Cara Allah Menyelamatkan Orang Yang Banyak Dosa
Cara Allah Menyelamatkan Orang Yang Banyak Dosa. Allah sebenarnya Maha Pengasih, Maha Lembut dan Maha Pengampun. Bayangkan jika dosa kita sebanyak buih dilautan, Allah tetap akan mengampuni hambaNya dengan syarat ia hendaklah bertaubat nasuha, sebenar-benar taubat. Kita memang hamba yang tak berdaya, hanya dengan izin Allah, semuanya akan terjadi.
Cara Allah menyelamatkan makhluknya yang banyak dosa adalah dengan menghadiahkan pelbagai ujian yang dalam kemampuannya. Bagaimanakah bentuk ujian tersebut? Ada banyak hadiah ujian yang Allah berikan, contohnya sakit tenat, dibuang kerja, kecurian dan sebagainya. Jika kita mengambil hikmah atas segala ujian dan bersabar, maka Allah menggandakan ganjaran pahala kepadanya dan menggufurkan dosa-dosanya yang telah lalu
Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.
Cara Allah Menyelamatkan Orang Yang Banyak Dosa
Jika hidup kita pernah berdosa, masih lagi seorang pendosa.. sedarlah! Usah ditangguh taubatmu. Jika kita tak mampu bersaing dengan ibadah seorang ulamak, tirulah kesungguhan taubatnya seorang pendosa. Allah pasti melihat segala usaha kita, yang nyata atau tersembunyi
Jika kita sering diuji dengan dugaan-dugaan bertali arus, itu tandanya Allah sayangkan kita
Apabila seorang hamba memiliki banyak dosa sedangkan ia tidak memiliki satu amalan yang dapat menggugurkan dosanya (di luar amalan wajib) tersebut maka Allah akan memberikannya ujian untuk menggugurkan dosanya tersebut ( jika ia bersabar). - at-Taubat karya Ibnu Abi Dunya halaman:130
Jika kita nampak secara luarannya seseorang itu soleh dan warak, tetapi masih diuji dengan pelbagai kesusahan hidup, kematian, kerugian dalam perniagaan dan sebagainya.. itu mungkin ada aibnya pada masa lalu yang Allah sorokkan hingga segala ujian tadi telah mengangkat darjatnya menjadi seorang yang soleh.
Bukan permulaan hidup yang kita risaukan tetapi bagaimana akhiran hidup kita nanti yang kita fikirkan. Adakah kita berada pada jalan yang Allah redhai atau sebailknya.
Namun jika segala ujian telah Allah berikan, kita masih lagi tidak sedar dan masih bergelumang dengan dosa.. jawablah dengan Allah di akhirat nanti. Sesungguhnya pembalasan siksa Allah itu benar
Bertaubatlah sebelum terlambat. Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/10/cara-allah-menyelamatkan-orang-yang.html