Cara Buat Blog Wordpress Video Tutorial Lengkap Pemasangan
Wordpress merupakan platform blogging yang terkenal dikalangan blogger kerana memberikan kebebasan untuk mereka bentuk dengan cara tersendiri. Selain itu terdapat beberapa perkara lagi Mengapa untuk memilih Wordpress sebagai platform blogging anda:
Ianya percuma untuk digunakanIanya mudah untuk dipasang dan diuruskanWordpress telah wujud bertahun-tahun lamanya dan telah diyakini sebagai sebuah platform yang mantap dan selamat oleh blogger-blogger pro.Mempunyai sokongan komuniti yang besar dimana mampu untuk menolong kita menyesuaikan blog dalam pelbagai cara.Perkara yang perlu anda tahu:Wordpress menawarkan kepada blogger dalam 2 bentuk:Wordpress.com - dimana mereka menggunakan hosting mereka dan anda tidak boleh mengubah sewenang-wenangnya. Alamat blog anda seperti ini, www.mazukiblog.wordpress.com sebagai contoh.Wordpress.org - dengan menggunakan perisian wordpress ini, anda mempunyai kawalan penuh terhadap blog anda. Perisian ini hanya boleh anda pasang apabila sudah membeli Hosting dan Domain.Jadi dalam artikel ini, saya tidak mahu menekan berkenaan wordpress.com kerana tujuan kita membina blog adalah untuk Buat Duit Online. Jadi fokus kita adalah membina satu blog yang mantap dan sedia untuk menghasilkan pendapatan
Beli Domain dan HostingSaya telah menggunakan DataKL untuk host domain saya sejak 2009. Secara peribadi mereka tidak mengecewakan dari segi bantuan sokongan dan sampai ke hari ini DataKL masih wujud. Jika anda masih baru dalam pembelian diinternet ini saya sarankan untuk membeli nama domain dan hosting di syarikat hosting tempatan untuk memudahkan urusan jika terdapat apa-apa masalah.
Pemilihan Pakej HostingUntuk permulaan, saya hanya memilih pakej yang asas seperti:Host untuk 1 domain ataupun pakej 2 domainJika di DataKL saya memilih pakej DataMini RM95/YearTerpulang kepada anda untuk memilih mana-mana 'Web Hosting Provider' yang anda rasakan menarik
JIKA ANDA BARU - Saya sarankan untuk anda membeli domain dan hosting pada satu tempat untuk memudahkan proses integrasi domain dan server
1. Pemasangan Wordpress Menggunakan Softaculous
Selepas anda membeli hosting, mereka akan berikan anda Control Panel untuk menguruskan website anda disitu. Dalam Control Panel ini terdapat perisian dinamakan Softaculous. Cara untuk memasangan wordpress boleh menggunakan Softaculous. Hanya klik dan klik dan blog wordpress anda telah dipasang.
2. Wordpress - Login & Admin Area
Pada laman admin area adalah tempat dimana anda mengawal semua berkaitan blog wordpress anda. Disini adalah tempat untuk anda mengatur cara bagaimana paparan blog anda inginkan dengan memasangan 'theme' dan 'plugin' yang anda rasa sesuai.
Semua fungsi yang ada dalam 'admin area' diterangkan dalam video ini. Sangat membantu untuk yang belum pernah mempunyai blog wordpress sendiri dan boleh melihat paparan secara keseluruhan berkenaan 'admin area' wordpress ini.
3. Wordpress - Creating Pages Untuk mencipta 'pages' dalam wordpress bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Dalam video ini telah diterangkan bagaimana untuk menghasilkan 'pages' untuk wordpress. Apa yang lebih penting adalah apakah fungsi 'pages' itu sendiri dalam sesebuah blog.
'Pages' adalah satu laman yang statik yang dikira tidak banyak akan diubah dan biasanya para blogger akan menggunakan 'pages' untuk membuat laman berkenaan:'About''Contact''Privacy Policy'Laman yang memceritakan isi penting keseluruhan blog kita seperti saya lakukan di mazukiblog - Mula Disini4. Wordpress - Creating Blog Post 'Pages' dan 'Blog Post' boleh dilihat hampir sama tetapi 'Post' biasanya digunakan untuk blog. Blog 'post' pula biasanya akan menyenaraikan artikel terbaru pada paparan utama manakala artikel lama akan terkebelakang.
Segala ciri-ciri dan 'tools' yang ada dalam 'post' diterangkan dalam video ini. Bukan hanya sekadar artikel, mp3 dan video juga boleh dimuat naik dalam wordpress
5. Wordpress - Categories and Tags Dalam wordpress, ia mempunyai fungsi kategori dan tag dimana hanya 'Labels' dalam platform blogger. Kategori adalah untuk mengumpulkan 'post' dalam topik manakala 'tag' biasanya digunakan untuk menggambarkan lebih spesifik kepada artikel berkenaan.
Kategori dalam wordpress juga boleh dilakukan sub-kategori
'Tags' - mungkin saya boleh memberikan contoh bagaimana 'tags' dilakukan. Contohnya artikel ini, jika saya menggunakan wordpress saya akan masukan dalam Kategori: Blogging manakala Tags: video tutorial,wordpress,domain,hosting
Bagaimanapun, penggunaan 'tags' adalah sebagai pilihan dan tidak semestinya kita lakukannya
6. Wordpress - Using Plugins WOW!!! Inilah kelebihan wordpress berbanding 'blogging platform' yang lain. Anda tidak perlu untuk memasukan 'coding' satu persatu untuk mendapatkan sesuatu yang anda inginkan contoh 'contact form'. Hanya dengan cara memasang plugin yang anda inginkan, blog anda akan menjadi lebih menarik. Tiada had untuk anda memasang plugin pada sesebuah blog. Namun, terlalu banyak plugin mungkin akan menjadikan blog anda beban kepada server yang anda gunakan
Rancang bagaimana untuk blog anda dipaparkan kepada pembaca kemudian cari plugin yang sesuai. Disini memerlukan kreativiti individu untuk melakukannya
Wordpress Plugins PercumaWordpress Plugins Premium7. Wordpress - Customizing Themes Dalam pemilihan 'Themes' bergantung kepada cara tersendiri. Penulisan artikel di blog adalah penting tetapi 'Themes' blog juga adalah penting untuk memberi keselesaan kepada pembaca. Tidak perlu 'theme' yang terlalu berat kerana perlu diingat tujuan asal penulisan kita adalah untuk pembaca dan pembaca ini adalah potensi duit dari blog kita.
'Theme' percuma pula biasanya tidak begitu menarik atau fungsi yang ditawarkan tidak sebagaimana yang diinginkan. 'Theme' premium biasanya akan lebih maju berbanding 'theme' percuma.
Bagaimanapun, tidak perlu terburu-buru jika anda masih baru dengan wordpress, boleh pakai dahulu dengan 'theme' percuma.
'Wordpress Theme' Percuma'Wordpress Theme' Premium
8. Wordpress - Menu and Widgets 9. Wordpress - Creating and Managing Users 10. Wordpress - Marketing Your Website [Pemasaran Blog] Setelah anda siap memasangan dengan 'theme' dan 'plugin' yang anda inginkan maka teruskan menulis dan kemaskini blog anda. Gagal untuk kemaskini blog anda membuatkan segala usaha yang anda lakukan sebelum ini sia-sia. Tanpa kemaskini artikel terbaru yang menarik maka tidak ada pelawat akan ke blog anda
Tanpa pelawat maka bagaimana untuk menarik minat syarikat pengiklanan untuk beriklan dengan anda maka segala cita-cita untuk buat duit online anda bakal berkubur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mazukiblog.blogspot.com/2016/06/cara-buat-blog-wordpress-video-tutorial.html