Cantikkan Diri Sebagai Terapi


     Dah nak Raya, tidak di nafikan semua wanita nak cantik. Termasuklah aku sendiri. Selain membeli kelengkapan raya, rawatan muka tidak juga di lupakan para wanita. Tercetusnya aku untuk menerima rawatan spa adalah disebabkan suami. Dia cakap, tak payah lah mekap-mekap tebal. Jadi, terus aku melangkah kaki ke Spa Muslimah yang terletak di Kuantan.
 
 

Nah, ni gambar selepas 6 hari buat treatment Dragon Blood tu semua. Untuk hilangkan jeragat, kena datang ulang treatment. Tapi aku puashati juga, sebab pakej yang aku pilih tuu, nampak perubahan wajah dan pipi aku naik lah sikit. Ni aku tak guna foundation, hanya blusher, lipstick dan eyeshadow.  sahaja.



Seminggu sebelum appointment, aku dah pilih pakej. Ikutkan hati, aku nak ambil satu jenis je tau. Bukan apa, aku tiada masa nak berlamaan di Spa. Memandangkan anak-anak aku bersekolah. Setelah perbincangan 2 hala. Aku memilih pakej Raya. Pakej tersebut mengambil masa selama hampir 5 jam. 


    Masa ni, suami belum gaji. Jadi, aku guna je duit sendiri. Ada sedikit simpanan aku sebagai Ghostwriter. Pakej aku ambil tu RM 199 selepas OFFER RAYA, kalau tidak mahu ke RM 399. Terdapat 4 jenis rawatan dalam pakej pilihan Moh Raya. Iaitu Detox facial, Dragon Blood, Led Mask dan Dermaplane. 


    Apppointment pagi tu aku adalah orang pertama. Seawal jam 8.30 pagi aku bergerak dari rumah bersama anak bongsu, Yusuf. Semasa sesi treatment di jalankan pada jam 9 pagi, nasib baik lah Yusuf tidak meragam. Nasib awak memahami mama. Yusuf berdiri je di tepi katil, melihat mama dia menerima treatment muka. Dan sesekali tu aku letak dia di sebelah ku turut berbaring. 


    Sebelum aku nak dapatkan treatment ni, suami tidak percaya. Betul ke bini aku ni macam ni? last aku pergi spa adalah 3 tahun lepas kot. Berhabis sebanyak RM 300, Spa di tengah bandar kuantan ketika itu. Oleh sebab suami tidak percaya, dia senyap jerlah. Pagi sebelum suami ke tempat kerja, aku meminta izin dia terlebih dahulu. Minta restu suami, alhamdulillah. Dia izinkan aku asalkan beritahu nak kemana. Tapi, kena lah drive sendiri. Hahaha. 


    Berbalik kepada treatment tu. Aku rasa best pula, rasa hilang segala penat dan stress serta ujian yang aku lalui awal bulan iaitu keguguran kali ke-2. Best lah muka kena belai, urat muka pun tidak lah tegang je memanjang. Walau dah pernah merasa ke Spa, tapi percayalah setiap kali pergi memang hilang semua rasa tu. Setiap kali pergi spa, memang berlainan pengalaman yang dapat dirasai. 
 
     Tabarakallah alhamdulillah, rezeki juga waktu aku lapang ketika ini. Jadi boleh lah berlari sekejap untuk cantikkan diri ni. Jika tidak, waktu aku terhad juga sebagai ghostwriter dan suri rumah yang kena ambil anak dari pagi sehingga ke tengah hari. 
 
    Treatment pertama adalah Detox facial. Yang ni rasanya, semua spa ada sediakan servis ni. Sebab dia cuci muka dan buang blackhead serta white head sebelum melakukan lain-lain servis. Best! sebelum blackhead dan white head di buang, perlu steam muka terlebih dahulu. Kemudian, baru lah mudah proses black head tu semua dibuang. 


    Seterusnya, treatment dragon blood pula. Aku dah risau masa ni, dragon blood? kena guna darah sendiri ke masa ni. Risau lah bulan puasa ni kan? hahaha. Jakun lah sekejap. Rupanya, dia menggunakan serum yang berasaskan pokok. Serum tu berwarna purple. Di oles serum ke muka aku ni, dah siap terus dia pakaikan aku mask dan duduk di bawah LED mask tu. Lama lah juga duduk bawah mesin tu, menenangkan betul sehingga aku pun tertidur dek kerana kesedapan. 


 Dragon blood ni diambil dari getah pokok untuk di jadikan serum. 100% bahan semulajadi. Kebaikan Dragon blood ialah :
1. Melambatkan penuaan kulit.
2. Perbaiki struktur kulit.
3. Kulit menjadi lembab.
4. Membantu untuk menyembuhkan dan menjana semula kulit yang telah rosak akibat kecederaan, jerawat, atau lain-lain jenis keradangan kulit.

5. Mengandungi fitokimia yang banyak, termasuk pelbagai antioksidan kuat.







Ini lah sebab kuat aku memilih treatment Dragon Blood. Muka aku pun dah rosak banyak. Hari demi hari, aku perasan kulit ku anjal dan sedikit cerah.

 
Treatment seterusnya adalah BB Glow. Bukan untuk putihkan kulit tapi merawat masalah kulit berjeragat.  


    Masya allah, langsung tidak ada plan ingin ke spa. namun sudah di tetapkan allah untuk terapikan diri dengan lakukan treatment spa. Dengan pergi ke spa juga, selain dapat cantikkan diri juga dapat menenangkan diri di sana. Bagi aku, seorang isteri perlu juga menjaga penampilan bukan untuk sesiapa tetapi terapi kaum isteri. 


Yang aku kelakar, sebenarnya aku ke spa tanpa minta ganti duit dari suami. Mungkin suami nampak aku seronok dan takde moody lagi dengan ujian kami di bulan ramadan. Jadinya, suami berikan duit raya. Masya allah, tabarakallah. Semoga  rezeki suami tak putus-putus bagaikan air zam-zam hendaknya. 
 
Kisah aku buat treatment di HANNAN MEDISPA



Nah, sedikit tips untuk di sayangi Suami :

1. Dengar cakap suami


Yang ini sangat penting, kerana seorang suami tidak sukakan isterinya melawan cakap. Apa yang suami mahukan, kita sediakan.
 Sebagai contoh, mungkin dia nak kita hormat keluarganya. Jadi, patuh arahannya. Suami ajak balik kampung nya, kita turutkan sahaja. Berbincang lah.



2. Jangan Sentap


Sebagai isteri, jangan lah cepat sentap dengan kata-kata suami. Cuba anda kuatkan hati, kadang kala suami kita ni nak bergurau je. Tapi dah terlebih bergurau boleh gugur airmata kan? mulut lelaki lebih berbisa. Tapi takde lah sampai jadi sakit jiwa pula tahapnya.



3. Rajin memasak


Paling penting juga memasak untuk suami. Kita sebagai isteri, masak sahaja makanan yang suami inginkan. Aku dari sini lah pikat suami, setiap hari hantar kuih. Sebelum bergelar isteri lagi, waktu tu aku bertunang. Aku memasak biskut raya kepada tunang. Dan, dari sini lah suami terjerat sampai ke hari ini. 
 
Masya allah, dengan masakan juga ikat suami sampaikan suami berubah bentuk. Hahaha. Memasak untuk suami sampaikan 4 kali tambah nasi putih bersama lauk kesukaannya. Jadi, anda memasak lah masakan kesukaan suami masing-masing. 


4. Cakap Lembut


Suami sukakan isteri yang lemah lembut. Jangan bercakap kasar dengan suami. Jika anda nak tahu, golongan lelaki sukakan perempuan yang cakap lemah lembut. Sebagai contoh, wanita Kelantan. Pelakon Uqasha tu kan? cara dia bercakap pun lembut je. Itu lelaki suka sangat. Aku sendiri pun bukan lah orang Kelantan, tapi berdasarkan pemerhatian aku. Aku nampak lah bagaimana wanita Kelantan melayan suami.
 
Tambahan lagi aku dengar cerita kawan aku, suami dia di rampas pun sebab sukakan perempuan lembut. Wallahualam, bab ni aku malas nak ulas panjang. Apapun, suami kita hak allah. Tak suami kita di ambil allah, orang lain yang ambil. Begitulah. 



5. Makan Teman suami


Ini pun penting sangat-sangat! tak ramai yang buat. Ada pun mungkin segelintir. Kaum suami, suka apabila isteri melayan dia makan. Temankan suami di meja makan. Berdasarkan cerita kawan aku, dia cakap suami suka di layan bagaikan raja. Tapi takdelah sampai isteri kena suapkan makan, cuma kita sebagai isteri kena cedukkan lauk pauk dan nasi ke pinggan suami. 


6. Nak minta sesuatu


Kawan aku ada cerita kepada aku. Katanya, suami dia kedekut sangat nak keluarkan duit untuk isteri. Isteri nak cantik atau nak beli apa-apa pun tak dapat. Hatta di kedai RM2. Petua yang aku nak kongsikan ini ialah sewaktu adegan nak meminta suami sesuatu. Tepuk-tepuk sikit bahu suami tu. Nak minta sesuatu pun kena tengok tempat dan situasi, kalau suami tengah berehat ke. Boleh lah.



6. RAjin








Bukan sahaja rajin memasak, menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Rajin menghias diri pun perlu, apatah lagi rajin melayani batin suami. Jangan pernah sesekali menolak. Hahaha. 












Jauh betul tersasar artikel aku ni ha. Berbalik kepada cerita asal wei. Treatment yang aku buat tu alhamdulillah. Berkesan. Berbaloi kali ni buat treatment muka. Nampak lah muka aku dah hilang kusam, dan nampak segar. Anda di luar sana, ada duit tu pergi lah ke spa ke. Bukan muka je dapat jadi lain, secara tak langsung kita pun ceria. Sebab kita enjoy kan dengan treatment tu. Lepas ni, nak kena kumpul duit lagi, nak buat 'acupunture' pula. 



    Aku berhabis duit bukanlah untuk suami, aku buat treatment untuk kepuasan diri sebenarnya. Sebab bila berniat untuk suami, kita akan kecewa nanti. Kepuasan tu tak sampai. Entahlah macam mana nak describe wei. Tapi apa yang aku suka, dengan  hasil titik  peluh menulis dapatlah cantikkan diri. Walaupun aku kekangan waktu untuk keluar dari rumah sebentar, terpaksa curi juga masa. Kalau tidak, sampai bila lah tak cantik ni, asyik comot je aku ni. 



Ikuti aku di platfrom media sosial di bawah juga untuk info dan cerita :  
 Facebook :  https://www.facebook.com/ina.norazlina
LinkedIN  :  https://www.linkedin.com/in/nor-azlina-mohd-ali-5469511a7/
Whatsapp  :  wasap.my/60189107161/servisghostwriter 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2022/05/terapi-kecantikan-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Afifi Al Akiti Undur Diri Sebagai Penasihat Agama Sultan Perak

Datuk Afifi Al Akiti Undur Diri Sebagai Penasihat Agama Sultan Perak

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 151 hits
Datuk Afifi Al Akiti Undur Diri Sebagai Penasihat Agama Sultan Perak IPOH Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenankan permohonan pensyarah Pusat Islam Universiti Oxford United Kingdom Datuk Afifi Al Akiti untuk mengundur...
Ahli Terapi Cara Kerja Sebagai Kerjaya Pilihan

Ahli Terapi Cara Kerja Sebagai Kerjaya Pilihan

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 210 hits
Oleh Nur Sakinah Binti Baharudin Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam Bulan April disambut setiap tahun sebagai bulan terapi cara kerja dan mengiktiraf semua faedah yang disediakan oleh professional kes...
Justin Lin Tarik Diri Sebagai Pengarah Fast X Selepas Beberapa Hari Penggambaran Bermula

Justin Lin Tarik Diri Sebagai Pengarah Fast X Selepas Beberapa Hari Penggambaran Bermula

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 222 hits
Pengarah filem Fast X Justin Lin yang sebelum ini pernah mengarahkan filem terawal francais Fast Furious memilih untuk berundur sebagai pengarah filem kesepuluh Fast Furious Perkara ini mengejutkan ramai pihak apabila ianya diumumkan selepa...
Ternak Angsa Sebagai Penjaga Kawasan

Ternak Angsa Sebagai Penjaga Kawasan

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 264 hits
Angsa adalah haiwan dari keluarga Anatidae yang sama dengan haiwan seperti Itik tetapi fizikalnya lebih besar Haiwan ini terdapat di seluruh dunia Sifat angsa hampir sama dengan itik tetapi kadang kadang menjadi agrasif mengejar dan menyera...
Waspada Dengan Panggilan Telefon Individu Menyamar Sebagai Pegawai Mcmc

Waspada Dengan Panggilan Telefon Individu Menyamar Sebagai Pegawai Mcmc

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 239 hits
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC ingin mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai MCMC dan mendakwa orang yang dihubunginy
Tahniah Kim Dami Dipilih Sebagai Duta Korea Bagi Jenama Mewah Itali Fendi

Tahniah Kim Dami Dipilih Sebagai Duta Korea Bagi Jenama Mewah Itali Fendi

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 195 hits
Kim Da mi memang antara pelakon Korea yang mempunyai kecantikan unik kan Terbaru pada 11 Mei jenama fesyen global telah mengumumkan pelakon popular Kim Da mi sebagai duta Korea terbaru mereka Untuk pengetahuan Fendi ialah sebuah jenama fesy...
Internal Demokrat Inginkan Ahy Maju Sebagai Calon Presiden 2024

Internal Demokrat Inginkan Ahy Maju Sebagai Calon Presiden 2024

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 157 hits
Ketua Umum Partai Demokrat Agus Harimurti Yudhoyono dijagokan untuk menjadi calon presiden 2024 Menurut Koordinator Juru Bicara DPP Partai Demokrat Herzaky Mahendra aspirasi itu datang dari internal partai
Gambar Terbaru Thor Love And Thunder Pamer Chris Hemsworth Natalie Portman Sebagai Thor

Gambar Terbaru Thor Love And Thunder Pamer Chris Hemsworth Natalie Portman Sebagai Thor

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 230 hits
Empire Magazine telah mengeluarkan gambar terbaru dari filem MCU yang dinantikan Thor Love and Thunder yang mempamerkan Chris Hemsworth dan Natalie Portman berdiri bersebelahan sebagai Thor Gambar terbaru itu tidak memberikan banyak petunju...
Lantik Segera Sulaiman Sebagai Pengerusi Umno Melaka

Lantik Segera Sulaiman Sebagai Pengerusi Umno Melaka

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 181 hits
Seperti tahun ini tiba tiba diumumkan hari raya secara tiba tiba juga kerajaan negeri Melaka ternampak mula bergelora Walaupun ia setakat ini hanya bersifat khabar angin dengan ada yang menafikan dan ada yang mengesahkan selalunya spekulasi...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan