Cara Beli Tiket Kereta Api Indonesia Di Traveloka
Tiket kapal terbang? Checked!
Hotel dan penginapan? Checked!
Itinerary travel? Checked!
Tiket train? Ehh macam mana nak beli?!
Mesti ramai yang sudah merancang dan bakal merancang nak bercuti di Indonesia kan? Pasti ramai jugak yang nak tahu caranya macam mana nak beli tiket kereta api Indonesia. Jadi jangan risau dan jangan ragu sebab dalam post ini aku akan beritahu tentang cara-cara untuk buat pembelian tiket kereta api Indonesia supaya perjalanan travel korang yang nak menjelajah setiap pelusuk Indonesia berjalan lancar.
Jadi apa yang korang perlu ada?
1. Aplikasi TravelokaBeruntung kita semua dengan adanya aplikasi yang memudahkan hidup macam Traveloka ni. Aplikasi Traveloka ini korang boleh download di Google Play bagi pengguna Android dan bagi pengunaan Apple boleh download aplikasi ini di Play Store.
Dah siap download & install?
2. Tukar Setting di Aplikasi TravelokaUntuk membolehkan korang mengakses carian tiket kereta api di Traveloka yang pertamanya korang perlulah menukar setting di aplikasi Traveloka. Tukar country kepada Indonesia.
Nah! Sekarang korang dah boleh akses carian tiket train Indonesia.
3. Pilih Destinasi Sekarang tunggu apa lagi, korang silalah pilih destinasi yang telah korang rancang dalam itinerari masing-masing. Dalam perjalanan travel aku yang lepas aku dah gunakan khidmat kereta api Indonesia ini untuk travel dari Surabaya - Bandung - Yogyakarta - Surabaya.
Travel menggunakan kereta api ini memang agak memakan masa lebih lebih lagi kerana jarak perjalanan di antara bandar di sana yang agak jauh. Perjalanan aku yang lepas dari Surabaya - Bandung mengambil masa kira-kira 15 jam. Dan aku memilih untuk beli tempat duduk di gerabak ekonomi. Sumpah taubat dan hampir nak kematu punggung aku dibuatnya!
Nak selesa tak?
4. Pilih Jenis TiketKalau perjalanan korang itu melibatkan destinasi yang jauh-jauh aku sarankan untuk korang pilih tiket eksekutif ataupun business class. Kalau tiket economy class tempat duduknya duduk bertiga dan agak crowded dengan segala macam manusia. Gerabak ekonomi jugak akan berhenti di setiap hentian stesen kecil dan ini pastinya menambah masa bagi perjalanan korang.
Bagi gerabak business class pulak lebih kurang seperti di gerabak economy class cuma tempat duduknya duduk berdua. Agak selesa dan kurang manusia. Kalau nak lagi selesa? Pilihlah eksekutif, siap ada kerusi yang boleh ubah kedudukan dan jugak screen di depan kerusi. Gerabak tiket eksekutif juga akan lebih cepat kerana ianya tidak berhenti pada stesen-stesen kecil tetapi hanya stesen-stesen besar sahaja. Nak selesa dan cepat? Jadi pilihlah eksekutif.
Perjalanan 15 jam? Bateri handphone dah nak habis?
Jangan risau dan jangan gusar. Setiap tempat duduk disediakan dengan plug yang membolehkan korang untuk caj handphone masing-masing. Nak tengok movie dekat laptop pon boleh tau!
5. Isi Maklumat PenumpangDi bahagian sebelum nak check out bagi buat pembayaran nanti, korang akan diminta untuk isi maklumat penumpang. Jadi isilah nama penuh dan nombor passport korang. Kalau nombor kad pengenalan atau IC korang tak diterima okay.
Info tambahan: Di Indonesia, kad pengenalan dipanggil Kartu Tanda Penduduk (KTP).
6. Buat PembayaranSetelah selesai memilih dan mengisi info tiket kereta api tibalah masanya untuk korang membuat pembayaran. Apa yang menarik bagi aku adalah pembayaran tiket kereta api Indonesia melalui aplikasi Traveloka amatlah memudahkan tahu!
Terdapat banyak pilihan pembayaran yang disediakan oleh Traveloka. Tetapi mengikut kesesuaian aku rekomendasi tiga pilihan daripada jumlah pilihan pembayaran yang ada.ATM TransferSekiranya korang baru beli tiket kereta api Indonesia di sana antara pilihan yang boleh buat untu lakukan pembayaran adalah dengan cara ATM Transfer. Buat yang beli masa dekat Malaysia jangan pulak pilih pilihan ni, karang puas pulak korang nak merayau pelusuk Malaysia cari bank-bank Indonesia; BNI, BRI dan macam-macam lagilah.Debit Card & VISA atau MasterCardPilihan ini aku rasa lebih umum sebab boleh dikatakan majoriti manusia dewasa ada debit card melainkan korang duduk dalam gua dan masih berburu binatang-binatang liar dihutan untuk dibuat sup bagi makan malam. Mudah dan cepat.CIMB ClicksIni merupakan pilihan yang sesuai untuk pengguna-pengguna dan pelanggan CIMB. Dengan beberapa click aja korang dah pun berjaya buat pembayaran.
Jadi di antara ketiga-tiga pilihan pembayaran ini korang pilihlah ikut kemampuan ya!
7. Simpan E-Ticket (Barcode)Dah bayar? Nanti pihak Traveloka akan emailkan e-ticket kereta api korang. Jadi nak buat apa dengan e-ticket ni? Simpan!
E-ticket ini korang akan perlukan untuk discan barcodenya nanti di stesen untuk print boarding pass. Pastikan screenshot atau pon nak lagi selamat print e-ticket tu ye.
Semoga menerusi apa yang aku kongsikan di sini dapat membantu perancangan korang untuk bercuti di Indonesia mengunakan Kereta Api Indonesia (KAI). Jangan lupa jugak berterima kasih kepada Traveloka kerana menjadikan semuanya bisa!
Traveloka? Pasti bisa!Psst! Ini bukan artikel berbayar ye.
Bacaan yang berkenaan: 5 Tips Backpackers di Indonesia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lakiterok.com/2018/01/cara-beli-tiket-kereta-api-indonesia-di.html