Cara Buat Duit Online Dengan Menjual Produk Orang Lain
Masih ramai lagi yang tak tahu cara untuk buat duit secara online melalui platform media seperti blog, instagram dan facebook. Mungkin anda dah rancang untuk buat duit dengan berniaga secara online tapi masalah yang timbul apabila anda tak tahu barang apa yang nak dijual sebab tiada produk sendiri. Dalam dunia internet, sebenarnya anda tak perlu ada produk sendiri untuk jana pendapatan. Ramai yang diluar sana yang dah berjaya buat duit secara online, cecah ribuan ringgit, dengan hanya menjual produk orang lain. Macam mana tu?
Klik contoh menjual produk orang lain dengan program dropship SweetMuslimah
Klik contoh menjual produk orang lain dengan program dropship KlikJer
Apa yang anda perlu buat ialah dengan cari produk yang sesuai dan tolong jualkan. Yang ni kita namakan sebagai program dropship dimana anda sebagai dropshipper hanya lakukan promosi dan dapat komisen dengan cara 'mark up' harga. Ada pelbagai jenis dropship yang boleh anda sertai untuk buat duit tanpa perlu mengeluarkan duit sendiri. Contoh, katakan harga satu produk ialah RM100. Tapi anda promosikan produk tersebut dengan harga RM130, yang mana anda ambil untung sebanyak RM30. Bayangkan kalau produk yang dipromosikan tu mendapat jualan sebanyak 10 produk, dengan mudah je anda dah dapat komisen sebanyak RM300. Masyuk kan?Cara Buat Duit Online Dengan Menjual Produk Orang Lain
Untuk buat duit secara online dengan menjual produk orang lain, anda perlu ada strategi yang tersendiri. Platform media memainkan peranan penting dalam hal ni. Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya 2 akaun bagi platform media yang dinyatakan di bawah untuk melakukan promosi menjual produk orang lain.
Blog - Sila daftar akaun blog untuk bina blog dan cari template yang sesuai untuk blog. Promosikan barang yang nak dijual dengan menulis review mengenai produk tersebut dan cara pembelian. Jika ada bajet lebih, boleh guna Google Adwords untuk promosikan produk anda dalam carian Google.
Facebook Page – Sila bina Facebook Page. Cantikkan banner dan header anda dengan gambar produk yang anda bakal promosi. Kalau ada lebih bajet, sila gunakan Facebook Ads untuk tingkatkan like page anda. Lebih banyak like maka lebih banyak peluang produk anda terjual.
Instagram – Sila daftar dan buka akaun Instagram. Kalau anda masih tidak tahu cara berniaga di Instagram, segera dapatkan Panduan Bisnes Instagram sementara masih ada ini untuk belajar cara betul melariskan jualan anda.
Whatsapp – Sila buka akaun Whatsapp sekiranya masih belum ada. Ianya penting untuk dihubungi oleh pelanggan yang berminat dengan produk anda. Masukkan maklumat untuk dihubungi seperti nombor Whatsapp di blog, facebook page dan instagram.
Di bawah adalah contoh produk yang anda boleh ambil daripada website tersebut dan promosikan untuk buat duit melalui platform media yang dinyatakan diatas.
Kumoten – Website lubuk dropship terbesar di Malaysia. Ada banyak produk di siniTudung2u – Gedung tudung terbesar di Malaysia. Kena hantar email untuk joinSweetMuslimah – Boleh jual pelbagai jenis pakaian dan tudung muslimah KlikJer - Pelbagai jenis produk berbentuk e-book untuk dipromosi dan dapat komisen. Lazada/Shopee/Zalora/11Streets/Taobao - Website paling banyak barang untuk buat duit secara online dengan jadi dropshipper.
Sebenarnya, banyak lagi program dropship lain yang anda boleh join. Melalui contoh dropship diatas ni anda boleh jana income dengan jual produk orang lain secara online. Ramai yang dah nikmati income hasil jualan melalui dropship. Anda bila lagi?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nicknashram.com/2018/09/cara-buat-duit-online-dengan-menjual-produk-orang-lain-.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+nicknashram87+(Nick+Nashram)