bukan sahaja untuk pelabur skim ASB, bahkan juga untuk skim-skim ASNB yang lain seperti ASB2, ASB3-Didik, ASM, ASM2-Wawasan ASM3 dan lain-lain skim kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Hasil jualan balik unit atau wang yang dikeluarkan akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.
Berapa had pengeluaran ASB online?
Ini adalah apa yang dinyatakan oleh pihak ASNB:
Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100 Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja Ada sebarang caj dikenakan?
Kemudahan pengeluaran ASB online dan juga mana-mana skim ASNB adalah percuma sahaja.
Tiada sebarang kos dikenakan.
Adakah pengeluaran ASB online boleh dilakukan setiap masa?
Tidak, hanya pada waktu urus niaga sahaja seperti yang berikut:
Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad* Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad* (*kecuali cuti umum)
Bagaimana cara buat pengeluaran ASB online melalui myASNB?
Begini langkah-langkahnya:
*sumber gambar daripada Facebook Amanah Saham Nasional Berhad
Langkah #1 – Log masuk ke akaun myASNB di www.myasnb.com.my

Langkah #2 – Klik Portfolio, kemudian klik Transaksi pada unit amanah yang hendak dikeluarkan/jual balik, dan pilih Jualan Balik

Langkah #3 – Pastikan maklumat bank adalah betul. Hanya akaun bank pemilik unit sahaja dibenarkan. Jika nak ubah maklumat akaun bank, boleh kemaskini di bahagian Maklumat Peribadi.

Langkah #4 – Baca dan fahami Penafian dan Kriteria minimum yang dipaparkan.Tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya.

Langkah #5 – Masukkan amaun yang hendak dikeluarkan. Minimum adalah RM 100 dan maksimum adalah RM 500. Tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya.

Langkah #6 – Semak semula butiran bank. Jika berpuas hati, klik Teruskan.

Langkah #7 – Klik pada Permintaan TAC. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan di Maklumat Peribadi. Masukkan nombor TAC dan klik Seterusnya.

Selesai, transaksi anda berjaya!

Bila wang akan dikreditkan ke akaun bank?
Wang akan dikreditkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja ke akaun bank yang didaftarkan.
Jika pengkreditan pembayaran tidak berjaya, cek akan dihantar ke alamat yang didaftarkan dengan ASNB.
Jadi, pastikan anda kemaskini maklumat yang terkini di Maklumat Peribadi.
Begitulah sahaja serba sedikit berkenaan pengeluaran ASB online menerusi myASNB.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk di sini: Pengeluaran Secara Dalam Talian di myASNB
Ingat ya!
Walaupun pengeluaran ASB online mudah dilakukan, tetapi janganglah sampai buat pengeluaran setiap masa.
Nanti tak capai pula objektif nak kukuhkan kewangan dengan simpanan ASB.
Semoga bermanfaat!
p/s: Jangan lupa kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.
The post Cara Buat Pengeluaran ASB Online Guna myASNB appeared first on Jom Urus Duit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jomurusduit.com/2020/04/pengeluaran-asb-online-myasnb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Pengeluaran Rm500 Sebulan Daripada Asb

Cara Pengeluaran Rm500 Sebulan Daripada Asb

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 756 hits
CARA PENGELUARAN RM500 SEBULAN DARIPADA ASB Sebagai rakyat Malaysia kita sungguh bertuah kerana dikala rakyat sedang menghadapi beban kewangan ekoran penularan wabak Covid 19 Pelbagai kemudahan kewangan disediakan untuk membantu rakyat Cont...
Cara Mohon Pengeluaran I Lestari Kwsp Online Tanpa Perlu Email Dan Pos Borang

Cara Mohon Pengeluaran I Lestari Kwsp Online Tanpa Perlu Email Dan Pos Borang

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 558 hits
Cara Mohon Pengeluaran i Lestari KWSP Online Tanpa Perlu Email dan Pos Borang Adakah anda ingin memohon pengeluaran akaun 2 KWSP Pengeluaran i Lestari sebelum ini memang agak merumitkan yang mana perlu pengesahan pemilikan telefon bimbit da...
I Lestari Online Cara Mudah Pengeluaran I Lestari

I Lestari Online Cara Mudah Pengeluaran I Lestari

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 390 hits
i LESTARI ONLINE CARA MUDAH PENGELUARAN i LESTARI KONSEP MUDAH DIFAHAMI TENTANG PENGELUARAN i LESTARI Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan p...
Cara Mohon Pengeluaran Ilestari Kwsp Online Lebih Mudah

Cara Mohon Pengeluaran Ilestari Kwsp Online Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 1280 hits
Berita paling gembira bagi pencarum KWSP yang nak tahu cara mohon pengeluaran iLestari KWSP online yang lebih mudah Sekarang pihak KWSP dah sediakan satu laman web khusus untuk ahli membuat permohonan secara online sahaja Jika sebelum ini k...
Tahu Tak Asb Dah Boleh Buat Pengeluaran Online Rm500 Sebulan Ini Caranya

Tahu Tak Asb Dah Boleh Buat Pengeluaran Online Rm500 Sebulan Ini Caranya

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 351 hits
Untuk makluman hari ini pihak Amanah Saham Nasional Berhad telah mengumumkan satu kemudahan terbaru iaitu pengeluaran ASB online Ini bermaksud kita dah tak perlu lagi beratur di kaunter kios atau pejabat pos jika nak keluark
Ini Cara Mudah Nak Bersihkan Kotoran Degil Di Rumah Hanya Guna Sabun Pelembut Air Suam

Ini Cara Mudah Nak Bersihkan Kotoran Degil Di Rumah Hanya Guna Sabun Pelembut Air Suam

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 284 hits
Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan pasti ibu ibu ingin belajar satu trik baru yang menarik dan mudah didapati di rumah sahaja Ya tidak dinafikan bahawa suri rumah sangat cekap mengendali kerja kerja kebersihan rumahtangga Kali ini SK in...
Cara Menggunakan Online Banking Secara Selamat

Cara Menggunakan Online Banking Secara Selamat

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 452 hits
Kita perlu sentiasa berhati hati semasa menggunakan online banking bagi apa juga tujuan Di sini dikongsikan cara menggunakan online banking dengan selamat The post appeared first on
Cara Permohonan No Pin E Filing Lhdn Online

Cara Permohonan No Pin E Filing Lhdn Online

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 380 hits
Cara Permohonan No PIN E Filing LHDN Online Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh LHDN melalui ezHasil adalah dengan mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan dan borang anggaran dan dihantar secara online
Permohonan Dan Semakan Pengeluaran I Lestari Online

Permohonan Dan Semakan Pengeluaran I Lestari Online

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 699 hits
Cara mudah mohon dan semak keputusan pengeluaran i Lestari KWSP secara online Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan satu kaedah baharu untuk memohon dan menyemak keputusan pengeluaran i Lestari yang lebih senang dan pantas iaitu ...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


How Working For Google Amazon And Microsoft Lost Dream Job Status

5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander