Cara Buat Blog Sendiri Dengan Mudah Untuk Tahun 2020



Ikuti panduan lengkap ini cara buat blog sendiri dengan mudah untuk tahun 2020. Panduan ini sesuai untuk mereka yang baru sahaja nak mula untuk hasilkan blog sendiri.
Dalam panduan ini, saya akan tunjukkan cara buat blog menggunakan platform blogspot yang bagi saya antara platform yang paling mudah untuk dikendalikan terutamanya kepada newbie atau yang baru nak mula. Banyak lagi platform yang anda boleh pakai seperti Wordpress, Wix, tumblr, gator dan banyak lagi.
Platform blogspot atau blogger ini merupakan produk Google sendiri dan ianya 100% percuma. Selain itu, blogspot ini juga tidak memerlukan pengetahun coding pun berbanding platform-platform lain, jadi anda yang tiada ilmu IT pun boleh gunakan, yang penting pandai menaip dan suka menulis artikel.

Untuk tahun 2020, kita sudah masuk ke era digital dimana ramai yang mula menulis di dalam platform digital. Mereka kongsikan pengalaman, review, luahan hati, pengikalanan dan banyak lagi. Antara yang terbaik adalah menggunakan blogger ini. Setiap pencarian atau search di Google, kebarangkalian untuk penulisan anda dijumpai adalah besar. Anda boleh menulis apa sahaja disini dan pastikan ianya bermanfaat tau.
Selain tempat untuk menulis, sebenarnya di blog ni anda juga boleh jana pendapatan melalui perkhidmatan pengiklanan, perkhidmatan penulisan, perkhidmatan review dan macam-macam lagi. Sebelum ini saya ada kongsikan pengalaman selama berkecimpung dalam dunia blog ini mampu jana pendapatan sehingga 4 angka. Selain itu saya kongsikan juga 7 cara buat duit menggunakan blog sahaja. Anda boleh baca.
Jadi untuk permulaan, anda perlu hasilkan blog terlebih dahulu. Jadi jom kita tengok cara buat blog sendiri dengan mudah bagi tahun 2020 ini menggunakan platform blogspot. 
Cara Buat Blog Sendiri Untuk Tahun 2020Untuk permulaan, perkara penting untuk anda mula adalah anda perlu daftar akaun gmail ([email protected]) terlebih dahulu. Jadi selepas ini, anda hanya perlu Log In sahaja menggunakan gmail tersebut.
Cara ini menggunakan halaman yang terbaru diperkenalkan oleh pihak Blogger untuk tahun 2020. Jadi ianya sama seperti tutorial yang anda ikut selepas ini
Untuk mula anda pergi ke pautan www.blogger.com dan klik pada "Create Your Blog"

Disini anda hanya perlu Sign In sahaja akaun gmail dan masukkan password anda seperti biasa seperti yang anda daftarkan sebelum ini.

Halaman utama blog akan muncul dan anda klik pada "Create Blog"

Masukkan nama blog anda yang akan dipaparkan pada halaman utama selepas ini.
Dalam tutorial dan panduan ini, saya berhajat untuk hasilkan blog dengan niche dunia teknologi. Jadi saya namakan mohgadget
Dah selesai, klik "Next"

Langkah ini sangat penting iaitu URL blog anda. Pautan URL ini tidak boleh diubah selepas anda tetapkan. Jadi pastikan anda sudah fikir URL unik anda yang akan digunakan selama-lamanya. 
Saya namakan url mohgadjet.blogspot.com
Anda masukkan URL sehingga menunjukkan address is available dan akhirnya klik "Save"

Anda akan dibawa ke halaman utama blogger dan akan dipaparkan pelbagai ciri dan fungsi seperti dalam gambar dibawah


Setting Blog Supaya Mesra SEOLangkah seterusnya, saya akan tunjukkan untuk anda tetapkan atau setting blog anda supaya mesra mesin pencarian Google (SEO) dengan erti kata mudah, supaya lebih mudah orang ramai cari blog anda ini secara automatik.
Jadi ada beberapa perkara untuk anda setting kan. Ikut sahaja cara yang ditunjukkan ini.
Pada halaman blogger, pergi ke "Setting"

Pada bahagian setting ini terdapat 16 bahagian antaranya :

Basic - Pada bahagian ini anda perlu masukkan tajuk blog, description dan upload Favicon blog anda. Anda boleh lihat dalam gambar sebagai rujukan. Dah selesai, klik "Save"

Privacy - Pada bahagian ini biar ianya ON supaya orang ramai boleh cari blog anda ini
Publishing - Pada bahagian ini anda tidak perlu ubah apa-apa. Biarkan sahaja
HTTPS - Biarkan HTTPS redirect dalam keadaan ON supaya blog anda lebih selamat atau secure
Permissions - Disini anda boleh masukkan beberapa penulis lain untuk menulis bagi blog anda. Jika tiada, biarkan sahaja
Posts - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan
Comments - Disini anda boleh tetapkan siapa yang boleh komen pada artikel anda. Anda tetapkan pada bahagian "Who can comment?". Jika tidak, biarkan sahaja
Email - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan
Fomatting - Anda perlu ubah pada Time zone kepada Malaysia Time - Kuala Lumpur (GMT+08:00)

Meta tags - Anda perlu tik untuk "ON" kan Enable search description. Klik pada "Search desciption" dan masukkan perihal blog anda dalam 150 patah perkataan sahaja. Ringkas! Ini memudahkan mesin pencarian mencari keyword pada blog anda.
BACA : Apakah Fungsi Search Description Pada Blogger? Boleh Tingkatkan SEO ke?

Errors and redirects - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan
Crawlers and indexing - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan
Monetization - Jika anda sudah berjaya dapatkan akaun Adsense, anda boleh masukkan ads.txt pada bahagian ini. Jika tidak, biarkan sahaja
Manage Blog - Disini anda boleh backup kandungan blog atau anda boleh padam sepenuhnya blog anda ini.
Site feed - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan
General - Anda boleh tetapkan profile blog anda dengan klik pada "User Profile". Masukkan semua maklumat yang diperlukan terutamanya URL blog dan gambar anda. Yang lain nak skip pun boleh.

Cara Mula Post Artikel Di BlogJika kesemua setting SEO tersebut sudah selesai. Barulah boleh mula untuk post artikel anda di blog.
Pada halaman utama atau halaman Post, klik pada "NEW POST"

Masukkan tajuk post atau artikal anda pada ruangan "Title"
Anda boleh mula menulis pada bahagian ruang yang disediakan. Terdapat pelbagai menu pada bahagian tab di atas bagi mencantikkan lagi artikel anda. 
Anda boleh tukar jenis, saiz dan warna font. Anda juga boleh tetapkan heading, subheading, paragraph dan lain-lain. 
Untuk masukkan gambar, klik pada icon image (insert image) dan kemudian klik "Upload from computer"

Pada bahagian "Post setting", perkara paling penting untuk anda tetapkan setiap kali untuk buat post atau artikel adalah pada bahagian Labels, Permalink dan Search Description.
Labels - masukkan keyword berkaitan post anda tersebut (1-2 perkataan sahaja)
Permalink - tetapkan URL post anda seringkas yang boleh. Jangan terlalu panjang.
Search Description - ceritakan secara ringkas berkaitan post anda tersebut dalam 150 perkataan sahaja
Jika sudah selesai semua, anda boleh previu terlebih dahulu. Jika sudah puas hati boleh klik pada "Publish"
Untuk anda ubah template blog anda, anda boleh tetapkan pada bahagian "Theme". Selain itu, anda juga boleh ubah URL anda dari blogspot.com kepada .com sahaja menggunakan custome domain. Anda boleh baca perkongsian dibawah
BACA : Perkongsian aimanabdullah.com, template dan domain yang digunakan
Itu sahaja. Mudah je kan. Kini anda boleh memiliki blog sendiri. Semoga perkongsian cara buat blog sendiri untuk tahun 2020 ini anda boleh faham dan memberi manfaat kepada semua.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2020/12/cara-buat-blog-sendiri-dengan-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6133 Tertipu Scam Sedekah Toqqi Share Cara Yang Mudah Selamat Tv Ppim 04 12 2020

6133 Tertipu Scam Sedekah Toqqi Share Cara Yang Mudah Selamat Tv Ppim 04 12 2020

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 406 hits
Fobia Scammer Sedekah bukan alasan untuk anda berhenti berinfak Toqqi sendiri pun confirm korang mesti akan suka bersedekah dengan sumbangan comSistemnya Mudah Fleksibel Kesian para penyumbang gigih nak salin semula nombor akaun untuk buat ...
Cara Pilih Tembikai Manis Sedap Berjus Dengan Mudah

Cara Pilih Tembikai Manis Sedap Berjus Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 473 hits
Cara Pilih Tembikai Manis Sedap Berjus Dengan Mudah Buah tembikai merupakan salah sejenis buah kegemaran anak anak kat rumah ni Beli sebiji besar makan sehari dah boleh habis dan part paling best kulit tembikai tu boleh di buat sayur manis ...
Cara Buat Popia Vietnam Yang Mudah Dan Sesuai Untuk Orang Diet

Cara Buat Popia Vietnam Yang Mudah Dan Sesuai Untuk Orang Diet

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 611 hits
Hi korang RESEPI POPIA VIETNAM PALING SIMPLE TAPI SIHAT SEDAP Sabtu hari tu adik adik SA balik ingatkan balik saje nak lepak lepak kat rumah je rupanya diorang ada agenda nak buat popia vietnam SA plak sedap tido petang masa tu tau tau terb...
Cara Putihkan Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan Menggunakan Whitekish Seawal 7 Hari

Cara Putihkan Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan Menggunakan Whitekish Seawal 7 Hari

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 566 hits
Cara Putihkan Gigi Dengan Mudah dan Berkesan Menggunakan WHITEKISH Seawal 7 hari Assalamualaikum Gigi yang putih berseru memang menjadi idaman semua orang Memiliki gigi yang putih dapat menambahkan keyakinan seseorang Boleh tersenyum manis ...
Cara Tanam Daun Pegaga Sendiri Di Rumah Boleh Buat Air Rebusan Berkhasiat

Cara Tanam Daun Pegaga Sendiri Di Rumah Boleh Buat Air Rebusan Berkhasiat

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 515 hits
Daun pegaga memang banyak khasiatnya untuk kesihatan dan juga untuk penjagaan kecantikan wanita Tak rugi jika anda tanam sendiri daun ini di rumah Bila bila masa sahaja anda boleh menikmatinya Salah satunya adalah dengan menyediakan air reb...
Menyampaikan Dengan Cara Sendiri

Menyampaikan Dengan Cara Sendiri

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 317 hits
Assalammualaikum wbtMENYAMPAIKAN DENGAN CARA SENDIRI Bakat semulajadi sedia ada Bakat yang memang benar benar diasah dilatih dan diacuankan Bercakap untuk menyampaikan atau mengajar akan sesuatu hingga boleh menarik perhatian orang lain itu...
Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika

Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 409 hits
Cara Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika Mungkin ramai antara kita pernah mengalami situasi dimana kita gagal mengawal suhu kepanasan seterika dan menyebabkan pakaian kita jadi mangsanya Pada artikel ini saya akan kongsikan kepada anda sem...
Syarat Dan Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2020 2021 Rmr Spnb

Syarat Dan Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2020 2021 Rmr Spnb

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 520 hits
SYARAT DAN CARA MOHON RUMAH MESRA RAKYAT 2020 2021 RMR SPNB SYARAT KELAYAKANWarganegara MalaysiaPemohon mestilah berumur 18 tahun ke atasPendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5 000Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri ...
Cara Kak Su Promot Blog

Cara Kak Su Promot Blog

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 379 hits
Sebenarnya Kak Su ada bercerita di artikel lalu macam mana Kak Su dapatkan pengunjung ke blog akak Dengan erti kata lain cara Kak Su promot blog baru yang tidak dikenali sesiapa tanpa iklan berbayar You boleh baca disini 12 Perkara Kak Su l...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner