Cara Beli Tiket Ets Ktm Antarabandar
CARA BELI TIKET ETS/ KTM ANTARABANDAR
Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar bagi perjalanan 1 hingga 14 Julai akan dibuka untuk jualan mulai esok.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu hantaran di laman Twitter rasminya menyatakan jadual waktu sedia ada masih dikekalkan dengan tambahan enam lagi perkhidmatan ETS pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai Jumaat ini.
Pengguna dinasihatkan membuat pembelian tiket menerusi www.ktmb.com.my atau aplikasi KTMB MobTicket.
CARA BELI TIKET ETS/ KTM ANTARABANDAR GUNA PORTAL KTMB
Sistem Tempahan Tiket KTMB – Maklumat Perjalanan (1)
Para pengguna perkhidmatan tren KTM Berhad (KTMB) kini dapat membuat tempahan tiket perjalanan mereka dengan cara yang lebih mudah dan cepat melalui laman sesawang (web) KTMB. Tempahan melalui laman web KTMB ini boleh dibuat bagi perkhidmatan-perkhidmatan tren KTM ETS dan juga KTM Intercity.
Berikut adalah cara membuat pembelian tiket tren KTMB menggunakan sistem tempahan secara dalam talian (online) di laman web KTMB.
Baca tentang CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO
Pendaftaran / Log Masuk
Log masuk ke laman web rasmi KTMB di http://www.ktmb.com.my. Anda dapat melihat butang Log In / Sign Up pada bahagian atas laman web tersebut seperti yang dipaparkan di atas.
Apabila anda klik butang tersebut, anda akan dipaparkan ruangan untuk anda memasukkan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) untuk anda log masuk ke dalam sistem tempahan tiket KTMB.
Masukkan Maklumat Perjalanan Anda
Pilih “One way” untuk perjalanan atau “Return” untuk perjalanan ulang alik.
Pilih stesen bertolak (Origin) dan juga stesen destinasi (Destination) anda.
Pilih tarikh bertolak dan julat masa yang diinginkan.
Pilih kuantiti tiket yang diinginkan untuk penumpang dewasa dan kanak-kanak.
Tekan butang “Search” untuk memulakan carian tiket anda.
Jika tiket sudah habis, anda boleh memilih tarikh lain untuk perjalanan anda.
Klik pada perjalanan yang dikehendaki dan tambang akan dipaparkan untuk rujukan anda.
Tekan “Proceed” untuk meneruskan proses tempahan anda.
Masukkan Maklumat Penumpang
Apabila selesai memasukkan maklumat perjalanan dan kuantiti tiket yang diinginkan, sila masukkan maklumat berkenaan penumpang yang akan menaiki tren tersebut. Maklumat penumpang yang anda perlukan ialah Nama, No. Kad Pengenalan / Pasport dan Tarikh Lahir.
Kemudiannya, sila pilih kategori tiket anda. Kategori yang boleh dipilih termasuklah:
VIP
Ordinary Ticket: Tiket biasa
Senior Citizen: Wargamas
Government Pensioners: Pesara kerajaan
Disabled: Orang Kelainan Upaya (OKU)
1MPC (Bomba/Polis/Tentera)
KTMB i-Card Student
Jika anda tidak pasti berkenaan kategori tiket anda, sila hubungi pihak KTMB atau pilih Ordinary Ticket sahaja.
Memilih Tempat Duduk
Apabila anda selesai memasukkan nama penumpang, anda boleh membuat pilihan tempat duduk anda. Sila pilih koc dan tempat duduk yang diinginkan.
Membuat Bayaran
Apabila anda selesai memilih tempat duduk untuk perjalanan anda, anda boleh membuat bayaran bagi mengesahkan pembelian tiket anda.
Kaedah bayaran: Bayaran pembelian tiket anda boleh dibuat menggunakan kad kredit (VISA dan Mastercard sahaja), direct debit daripada bank-bank terkemuka di Malaysia ataupun kad debit.
Masalah ketika bayaran: Jika anda mengalami masalah semasa proses pembayaran, anda dinasihatkan untuk membuat panggilan kepada pihak KTMB dan/atau pihak bank untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Apabila anda bersetuju untuk membuat bayaran, anda akan diminta untuk membaca dokumen terma dan syarat bagi perkhidmatan tempahan tiket dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan.
Sila baca terma dan syarat berikut dan klik I Agree sekiranya anda bersetuju. Anda kemudiannya akan meneruskan sesi bayaran dengan memasukkan maklumat kad kredit / debit / akaun bank anda.
Apabila proses bayaran selesai dan kad kredit / debit / akaun bank anda dapat dicaj, tiket perjalanan akan diberikan kepada anda. Tiket tersebut boleh disemak melalui penggunaan laman web KTMB atau mobile app KTMB Mobticket anda.
Walaupun dalam kebanyakan keadaan pihak KTMB akan menerima tiket salinan lembut (softcopy) anda yang dipaparkan dalam telefon bimbit anda, kami tetap mengesyorkan anda untuk mencetak tiket anda dalam bentuk hardcopy untuk mengelakkan kesulitan sekiranya telefon mudah alih anda gagal untuk mempamerkan tiket tersebut (bateri habis, rosak dan sebagainya).
CARA BELI TIKET ETS/ KTM ANTARABANDAR GUNA APLIKASI MOBTICKET
CARA MUAT TURUN APLIKASI MOBTICKET
LANGKAH-LANGKAH SEMASA BELI TIKET ETS/ KTM ANTARABANDAR GUNA APLIKASI MOBTICKET
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh melayari laman sesawang yang sama atau menghubungi pusat panggilan KTMB di 03-22671200 atau e-mel ke
[email protected].
The post CARA BELI TIKET ETS/ KTM ANTARABANDAR appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-beli-tiket-ets-ktm-antarabandar.html