Cara Buang Bloatware Dan Iklan Pada Peranti Xiaomi Redmi Tanpa Root



Peranti Xiaomi sering menjadi pilihan marhaen dek kerana harganya yang mampu milik. Tetapi seperti biasa, yang murah akan hadir bersama beberapa isu yang tidak dapat dielakkan.
Untuk kes Xiaomi, perantinya ‘diselitkan’ dengan iklan-iklan dan bloatware.
Kebiasaannya pemilik akan ‘root’ peranti masing-masing untuk membuang segala bloatware yang memenuhi ruang storan. Cuma apabila ia dilakukan, serta merta waranti akan terus tidak terpakai, dan peranti berkemungkinan menghadapi risiko gagal untuk berfungsi sekiranya pemilik membuang aplikasi yang diperlukan oleh sistem.
Dengan atas kesedaran itu, seorang pembangun telah mencipta sebuah aplikasi kecil yang dijalankan dengan Java untuk membantu pemilik peranti agar dapat membuang dan menghapuskan pelbagai bloatware dengan selamat tanpa perlu untuk root.
Aplikasi tersebut bernama Xiaomi ADB/Fastboot Tools.
Bagaimana cara nak menggunakannya?
1. Anda perlu muat turun Xiaomi ADB/Fastboot Tools dan pemacu yang bersesuaian dengan peranti anda. Biasanya ia akan dimuat turun secara automatik bagi membantu aplikasi ini untuk membaca peranti. Jika ia tidak dapat muat turun, anda boleh lakukannya sendiri dengan memuat turun ia di laman GitHub yang sama.
Muat turun ADB Driver Installer di sini: Saki-EU/XiaomiADBFastbootTools
Dan aplikasi di sini: XiaomiADBFastbootTools – Releases.
2. Pastikan pemacu ADB berjaya dipasang.

3. Aktifkan terlebih dahulu ‘Developer options’.
Untuk MIUI: Hala ke Settings > About device, dan tekan pada ‘MIUI version’ tujuh kali.
Ada sesetengah ROM yang anda perlu hala ke My device > All specs > baru boleh tekan MIUI version.
Untuk Android One: Settings > System > About device, dan tekan pada ‘Build number’ tujuh kali.
4. Kemudian, sambungkan peranti kepada komputer dengan mode ADB.
Untuk MIUI: Settings > Additional settings > Developer options, dan aktifkan USB debugging serta USB debugging (Security settings).
Untuk Android One: Settings > System > Developer options dan aktifkan USB debugging.

5. Gunakan kabel USB untuk menyambungkan peranti anda kepada komputer. Tunggu sehingga komputer mengesan dan membaca peranti, kemudian di peranti anda akan ada permintaan untuk menyambung ia kepada mode USB debugging.
Anda perlu membenarkannya untuk meneruskan langkah berikut.
6. Buka aplikasi Xiaomi ADB/Fastboot Tools. Tunggu sehingga ia dapat mengesan dan membaca peranti anda.

7. Di sini saya berikan contoh dari peranti Redmi Note 5 yang sedang saya gunakan. Anda dapat lihat senarai aplikasi. Kesemua aplikasi yang tersenarai tersebut adalah selamat untuk dibuang. Anda cuma perlu tandakan pada kotak di sebelah namanya, dan klik butang Uninstall.
8. Ucapkan hastalavista bebeh.
Jadi macam mana nak buang iklan pula?
Anda perlu hapuskan atau buang aplikasi yang bernama MSA. MSA adalah kependekan dari MIUI System Ads, yang digunakan oleh sistem untuk mengeluarkan iklan.
Sekali lagi ucapkan hastalavista dan klik uninstall dengan bangganya.

Selesai tutorial untuk buang bloatware dan iklan pada peranti Xiaomi dan Redmi.
9. Jika anda ingin pasang semula mana-mana aplikasi yang anda terasa seperti ‘rindu’ atau ‘tersilap’ nyahpasang, anda boleh lakukannya dengan klik pada tab Reinstaller. Cari aplikasi yang anda ingin pasang semula, tandakan pada kotak di sebelah namanya dan klik butang Reinstall.

10. Jika ada aplikasi yang gagal dinyahpasang/dibuang, jangan sedih. Peranti saya pun begitu. Itu kita terpaksa redha dan senyum kepada komputer.
Ia ibarat kotoran degil yang bila dicuci dengan Clorox pun tidak mahu hilang. Jika susah sangat nak mencucinya, kita beli sahaja pakaian baru. Begitu juga dengan telefon ini.
BELI sahaja yang baru. Nak pening buat apa?

11. Gurau saja. Anda boleh juga gunakan tab ‘Disabler‘ untuk menyahaktif aplikasi-aplikasi yang tidak dapat dibuang tersebut. Dengan cara ini sekurang-kurangnya ia tidak ‘timbul’ di app drawer dan mengganggu pemandangan anda.

Baiklah. Saya berharap anda dapat ‘enjoy’ dengan tutorial separuh serius, separuh bergurau ini. Jika ia bermanfaat untuk anda, kongsikanlah ia dengan rakan-rakan yang lain. Semoga bloatware dan iklan tidak lagi menghantui mimpi-mimpi anda di malam hari.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/cara-buang-bloatware-dan-iklan-pada-peranti-xiaomi-redmi-tanpa-root/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hapus Bloatware Aplikasi Bawaan Xiaomi Tanpa Root Sangat Mudah

Hapus Bloatware Aplikasi Bawaan Xiaomi Tanpa Root Sangat Mudah

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 515 hits
via beebomkucingtekno com Bloatware atau aplikasi bawaan di xiaomi merupakan aplikasi dari vendor yang tidak dapat kita hapus Aplikasi tersebut berjalan sebagai sistem sehingga kita tidak dapat meng uninstalnya secara langsung Aplikasi ters...
Fungsi Menyunting Paparan Langit Pada Peranti Xiaomi Kini Tiba Di Miui Beta

Fungsi Menyunting Paparan Langit Pada Peranti Xiaomi Kini Tiba Di Miui Beta

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 255 hits
Menyunting gambar adalah satu kegemaran buat ramai pengguna telefon pintar Baik menggunakan Snapchat penuras pada VSCO Instagram dan dan sebagainya Beberapa hari lepas Xiaomi dikatakan bakal hadir dengan fungsi penyuntingan baharu terbina t...
Ketahui 3 Bahan Buang Angin Dalam Badan Kita Cara Berkesan

Ketahui 3 Bahan Buang Angin Dalam Badan Kita Cara Berkesan

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 436 hits
Ketahui 3 bahan buang angin dalam badan kita cara berkesan boleh baca pada gambar dibawah ya Visit Wansite
Perbandingan Redmi K20 Pro Honor 20 Dan Xiaomi Mi 9

Perbandingan Redmi K20 Pro Honor 20 Dan Xiaomi Mi 9

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 295 hits
Redmi K20 Pro dilancarkan semalam sebagai sebuah lagi peranti mercu yang mampu milik Sungguhpun begitu ia masih hadir dengan sistem trikamera pengimbas cap jari terbina dalam skrin dan memori sehingga 8GB RAM Ini meletakkannya di dalam kela...
Ulasan Xiaomi Mi 9 Se Peranti Kompak Menarik Tetapi Kurang Berkuasa

Ulasan Xiaomi Mi 9 Se Peranti Kompak Menarik Tetapi Kurang Berkuasa

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 303 hits
Peranti yang kecil dan berkuasa adalah sebuah peranti yang paling sempurna itu adalah pendapat saya Paling menarik yang saya gemar adalah Google Pixel 3 dan Galaxy S10e Ia mempunyai spesifikasi peranti mercu sedap dipegang mudah dikawal dan...
Iklan Raya Lazada 2019 Raya Paling Bermak Makna

Iklan Raya Lazada 2019 Raya Paling Bermak Makna

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 764 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Lazada mempersembahkan kisah dua jiran Mak Ani Mak Dah yang sering berdaya saing Mujurlah terdapat seorang pemuda yang mengingati mereka bahawa menyambut perayaan bersama lebih bermakna
Seringgit Iklan Raya 2019 Terbaru Dari Samsung

Seringgit Iklan Raya 2019 Terbaru Dari Samsung

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 390 hits
Ini best Video iklan terbaru Hari Raya 2019 dari Samsung bertajuk Seringgit ni memang antara iklan raya tahun ni yang syok untuk ditonton berulang kali sama seperti iklan raya 2019 daripada Petronas Iklan raya dari Samsung ini berdurasi 6 m...
Iklan Raya Tnb Vs Bil Tnb

Iklan Raya Tnb Vs Bil Tnb

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 710 hits
Zaman BudakPurba dulu Waktu ini aku dan adik aku tinggal dengan arwah Atok dan Uwan aku di kampung Tak lasak tak nakal bukan budak kampunglah kan macam yang aku pernah ceritakan di Waktu Siang Bermain di ceruk mana celah mana perasaan takut...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah