Cara Baca Geran Tanah Penting Untuk Pembeli Tanah


Cara Baca Geran Tanah – Penting Untuk Pembeli Tanah!
Apabila bercakap mengenai geran, salah satu jenis geran yang pasti terlintas dalam fikiran ramai orang ialah geran tanah. 
Geran tanah ni bukan sahaja dokumen rasmi yang membuktikan hak milik seseorang, tetapi juga mengandungi pelbagai maklumat penting yang berkaitan dengan tanah tersebut.
Jom ketahui lebih lanjut mengenai geran tanah dan cara membaca geran tanah yang betul melalui perkongsian di bawah. 
BACA JUGA: Cara Baca Geran Rumah Di Malaysia & Kepentingannya
Apa Itu Geran Tanah? Geran tanah merujuk kepada dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat pendaftar tanah, yang memberikan bukti pemilikan hak ke atas sebidang tanah. Geran ini mengandungi maklumat seperti lokasi, saiz, dan jenis hak milik tanah. 
kepentingan geran tanah tidak boleh dipandang ringan kerana ia melindungi hak pemilik dan memastikan bahawa tiada pihak lain yang boleh mengklaim hak ke atas tanah tersebut tanpa kebenaran.
Tanpa geran yang sah, pemilik mungkin menghadapi masalah undang-undang di masa hadapan, termasuk risiko kehilangan hak milik.
Contoh Geran Tanah (Sumber: Ukur Tanah Pahang) Sebagai contoh, dalam kes perwarisan, apabila seseorang meninggal dunia, geran tanah menjadi bukti yang sah bagi ahli keluarga untuk mewarisi tanah tersebut. 
Dalam kes transaksi jual beli, geran tanah memberikan jaminan bahawa pihak yang membeli tanah tersebut benar-benar memperoleh hak milik yang sah. 
Oleh itu, proses pemindahan hak milik tanah yang melibatkan geran tanah perlu melalui prosedur yang betul di pejabat pendaftar tanah untuk mengelakkan sebarang masalah di masa depan.
Kepentingan Geran Tanah Geran tanah memainkan peranan penting, antaranya ialah:
1. Pengiktirafan Hak Pemilikan: Geran tanah adalah dokumen yang mengesahkan siapa pemilik sah sesuatu tanah. Ia melindungi pemilik daripada sebarang tuntutan tidak sah atau penipuan.
2. Rujukan Undang-Undang: Geran tanah menjadi rujukan utama dalam sebarang pertikaian berkaitan tanah. Ia juga diperlukan untuk menyelesaikan isu perwarisan, pembelian, atau pajakan tanah.
3. Penilaian dan Perancangan Kewangan: Maklumat dalam geran tanah membantu menentukan nilai tanah bagi tujuan gadaian, pajakan, atau pelaburan. Pemilik juga dapat merancang kewangan, termasuk pembayaran cukai tanah.
4. Pematuhan Perundangan: Geran tanah menyatakan syarat nyata dan sekatan yang perlu dipatuhi, contohnya jenis kegunaan tanah. Pemilik yang tidak mematuhi syarat ini boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.
5. Jaminan dalam Transaksi Hartanah: Dalam urusan jual beli, geran tanah memastikan pembeli mengetahui status tanah, seperti jenis pegangan sama ada kekal (freehold) atau pajakan (leasehold).
Cara Baca Geran Tanah Membaca geran tanah mungkin kelihatan rumit bagi mereka yang tidak berpengalaman. Namun, dengan sedikit pengetahuan dan panduan, proses ini boleh menjadi lebih mudah. Mari mulakan. 
Geran biasanya terdiri daripada tiga muka surat:
1. Muka Surat Pertama: Maklumat Tanah Muka surat ini memaparkan tajuk geran, no. hakmilik, cukai tahunan, maklumat tanah, keterangan lain, syarat nyata. 
Tajuk Geran 
Tajuk geran akan menunjukkan  jenis pegangan hakmilik. Terdapat 6 jenis hak milik tanah dengan kod tersendiri, iaitu:
Sumber: propertyguru Maklumat Tanah
Maklumat tanah pula akan mengandungi:
Lokasi: Menunjukkan negeri, daerah, bandar, pekan, atau mukim di mana hartanah tersebut terletak. Nombor Lot: Merujuk kepada nombor lot unik bagi tanah yang telah mempunyai geran. Jika belum ada geran, ia biasanya dirujuk sebagai nombor plot. Saiz Tanah: Untuk kediaman atas tanah seperti banglo, rumah teres, atau semi-d, saiz ini merujuk kepada keluasan tapak tanah. Sebaliknya, bagi kediaman strata seperti kondominium, saiz merujuk kepada keluasan binaan (built-up area). Kategori Penggunaan Tanah: Berdasarkan Seksyen 52 Kanun Tanah Negara 1965, tanah diberikan dalam tiga kategori utama, iaitu “pertanian,” “bangunan,” atau “industri,” dan kegunaan tanah mesti mematuhi kategori yang telah ditetapkan. Keterangan Lain
Keterangan dalam geran tanah bertujuan untuk menguatkan peruntukan yang terdapat dalam Kanun Tanah Negara. 
Syarat Nyata
Syarat Nyata merujuk kepada syarat atau peraturan yang jelas dan khusus yang dinyatakan dalam geran tanah atau dokumen hak milik.
Syarat nyata berfungsi untuk memastikan hak milik tanah dikendalikan dengan cara yang sah dan mematuhi peraturan undang-undang yang ditetapkan, dan ia penting untuk melindungi hak pemilik dan pihak berkepentingan lain.
2. Muka Surat Kedua: Maklumat Pemilik Di sini, anda akan menemui maklumat mengenai pemilik tanah termasuk nama dan alamat. Ini penting untuk memastikan bahawa anda berurusan dengan pemilik yang sah semasa membeli atau menjual hartanah.
3. Muka Surat Ketiga: Pelan Akui Tanah
Muka surat terakhir biasanya mengandungi pelan lokasi yang menunjukkan batas-batas tanah secara visual. Ini membantu dalam memahami kedudukan tanah berbanding dengan harta sekelilingnya.
BACA JUGA: Cara Semakan Dividen ASB Online Mulai 1 Januari 2025
Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh rujuk video di bawah:
Youtube UrusanTanah101 Penutup Geran tanah adalah dokumen yang sangat penting dalam transaksi hartanah dan pemilikan tanah. Apabila membeli tanah, pastikan anda memahami maklumat yang terkandung dalam geran tanah tersebut untuk mengelakkan sebarang masalah undang-undang di masa hadapan. 
Sumber:
8 Cara Nak Baca Geran Tanah! – Propertyguru Geran Tanah – AscoLaw Youtube UrusanTanah101

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cara-baca-geran-tanah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-baca-geran-tanah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Baca Geran Rumah Di Malaysia Kepentingannya

Cara Baca Geran Rumah Di Malaysia Kepentingannya

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 111 hits
Cara Baca Geran Rumah Di Malaysia Kepentingannya Memiliki rumah adalah impian kebanyakan rakyat Malaysia Walau bagaimanapun proses pembelian hartanah memerlukan pemahaman mendalam terhadap dokumen yang berkaitan untuk mengelakkan kekeliruan...
Kes Najib Dan Anwar Info Grafik Untuk Mudah Faha Almaklum Malas Baca Dan Tak Paham Un

Kes Najib Dan Anwar Info Grafik Untuk Mudah Faha Almaklum Malas Baca Dan Tak Paham Un

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 151 hits
Sham Ghaz Kronologi Pengampunan Diraja bagi kes Anwar Ibrahim dan Najib RazakKit info grafik dari team REFORM
Nak Anak Senang Belajar Di Tadika Baca 8 Rahsia Ini

Nak Anak Senang Belajar Di Tadika Baca 8 Rahsia Ini

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 123 hits
Setiap ibu bapa inginkan anak anak yang cemerlang dan cerdas belajar terutama di tadika Lazimnya pada usia lima tahun si manja akan mengikuti pendidikan awal kanak kanak di tadika Pelbagai aktiviti pembelajaran diterima di sini Ia termasukl...
Ini 6 Cara Betul Rebus Kerang Jangan Skip 1 Pun Pasti Isi Kerang Tak Kecut

Ini 6 Cara Betul Rebus Kerang Jangan Skip 1 Pun Pasti Isi Kerang Tak Kecut

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 103 hits
Salah satu makanan laut yang digemari ramai adalah kerang Tidak perlu dimasak dengan resipi yang rumit cukup sekadar direbus bersama serai ketuk dan dicicah dengan air asam sudah cukup untuk membuka selera Namun agak mengecewakan apabila ke...
Nak Buat Rendang Hijau Ikut Cara Mudah Ni Confirm Terangkat

Nak Buat Rendang Hijau Ikut Cara Mudah Ni Confirm Terangkat

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 260 hits
Korang pernah tak dengar pasal rendang hijau Selalu rendang ni warna coklat kemerahan kan Mungkin ada yang tak pernah try lagi Apa kata kali ni korang buat versi hijau baru rare Resepi ni memang padu confirm buat family korang repeat makan ...
2 Contoh Doa Selepas Solat Rumi Dan Cara Mudah Hafal

2 Contoh Doa Selepas Solat Rumi Dan Cara Mudah Hafal

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 245 hits
untuk dijadikan panduan yang boleh dipercayai untuk diamalkan oleh umat Islam di Malaysia
Sementara Tunggu Pesanan Masuk Rider Ambil Peluang Baca Al Quran Atas Motosikal

Sementara Tunggu Pesanan Masuk Rider Ambil Peluang Baca Al Quran Atas Motosikal

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 134 hits
Seorang rider ambil peluang baca al Quran atas motosikal sementara menunggu pesanan masuk bagi memulakan penghantaran kepada pelanggan Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai syazwanishak3 dia telah memuat naik video s...
Ssd Pcie 5 0 Buatan China Yang Diuji Ini Capai Kelajuan Baca 14 5 Gb S

Ssd Pcie 5 0 Buatan China Yang Diuji Ini Capai Kelajuan Baca 14 5 Gb S

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 90 hits
Zhitai jenama dari China telah melancarkan PCIe 5 0 SSD terbaharu bernama TiPro9000 Peranti ini mempunyai kelajuan baca sehingga 14 5 GB s atau 14 527 MB s dan kelajuan tulis sehingga 13 8 GB s atau 13 869 MB s menjadikannya salah satu SSD ...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Cybersecurity For Small Businesses

Padi Farmers Welcome New Padi Floor Price Announcement


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Scha Al Yahya Tak Mahu Anak Ikut Trend Make Up Kulit Budak Elok Lagi

Boleh Guna Akaun 2 Kwsp Untuk Bayar Ansuran Rumah Tanggungan Bulanan Lega

Berhenti Bandingkan Diri Dengan Orang Lain

Buasir Otak Tv Mak Apa Paling Susah Be Like

10 Kereta Elektrik Terbaik Tahun 2025

Usia 40an 50an Masa Untuk Berubah Demi Ketenangan Hidup