Cara Bayar Principal Loan Rumah Kereta Personal
CARA BAYAR PRINCIPAL LOAN RUMAH KERETA PERSONAL (Cepat Habis Hutang Jimat)
Kepada anda yang yang membuat pinjaman samada pinjaman perumahan ataupun kenderaan, semestinya anda mengetahu bahawa terdapat interest tang akan dikenakan terhadap pinjaman anda. Tetapi adakah anda mengetahui bahawa kadar ansuran bayaran bulanan anda tersebut adalah pembayaran interest dan juga principal. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar principal yang terbaik supaya dapat cepatkan langsai hutang anda tersebut.
APA ITU INTEREST DAN PRINCIPAL
Berikut adalah maksud bagi kedua-dua istilah ini iaitu:
Interest (profit bank)
Adalah nilai keuntungan yang bank kenakan ke atas pinjaman kita. Nilai keuntungan ini akan berkurang setiap bulan kerana interest dikenakan keatas baki pinjaman yang telah berkurang.
Principal
Adalah nilai principal bahagian pinjaman yg telah dilangsaikan. Nilai ini akan mengurangkan baki pinjaman. Nilai principal ini akan meningkat setiap bulan.
CONTOH PENGIRAAN INTEREST DAN PRINCIPAL
Berikut adlaah merupakan contoh pembayaran interest dan principal pada ansuran bulanan anda iaitu:
ANSURAN BULANAN
INTEREST
PRICIPAL
BAKI
RM 1044.70
RM862.50
RM182.20
Rm206,817.80
RM 1044.70
RM861.74
RM182.96
Rm206,634.84
RM 1044.70
RM860.98
RM183.72
Rm206,451.12
RM 1044.70
RM860.21
RM184.49
Rm206,266.63
NOTA: Jumlah baki adalah selepas ditolak principal
Untuk makluman anda, daripada jumlah ansuran bulanan tersebut anda hanya membuat bayaran balik pinjaman anda hanyalah berdasarkan principal iaitu ditolak kadar bayaran interest setiap bulan.
Ini bermaksud anda kena bayar dulu Interest setiap bulan ikut percent yang ditetapkan dan selebihnya barulah pokok (principal) akan ditolak dari jumlah pinjaman yang korang ambil.
CARA BAYAR PRINCIPAL LOAN
Kepada anda yang ingin mengetahui cara bayar pricipal loan supaya dapat menyelesaikan hutang anda dengan kadar segera, berikut adalah merupakan caranya:
Pembiayaan semula kepada tempoh pinjaman yang lebih pendek
Bertukar kepada pinjaman perumahan jangka pendek boleh menjimatkan banyak bayaran faedah.
Contohnya, jika anda mempunyai pinjaman RM600,000 dengan kadar faedah 4.5% setahun, bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman 20 tahun adalah sekitar RM3,800, manakala bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman 25 tahun adalah sekitar RM3,350. Penjimatan bayaran faedah mencecah hampir RM100,000.
Bayaran tambahan yang kecil
Anda boleh membuat bayaran tambahan setiap bulan atau tahun untuk menjimatkan faedah, dan melunaskan pinjaman perumahan anda lebih awal. Hubungi bank anda mengenai terma dan syarat gadai janji anda sebelum membuat bayaran tambahan ini.
Untuk beberapa jenis gadai janji seperti pinjaman semi-fleksi atau fleksi-penuh, anda boleh membayar lebih daripada ansuran bulanan dan mengurangkan jumlah prinsipal dengan kadar yang lebih cepat.
Bayaran prinsipal yang lebih tinggi
Sekiranya simpanan anda mencukupi, mungkin mencecah RM100,000, anda boleh membuat pembayaran secara sekali sahaja untuk menjimatkan bayaran faedah dan memendekkan tempoh pinjaman anda.
Pengeluaran KWSP
Anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengurangkan atau melangsaikan baki pinjaman perumahan anda.
Nilai tunai dari MLTA
Sekiranya anda mempunyai Insurans Jangka Tahap Gadai Janji (MLTA), anda boleh menggunakan nilai tunai MLTA anda untuk melunaskan pinjaman perumahan anda lebih awal. Anda boleh semak nilai tunai MLTA dengan bank atau syarikat insurans anda.
Sebaliknya, Jaminan Tempoh Pengurangan Gadai Janji (MRTA) tidak mempunyai nilai tunai dan peminjam tidak boleh menggunakannya untuk bayaran pinjaman.
Contoh fungsi MLTA di Malaysia:
Seorang peminjam berusia 40 tahun membeli MLTA yang meliputi RM700,000 selama 30 tahun. Premium adalah RM7,333 setahun, dan jumlah premium selama 30 tahun adalah RM219,990.
Sekiranya tiada apa berlaku dalam tempoh pinjaman 30 tahun, peminjam masih akan menerima kembali nilai akaun sehingga RM207,600. Tambahan lagi, nilai tunai yang terkumpul boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
FAKTOR PERTIMBANGAN PENYELESAIAN SEGERA BAYAR BALIK PINJAMAN
Sekiranya anda ingin membuat penyelesaian segera pinjaman anda, pastikan anda membuat beberapa pertimbangan seperti:
Pastikan anda mempunyai dana untuk perbelanjaan yang tidak dijangka, pengangguran, kecemasan perubatan, atau tempoh yang mencabar seperti pandemik atau sebagainya
Sekiranya anda mempunyai hutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi, anda boleh membayarnya terlebih dahulu kerana ini akan menjimatkan lebih banyak wang.
Semak syarat perjanjian pinjaman dan hubungi bank anda. Kebiasaannya akan ada tempoh terkunci pinjamandimana anda perlu membayar penalti jika menyelesaikan pinjaman.
Sekiranya ada pelaburan dengan kadar pulangan yang lebih tinggi daripada kadar faedah pinjaman perumahan maka anda harus mempertimbangkannya.
ARTIKEL BERKAITAN:
eMAPS KPKT SEMAK LOAN (Pinjaman Perumahan)
SLOAN SHOPEE (Permohonan Pinjaman Kewangan Sehingga RM100000)
CTOS 2023: DAFTAR LOGIN & SEMAKAN LAPORAN KREDIT ONLINE(Sebelum Buat Loan Bank)
The post CARA BAYAR PRINCIPAL LOAN RUMAH KERETA PERSONAL (Cepat Habis Hutang Jimat) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-bayar-principal-loan.html